Followers

Thursday 5 February 2015

Rupa-Rupanya KEBIMBANGAN Hadi Ada Asasnya !!!

Antara ayat yang pernah diungkapkan oleh Hadi Awang sebelum ini dalam ucapannya di Muktamar PAS kalau tak silap MMI , dan infografik sebelah ni MMI jumpa dalam salah satu blog pro-PAS.

Sekali tengok ianya semacam tak ada apa-apa mungkin Hadi sekadar berseleroh tetapi bila dua tiga kali tengok dah mula timbul persoalan ... Kalau berseleroh sekalipun kenapa perlu mengeluarkan ayat sedemikian ? Malah dalam muktamar pula tu ???

Pepatah orang tua-tua ada menyebut "Tidak akan bergoyang pokok kalau tidak kerana angin' lebih kurang macam tulah dan dalam situasi ini MMI yakin ada angin bertiup sebab itulah goyangannya makin hari makin laju.

Kini apa yang diungkapkan oleh Hadi benar-benar berlaku , kewujudan PASMA dan segelintir pimpinan PAS yang kini semakin hanyut dek penangan ieologi politik DAPigs membuktikan kepada kita bagaimana parti ini bakal hilang integritinya.

Sekiranya pimpinan tertinggi iaitu mereka-mereka yang pro kepada Hadi Awang atau kumpulan ulama tidak bertindak daripada sekarang maka sesuatu PASTI akan terjadi.

Hujah ini diperkuatkan apabila sudah ada aktivis PAS sendiri yang mula bimbang dengan gerakan MENGGULINGKAN Hadi sebagai Presiden.

Aktivis PAS, Huzir Sulaiman mengakui memang wujud gerakan menggulingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS.

Menurutnya, ini berdasarkan pengalamannya sendiri mengikuti aktiviti AJK PAS Pusat selama dua penggal.

“Dulu saya susah nak telan bila ada pihak yang tuduh ada gerakan nak jatuhkan Tuan Guru Presiden PAS, termasuk juga tuduhan segelintir pemimpin PAS tunduk kepada pengaruh ‘kekasih gelap’ diluar parti.

“2 penggal saya ikut AJK PAS Pusat, rupa-rupanya ada benarnya semua tuduhan itu. Saya bersyukur kerana Allah bukakan mata dan hati saya untuk menyaksikan segala-galanya dengan mata dan telinga saya sendiri.

“Masih ada masa untuk kita semua perbetulkan kedudukan kita demi ISLAM dan PAS. Semoga Allah S.W.T sentiasa tetapkan hati kita agar terus berada di jalan yang lurus, jalan yang diredhai Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal Alamin,”katanya. Selebihnya boleh baca di SINI 

MMI tak nak ulas panjang sebab semuanya sudah terhidang didepan mata , kepada penyokong PAS sendiri pikirlah ..

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels