Hairan bin ajaib , dalam banyak-banyak perkara puak-puak pemuja Anwar masih lagi tak boleh lupa dengan nama Tan Sri Shafiee Abdullah peguam pendakwa yang telah menyebabkan peliwat menerima hukumannya.
Kadang-kadang rasa lawak bila tengok tindakan puak-puak pembangkang ni sebab semakin tak terarah.
Buat upacara pasang lilin di Sungai Buloh ish ish dah sampai tahap mendewakan Anwar ! Adoiii Penjara Sungai Buloh dah jadi macam tokong baru kepada puak-puak ni , lagi teruk puak Melayu pun join sekali !
Kemudiannya kenyataan seorang budak hingusan PKR dari Pulau Pinang yang begitu obses untuk membela Anwar sampai ke tahap nak hadapkan Tan Sri Shafiee ke Jawatankuasa Disiplin Majlis Peguam kononnya kerana beliau telah melampaui batas profesionalisme seorang peguam.
Punya hebat puak-puak ni , Tan Sri Shafiee dituduh sedemikian rupa kerana beliau selaku pendakwaraya telah berjaya membuktikan kes liwat ini sebagai BENAR berdasarkan BUKTI-BUKTI tahap profesional yang rasanya langsung tak ada pada barisan peguam yang membela Anwar.
Malah semua ini berlaku apabila Tan Sri Shafiee hadir dalam satu sesi dialog membicarakan tentang proses perbicaraan kes liwat Anwar anjuran Pemuda UMNO Malaysia.Bagi MMI apa jua yang telah berlaku dalam dialog itu bukanlah sesuatu yang salah memandangkan ianya dianjurkan oleh Pemuda UMNO Malaysia di premis mereka sendiri dan ianya dilakukan setelah mahkamah membuat keputusan memenjarakan Anwar Ibrahim.
MMI ulang ianya berlaku selepas mahkamah membuat keputusan bahawa Anwar Ibrahim didapati bersalah kerana meliwat Saiful Bukhari !
So apa yang salahnya ? Rakyat juga nak tahu apa yang berlaku sewaktu proses perbicaraan berjalan !!!
Dan kalau diikutkan dari segi profesional , pemimpin pembangkang dan 14 orang barisan peguam Anwarlah yang jauh lebih banyak melakukan kesalahan kerana mereka sejak dulu sentiasa menjadikan isu liwat ini sebagai modal dalam setiap kempen dan ceramah mereka di serata pelusuk negara.Malah tidak keterlaluan kalau MMI katakan ianya berlaku sampai ke luar negara !
INGAT mereka membicarakan serta melakukan pelbagai hasutan sewaktu kes masih berjalan dan masih di dengar di mahkamah.Bukankah itu jauh lebih HAPRAK dan langsung tidak menghormati institusi perundangan negara kita ?
Dr Afif dalam kenyataannya menyebut saranannya menghadapkan Tan Sri Shafiee ke Jawatankuasa Disiplin Majlis Peguam adalah bertujuan melindungi kewibawaan dan integriti institusi kehakiman dan peguam di negara ini.
Persoalan yang WAJIB kita jawab adalah siapa sebenarnya yang selama ini mempermain-mainkan kewibawaan dan integriti institusi kehakiman dan peguam dalam negara kita ?????
Tan Sri Shafiee atau puak-puak peguam pembangkang dan pimpinan seperti Dr Afif ???
Sejujurnya kedangkalan puak-puak pembangkang dan budak hingusan seperti Dr Afif inilah yang sewajarnya di ambil tindakan.Malah pada pendangan MMI , KEGAGALAN sebenar dalam kes liwat Anwar disebabkan 3 perkara utama !!!
1.Sikap pemimpin dan penyokong Pakatan Haprak yang terlalu obses dengan manusia bernama Anwar sehingga sanggup mengenepikan semua BUKTI yang dikemukakan semata-mata kerana berpegang kepada hasutan bahawa Anwar di aniaya.
2.Sikap Anwar Ibrahim sendiri yang banyak berhujah politik daripada mempertahankan diri dengan BUKTI yang boleh meyakinkan pihak mahkamah.
3.KEGAGALAN paling BODOH barisan 14 peguam bela Anwar kerana langsung tidak MAMPU meyakinkan pihak mahkamah termasuk Anwar sendiri untuk mempertahankan diri.
Sebaliknya apa yang sering mereka lakukan adalah menghasut rakyat di luar mahkamah khususnya dalam siri ceramah mereka dengan auta-auta yang terarah kepada kononnya berlaku konspirasi politik.
So kepada Dr Afif dan lain-lain penjilat tegar Pakatan Haprak lebih baik duduk diam-diam lah kot !!
Ulasan Tan Sri Shafie berkaitan kes liwat Anwar KLIK SINI
Ulasan Tan Sri Shafie berkaitan kes liwat Anwar KLIK SINI
MMI
TS Shafie hanya menceritakan apa salah nya Anwar dan apa lemahnya pembelaan mereka.Eloklah tu,kalau tak puas hati jawablah lagi,tapi Anwar dah tetap salah.Puak mereka yg terus mebela Anwar yg dah tentu didapati bersalah tu ,tak salah ke?.Dia orang ni ingat rakyat bodoh macam dia orang ke?.
ReplyDelete