Followers

Tuesday, 10 February 2015

Lambaian Terakhir Anwar Serba Tak Jadi !!!!!

Hari ini seluruh rakyat Malaysia bahkan mungkin dunia bakal mengetahui keputusan kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari.

Satu kes yang terpanjang pernah diadili di Malaysia kalau tak silap MMI , dan sudah pasti keputusan ini menarik minta banyak pihak memandangkan pesalah yang didakwa itu merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kini mengetuai pasukan pembangkang dalam Dewan Rakyat.

Seperti kebiasaannya manusia bernama Anwar Ibrahim ini sering kali akan menyusun beberapa strategi untuk menarik sokongan akar umbi atau penyokong-penyokongnya untuk sama-sama berhimpun kononnya atas nama "Rakyat Hakim Negara".

Kadang-kadang terfikir siapakah yang Anwar maksudkan sebagai "Rakyat" dalam siri kempen "Rakyat Hakim Negara" ?

Adakah para hakim itu hanya gerombolan pengikut taksubnya sahaja ?

Apa MMI dan jutaan rakyat Malaysia lainnya bukan rakyat ???

Oh mungkin bukan sebab kita mahu supaya Anwar terus sahaja di hantar ke penjara kihkihkih ...

Semalam merupakan malam terakhir bagi Anwar untuk terus BEBAS mengisi ruang waktunya meniup semangat para pencacainya untuk terus bangkit kononnya atas nama keadilan !! Siri jelajahnya yang digerakkan pada setiap hari-hari terakhir sebelum keputusan diumumkan jelas begitu diharapkan oleh Anwar agar kembali menjadi gerakan rakyat secara besar-besaran seperti mana yang pernah beliau lakukan sebelum ini dalam siri pembohongannya sejak di pecat daripada pentadbiran kerajaan.

Malah harapan itu pastinya begitu kuat untuk melihat kehadiran puluhan ribu pencacainya agar dapat dijadikan sebagai mesej kepada negara-negara proksinya di luar sana bahawa Anwar Ibrahim masih mendapat sokongan rakyat.

Namun apa yang diharapkan oleh Anwar ternyata tidak berlaku !! 

Impian untuk melihat puluhan ribu manusia berhimpun tidak menjadi kenyataan.Keadaan ini jelas dapat dilihat daripada riak wajah dan kesugulan pimpinan Pakatan Haprak yang turut serta bersama Anwar dalam siri jelajahnya yang terakhir.

Selalunya mereka bukan begini ! Malah reaksinya tidak seperti biasa seolah-olah mereka sudah dapat menghidu ketua umum PKR itu bakal meringkuk dalam penjara akibat nafsu songsangnya meliwat pekerja sendiri.

Paling pasti , langkah Anwar ternyata longlai , lambaiannya semalam mungkin lambaian terakhir dan siapa tahu tatkala ini beliau sedang mengalirkan air mata mengenangkan kesilapan akibat nafsu serakah sendiri.

Atau beliau sedang mencongak kedutaan mana pula yang bakal beliau singgah untuk mencari perlindungan !!!

Hatinya pula mungkin lebih sakit dari biasa apabila PAS pula secara jelas sudah pun membuat pengumuman bahawa kepimpinan parti itu tidak menyokong sebarang perhimpunan yang dibuat atas nama solidariti terhadap Anwar.

Kesannya cukup besar dan Anwar tahu impaknya !

Well apa jua keputusannya nanti , kita harus berlapang dada untuk menerimanya walaupun secara peribadi MMI antara penyokong keputusan ANWAR BERSALAH !!!!


MMI

No comments:

Post a Comment

Labels