Datuk Dr Harun Din merupakan pemimpin PAS yang paling konsisten sejak parti itu dilanda krisis identiti.
Krisis itu bukanlah disebabkan oleh pihak lain tetapi kerana sikap dungu dan egois para pimpinan tertinggi parti PAS sendiri.
Barangkali kerana sudah merasakan mereka terlalu hebat dek lakonan sokongan para cauvinis DAP dan manusia jalanan PKR , PAS membuka seluas-luasnya pintu rumah sendiri untuk terus di palit najis.
Najis yang terpalit itu bukan sehaja membusuk didalam rumah sendiri tetapi telah mengakibatkan seluruh rakyat Malaysia dapat menghidunya.Kerana itu PAS semakin hari semakin hilang integriti bahkan ramai diluar sana yang melihat ketaksuban sebahagian pengikut parti itu terhadap pemimpin sendiri akhirnya telah memakan diri.
Ramai dikalangan pengikut PAS diheret ke jalanraya kononnya untuk berjuang tetapi sering kali dijadikan sebagai pencacai olah DAP dan PKR semata-mata untuk menghalalkan agenda mereka.Paling SEDIH pengikut PAS lah yang paling ramai terlibat dalam menjayakan agenda-agenda ini dan mereka terpalit kerana segelintir pemimpin PAS yang sudah kelabu mata serta sanggup menolak prinsip parti sendiri dengan memuja ideologi politik parti lain.
Musibah ini berterusan dalam PAS dan akhirnya Presiden parti sendiri Hadi Awang digula-gulakan oleh DAP sehingga ke satu peringkat Hadi sendiri dapat merasainya.Semua itu dapat dilihat dengan jelas dalam beberapa siri pertembungan atau perang mulut antara Hadi dan DAP akhir-akhir ini.
KINI giliran Datuk Dr Harun Din pula , seorang pemimpin yang dari awal-awal lagi sudah menyatakan pendiriannya untuk menolak sebarang campur tangan orang luar khususnya dalam tuntutan kalimah Allah.Namun suara beliau sering kali dipinggirkan , pengikut PAS yang mengaku SETIA dengan pemimpin tidak pula memberikan sokongan seperti mana mereka memberikan sokongan terhadap pemimpin Erdogan dan kumpulan pro Pakatan Haprak.
Apa sudah jadi PAS ?
Datuk Dr Harun Din bukan sahaja sering dipinggirkan kini dilabel sebagai "NAJIS UMNO DALAM PAS" satu ungkapan yang jelas menghina seorang pemimpin dalam Majlis Syura Ulama PAS.
Kalau dah ulama dalam parti sendiri pun boleh dihina sebegitu rupa , fikirkan apa yang boleh berlaku terhadap yang lain ???
Kerana politik mereka sanggup MENAJISKAN ulama sendiri ???
MMI tak pastilah apa yang difikirkan oleh pengikut PAS yang lain tetapi mengambil sikap tak apa merupakan satu kesilapan paling besar kerana apa yang sedang berlaku itu adalah gerakan terancang mahupun agenda pihak-pihak tertentu yang punya tok dalangnya untuk memecah-belahkan 2 pemimpin besar dalam PAS.
Hubungan Hadi Awang dan Harun Din bolehlah dianggap sebagai sekutu kuat yang boleh menjadi mimpi ngeri kepada segelintir puak-puak PAS yang kini terlalu obses untuk terus bersama DAP dan PKR.
Mereka tahu jika keadaan ini dibiarkan terlalu lama , sesuatu pasti terjadi dan kerana itu gerakan melaga-lagakan pimpinan ini harus bermula daripada sekarang.
Apa yang MMI sedang perhatikan adalah ... Mana PUNAI puak-puak PAS disaat pemimpin sendiri di hina dan di caci sebegitu rupa ????
Harun Din Di tuduh sebagai NAJIS UMNO DALAM PAS Baca Sini
MMI
ingatkan n.ajis dah takda rupanya ada najis baru plak.. itulah standard ulama di dlm pas.
ReplyDeleteUMNO tak perlu bergabung dengan PAS. PAS akan reput dan hancur dengan sendirinya.
ReplyDeletesetuju sangat .... tak paham juga dgn umno ni sampai dikata terhegih-hegih hidung tak mancung pipi tersorong2 masih lagi hulur tanagn nak berkawan dengan pas...mereka buat sembahyang hajat hancurkan umno....ni pula tak mahu bertanding kerusi dun yg ditingal oleh nik aziz kerana nak jaga hati pas....apa umno mahu sebenarnya.... ikutlah pepatah org dulu2 buat baik berpada-padalah
DeleteSelagi ada abg mat kaki jilat,payah la umno dan pas nak bersatu. Abg mat kaki jilat adalah proksi komunis yg x suka org islam / melayu bersatu.
ReplyDelete