Followers

Tuesday 10 February 2015

Masanya Untuk UMNO & PAS BERSATU - GPMS Pulau Pinang

KENYATAAN KEPUTUSAN KES DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Syukur alhamdulillah. Sdr Saiful Bukhari Azlan telah mendapat keadilan setelah sekian lama menanggung derita dan difitnah oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab khususnya penyokong2 di kalangan Anwar Ibrahim.

Keputusan ini juga membuktikan kredibiliti mahkamah Malaysia yang tidak terpengaruh dengan tekanan dan desakan politik & pihak luar.

Sebagai seorang Islam seharusnya Anwar Ibrahim, ahli keluarga dan penyokong beliau menerima keputusan mahkamah dengan hati yang terbuka dan redha dengan ketentuan Allah.

Keputusan ini juga membuka satu lembaran baru dalam politik Malaysia apabila sekali lagi PR akan bergerak tanpa kelibat Anwar Ibrahim.

Berdasarkan perkembangan terkini yang membabitkan hubungan keruh antara PAS dan DAP, kita berharap akan berlaku perbalahan, pertengkaran hebat dan seterusnya perpecahan antara dua parti yang tidak sehaluan ini. Semoga perbalahan yang disusuli dengan perpecahan antara PAS dan DAP ini bakal memberikan hikmah ke atas penyatuan dua parti Islam di negara kita iaitu UMNO dan PAS.

Sama2 kita doakan semoga kemasukkan Anwar Ibrahim ke dalam penjara akan mampu menjadikan impian sebahagian besar ummat Islam di Malaysia yang mahukan penyatuan antara parti UMMO dan PAS menjadi realiti. Insya Allah.

AZDY BIN MOHD ARSHAD
Pengerusi Biro Agama 
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri P.Pinang

10 Februari 2015

Sebelum itu GPMS Pulau Pinang turut membuat kecaman terhadap Exco Kerajaan DAP , YB Chong Eng kerana kenyataan beliau yang bersifat biadap, rasis, provokatif dan sengaja mahu membangkitkan kemarahan ummat Islam di Malaysia.Baca Seterusnya 



Pada pandangan MMI , keputusan kes liwat yang telah diputuskan oleh mahkamah pada hari  ini sebenarnya memberikan satu isyarat jelas kepada seluruh umat Islam di Malaysia supaya segera BERSATU !

Lihat sahaja tindakan-tindakan biadap dan agresif pimpinan cauvinis DAP ! Mereka tidak pernah mahu belajar dari sejarah dan semestinya tindakan-tindakan sedemikian mampu mencetuskan rasa tidak puas hati serta marah yang meluap-luap.

Percayalah NGO-NGO ini sedang memerhatikan tindak tanduk mereka diluar sana !!

MMI

2 comments:

  1. Masih terlalu awal untuk PAS dan UMNO untuk bersatu hanya dengan kemasukan anu war al juburit ke Villa Bamboo River ... selagi orang tua kelantan itu masih hidup!!! Dah balik rumah ker atau masih dalam ward? yang pasti ke liang lahad juga kesudahannya !!!

    *ahli PAS seumur hidup*

    ReplyDelete
  2. Mereka sekarang cukup berani menegur pasal agama islam,nanti ada barua-barua Melayu yang mengaku Islam akan sokong mereka,bila kita cakap pasal kaum atau agama mereka , mereka akan kata extremis dan rasis,buat laporan polis supaya tindakan di ambil,apa kerajaan buat? Takkan hendak undi dan sokongan mereka sampai nak gadai agama dan bangsa?

    ReplyDelete

Labels