Apa yang pasti Permatang Pauh sekali lagi kehilangan Ahli Parlimennya apabila Anwar Ibrahim didapati BERSALAH melakukan LIWAT terhadap Mohd Saiful Bukhari dan bakal merengkok di Penjara Sungai Buloh selama 5 tahun.
Maka sudah semestinyalah satu lagi Pilihanraya Kecil akan diadakan dalam masa terdekat bagi mencari pengganti kepada si PELIWAT.
Secara jujurnya bumi Permatang Pauh tidak banyak berubah malah kalau ada pun mungkin di beberapa kawasan dengan terbinanya rumah-rumah kedai milik bukan Melayu.Perkembangan Pekan Penanti yang menjadi nadi atau Ikon Permatang Pauh juga tidak banyak terkesan melainkan perubahan arah jalanrayanya yang kini menggunakan laluan sehala bagi melancarkan trafik.
Jika pernah sampai ke bumi Penanti , maka sudah tentu anda tahu bahawa disinilah nadinya dan disinilah terletaknya pusat politik dalam Parlimen Permatang Pauh.Dan seperti biasa juga anda pasti masih ingat bangunan-bangunan lama dengan deretan rumah-rumah kedai yang berada di kiri dan kanan Pekan Penanti.
Jangan GUSAR , kerana keadaan itu masih sama seperti mana sebelumnya.Kadang-kadang terfikir apakah warganya selesa begitu ? Atau mereka tidak punya pilihan ?
Pernah pada awal Julai 2014 , MMI membuat tinjauan di sekitar kawasan terbabit dan sememangnya keadaannya kekal sebegitu rupa.Terdapat satu kawasan berdekatan dengan sekolah , tanah perkuburan orang Islam dan juga hentian bas berada dalam keadaan yang cukup menjijikan.
Dan keadaan itu masih kekal sehingga ke hari ini !!!
Kini sekali lagi warga Permatang Pauh bakal berdepan dengan PELUANG untuk melakukan perubahan.PERUBAHAN yang pastinya mampu mengundang sesuatu yang jauh lebih baik daripada apa yang sedang berlaku hari ini di Permatang Pauh.
Pada ketika Anwar Ibrahim sudah tidak lagi boleh meneruskan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh maka sudah pastilah PKR perlu menamakan seseorang sebagai pengganti.
Siapakah pengganti tersebut ? MMI akan ulas dalam artikel seterusnya nanti ....
NAMUN sebelum artikel terbabit MMI keluarkan , sesuatu yang perlu diberikan perhatian adalah kehadiran seorang pemimpin anak tempatan mewakili UMNO dan Barisan Nasional yang pada pandangan MMI mempunyai pengalaman dan faham selok belok kawasan.
Bermula daripada bawah kemudiannya menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian sewajarnya kehadirannya menjadi intipati terbaik kepada warga Permatang Pauh untuk mula memikirkan pilihan lain selain daripada calon anak beranak yang saban waktu mengucar-kacirkan rakyat.
Semenjak menjadi Ketua Bahagian , Datuk Mohd Zaidi Mohd Said atau lebih dikenali sebagai Cikgu Zaidi begitu disenangi oleh rakyat apatah lagi dengan pelbagai program-program yang disusun telah merancakkan lagi peranan UMNO di Permatang Pauh.Sekiranya selama ini UMNO Bahagian Permatang Pauh dianggap sebagai lesu dan kurang agresif , di bawah kepimpinan Cikgu Zaidi UMNO Permatang Pauh kembali bersinar.
Contohnya Pelancaran program "Gelombang Sayangi Permatang Pauh" yang telah dilancarkan setelah beliau dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh benar-benar di gerakkan oleh seluruh jentera UMNO melalui beberapa pendekatan mendekati dan membantu rakyat.
Kini sebagai Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh , kehadiran Cikgu Zaidi merupakan antara cabaran getir yang perlu dihadapi oleh seluruh jentera PKR dan pembangkang dalam Pilihanraya Kecil yang akan datang.
Siapa kata PKR tidak GENTAR untuk berdepan dengan pasukan Cikgu Zaidi ?
Berdasarkan tinjauan sudah ada suara-suara dari kem pembangkang sendiri yang mula menunjukkan tanda-tanda kerisauan apabila nama Cikgu Zaidi di sebut-sebut sebagai bakal calon mewakili Barisan Nasional di Permatang Pauh.
Rata-rata yang berkata demikian punya sebab tersendiri , usaha dan gerak kerja yang ditunjukkan oleh pasukan UMNO Permatang Pauh diketuai oleh Cikgu Zaidi mendekati dan membantu rakyat di kawasan benar-benar memberikan impak yang cukup besar jauh mengatasi gerak kerja daripada kem Anwar Ibrahim sendiri.
Secara ringkasnya sama ada Cikgu Zaidi dipilih menjadi calon atau tidak , kehadiran beliau memimpin UMNO Permatang Pauh hari ini amat dirasai !
Kesannya cukup besar dan MMI percaya apa jua keputusan pucuk pimpinan , Cikgu Zaidi dan seluruh pasukannya akan terus bekerja dan memberikan cabaran paling sengit kepada kem pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2015.
Sama-sama kita nantikan ...
Sama-sama kita nantikan ...
MMI
alhamdulillah...sebgai pendduk dn pengundi di parliment Pmtg Pauh sy sgt bersyukur dgn keputusan Mahkamah Persekutuan yg mengekalkn hukuman penjara 5 tahun pd anwar ibrahim..in sha allah skali lg pendduk Pmtg Pauh akn brpeluang utk memilih ahli parliment yg baru agr dpt mmberi sumbangan pd penduduk pmtg pauh brbanding dgn anwar yg terlalu sibuk dgn mcm2 hal hingga mengabaikn tnggjawapnya.Klo dgn penduduk pmtg pauh pn x ada sumbangan & x brjasa mcmn nk ckp dia ni brjasa besar pd negara.
ReplyDelete