Followers

Friday, 27 March 2015

6 Di Berkas Polis & Rafizi Turut Di Tahan BUKTI Mereka Adalah ANCAMAN Kepada NEGARA !!

Sekalung tahniah MMI ucapkan kepada PDRM kerana bertindak mengekang seterusnya menahan puak-puak lahanat yang sejujurnya cuba untuk memburukkan nama Malaysia di persada dunia.

Dari pengamatan MMI sendiri tidak ada punca gerakan sedemikian diadakan melainkan dengan niat tertentu yang cuba berselindung disebalik usaha membebaskan Anwar Ibrahim.

Mereka sendiri tahu bahawa Anwar sememangnya bersalah dan itu adalah hakikat sebenar yang telah diputuskan oleh pihak mahkamah.

Tidak ada jalan lain lagi untuk menutup malu sendiri kerana mempertahankan seorang peliwat melainkan menghasut rakyat untuk turun ke jalan raya.

Slogan-slogan dan kata-kata berbau hasutan yang digerakkan oleh kumpulan terlibat dengan sokongan pemimpin pembangkang adalah jelas bukan sahaja tindakan melampau tetapi merupakan gerakan yang cukup membahayakan kepada keselamatan negara.

Sebagai contoh kejadian malam tadi , berlaku pergelutan dengan anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang cuba untuk menurunkan kain rentang yang menggesa pemecatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Susulan itu polis menahan enam aktivis, termasuk dua wakil rakyat PKR ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing dan ADUN Teja, Chang Lih Kang.

Persoalannya kenapa nak pecat Ketua Polis Negara ? Sebab beliau sering kali bertindak terhadap gerakan jalanan lagi propaganda yang boleh mengancam keselamatan negara ?

Agak-agak bro ! Puak-puak ni dah memang hampeh , jangan ingat Malaysia tidak punya undang-undang !!!

Dalam masa yang sama Polis hari ini menahan naib presiden PKR Mohd Rafizi Ramli di bawah Akta Hasutan 1948 bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau di media sosial yang dipercayai berbaur hasutan baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Zainuddin Ahmad mengesahkan perkara itu dan berkata penahanan itu dibuat berkaitan kenyataan beliau yang dipercayai mengundang penyokong-penyokong lain untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman penjara.

"Beliau ditahan pada pukul 3 petang di pejabatnya di Pandan Prima dan permohonan reman akan dibuat esok," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb lepas, menolak rayuan Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bahari Azlan pada 2008 dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun.

MMI sokong tindakan pantas lagi cepat pasukan PDRM cumanya ramai dikalangan rakyat mahu melihat puak-puak ini bukan sahaja di tangkap tetapi ditahan dalam satu tempoh yang setimpal dengan perbuatan mereka.

Jangan setakat mengambil keterangan tak ada guna kerana puak-puak ini adalah ancaman kepada keselamatan rakyat dan negara.

MMI

2 comments:

  1. PDRM perlu tegas terhadap puak-puak bangsat spt Rafizi and geng. Mereka sepatutnya dituduh di Mahkamah kerana menghasut orang ramai menggunakan cara yang ganas. Puak-puak ini sememangnya tidak menghormati undang-undang.

    ReplyDelete
  2. RAFIZI MMEMANG NAK MASUK DALAM DIA RINDU TAHAP KRONIK KT BANG NOON.....NAMPAK DARI JAUH CUKUPLAH DAH LAMA TAK MANJA2

    ReplyDelete

Labels