Followers

Friday 6 March 2015

Wakil Rakyat DAP DI LARANG Sertai Demo !!


Hahahaha apa sudah jadi ?? Siang tadi kita dimaklumkan bahawa PAS tidak menyokong demo yang bakal diadakan esok dan terkini Guan Eng pula mengambil pendekatan yang sama cuma nadanya berbeza sedikit.

Kerajaan DAP Pulau Pinang mengarahkan semua wakil rakyatnya berada di kawasan masing-masing esok, sekali gus tidak menyertai perhimpunan kemuncak #KitaLawan dijadual di hadapan kompleks beli-belah Sogo di Kuala Lumpur.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kesemua Anggota Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat perlu berada di kawasan masing-masing untuk majlis Program Penghargaan Warga Emas.

Katanya, perhimpunan #KitaLawan hanya dianjurkan oleh sayap Pemuda, dan oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, beliau harus memberi keutamaan kepada projek rakyat. -utusan

Uiihhhh sebab rakyat !!! Hebat ! Hebat !

Macam tu ja ?? Kata sekutu kuat dan penyokong kuat ??? 

Baca juga artikel berkaitan di SINI & SINI 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels