Followers

Wednesday 11 March 2015

Hadi Mungkin Dah Faham Siapa Sebenarnya CELAKA DUNIA & AKHIRAT !!

"Celakalah dunia akhirat" antara tajuk utama di dada-dada akhbar sebelum ini mengulas tentang prinsip parti PAS sewaktu berdepan dengan PRU13 yang lalu.

Jika diperhatikan kepada konsep bai'ah yang digunapakai oleh parti PAS maka kita boleh sahaja mengaku bahawa mereka benar-benar tertakluk kepada satu perjanjian yang cukup jelas iaitu patuh kepada perjuangan parti waima apa sekalipun yang berlaku.

Dan jika inilah yang diterapkan selama ini oleh PAS , MMI rasa parti itu kini bukan sahaja tidak menjadi mangsa kepada kerakusan biadap DAP tetapi sudah jauh meninggalkan parti anak beranak yang secara jelas sedang berusaha untuk memujuk rakyat supaya menerima perlakukan LIWAT sebagai sesuatu yang biasa dan hak bagi tiap manusia.

Seolah-olah rakyat di bumi Malaysia ini tidak lagi punya TUHAN dan KIBLAT !

Justeru itu pimpinan PAS yang sering kali mengaku punya maruah dan jiwa yang jauh lebih islamik daripada orang lain sewajarnya meletakkan jawatan kerana mereka telah GAGAL membentuk sahsiah para pimpinan mereka sendiri.

Lihat sahaja apa yang berlaku dalam insiden Menteri Besar Selangor !

2 orang wakil rakyat daripada PAS sendiri berpaling tadah dan secara terang-terangan menunjukkan taat setia mereka kepada parti lain.Malah membelakangkan prinsip dan pendirian parti PAS itu sendiri.

Seperti semua sedia maklum kepimpinan tertinggi parti itu menolak Azizah sebagai pengganti Khalid sejak kedudukannya di rentap-rentap olah sakai-sakai PKR dan yang lebih menariknya PAS dilihat kebingungan pada waktu dan ketika 2 wakil rakyatnya menikam belakang mereka sendiri.

Tidak ada sebarang tindakan TEGAS di ambil pada ketika itu dengan alasan memberikan penumpuan terhadap permasalahan melibatkan kedudukan Menteri Besar Selangor dan kesilapan inilah yang telah menyebabkan segala-galanya terburai !

Mana ungkapan Bai'ah dan mana celakanya ? Kenapa PAS tidak tegas dalam menangani hal melibatkan ahli dan pimpinannya sendiri yang dengan jelas telah melanggar perjanjian yang boleh menyebabkan mereka menjadi celaka dunia dan akhirat ?

Semuanya hanya cakap-cakap kosong dan kerana cakap-cakap kosong inilah kepimpinan Hadi Awang bersama Majlis Ulama PAS kini ibarat telur dihujung tunduk.

Kemuculan PASMA pada saat dan ketika PAS sedang bermasalah dengan DAP adalah BUKTI betapa kepimpinan Hadi sudah lama dicelakakan oleh pengikut mereka sendiri !

Tak perlu dihurai panjang lebar kerana ramai yang sedia maklum tentang PASMA cuma perkembangan terkini benar-benar menarik minat MMI untuk terus memerhatikan mereka.

Secara tiba-tiba nama Tuan Ibrahim Tuan Man dicalonkan oleh PAS kawasan Kota Baru sebagai calon presiden parti tersebut.

Satu tindakan yang mengejutkan banyak pihak kerana pencalonan ini secara langsung telah menyebabkan kedudukan presiden tergugat !

Ramai yang bertanya atas alasan apa pencalonan itu dibuat ?

Jawapannya PAS Kota Baru menyifatkan pencalonan itu sebagai satu usaha bagi menghalang Hadi bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti pada Jun dan menyatukan semula parti yang sedang berpecah kerana campurtangan luar terutamanya dari DAP & PKR.

Mereka percaya pencalonan Tuan Ibrahim akan menenangkan kedua-dua kumpulan dalam PAS yang bertelagah, di antara kumpulan pro Al-Quran & Sunnah dan kumpulan yang pro kepada DAP & PKR.

Jika diteliti kenyataan diatas jelas ada peliknya !

Bagaimana mereka boleh menyatakan tindakan mencalonkan Tuan Ibrahim Tuan Man itu sebagai usaha untuk menyatukan semula parti yang kini sedang berpecah kerana campur tangan DAP dan PKR ? Sedangkan dalam masa yang sama mengharapkan Tuan Ibrahim untuk menenangkan kumpulan yang pro kepada DAP dan PKR ? Siapa kumpulan ini ? Sudah pastilah ahli PAS sendiri !

Pelik bukan ? Apakah yang cuba dilakukan oleh PAS Kota Baru ?

Terang-terang mereka mengatakan bahawa parti itu sedang berpecah kerana campur tangan SAKAI dan BANGSAT dalam Pakatan Haprak dan dalam masa yang sama mengesahkan kewujudan kumpulan dalam PAS sendiri yang pro kepada DAP dan PKR !!!!

Maksudnya memang ada gerakan dalaman yang sedang merosakkan parti PAS itu sendiri ! Malah secara ringkasnya mereka itulah (PAS Kota Baru) yang sebenarnya menjadi BARUA kepada DAP dan PKR kerana dengan terang lagi jelas mereka menyebut pencalonan itu merupakan satu usaha untuk menghalang Hadi Awang daripada mempertahankan jawatannya sebagai presiden parti.

Siapa yang sedang cuba untuk menghalang Hadi Awang sekarang kalau bukan PAS Kota Baru !! Siapa mereka ? Ahli PAS bukan ? Kalau ahli PAS maka mereka bukanlah dikalangan ahli yang pro kepada ulama tetapi lebih kepada DAP dan PKR !

Setuju ? Baik ...

Keadaan itu kemudiannya ditenangkan , apabila Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan lima perenggannya menjelaskan pendirian beliau terhadap pencalonan daripada PAS Kota Bharu.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada PAS Kota Bharu dan mengatakan pencalonan beliau mencabar Haji Hadi merupakakan satu kejutan yang tidak membina keutuhan parti.

Menurutnya, sejarah kepimpinan PAS jawatan Presiden tidak pernah dipertandingkan khususnya diera Kepimpinan Ulamak.

"Saya melihat manisnya jika kita yang  mendokong kepimpinan Ulamak, terus mengekalkan budaya tersebut. Dalam PAS jawatan bukanlah menjadi rebutan sebagaimana parti lain. Pertandingan berlaku hanyalah di atas sifat 'fastabiqul khairat'(berlomba melakukan kebaikan)," katanya.

Maka secara teorinya kejutan itu selesai dan masing-masing faham dengan pendirian tuan punya badan.

Namun ada persoalan yang perlu di jawab , siapa dalang disebalik pencalonan tersebut ?

INGAT kumpulan Anwarinas sememangnya tidak menyukai Hadi Awang kerana ketegasannya menolak ideologi DAP dan Anwar Ibrahim sendiri walaupun pernah beberapa kali sebelum ini Hadi diperkudakan.

Siapa Anwarinas ? Tak payah fikir banyak 2 kumpulan ini hampir menyamai antara satu sama lain ANWARINAS = PASMA , PASMA = ANWARINAS dan kedua-duanya pro DAP PKR !  

Mereka-mereka ini akan terus berusaha untuk menyingkirkan kumpulan pro ulama khususnya Hadi Awang atau paling tidak mengkucar-kacirkannya disebabkan terlalu obses terhadap kedudukan serta kuasa politik hasil ideologi DAP dan sakainya PKR !

Kumpulan ini sudah bersedia sebenarnya hanya menantikan masa yang sesuai untuk melumpuhkan penguasaan pro ulama dalam PAS.

Sama ada Hadi dan sahabat-sahabatnya bersedia atau tidak , sesuatu perlu difikirkan sekarang !

Dan kerana itulah kita melihat ada perubahan kepada diri Hadi Awang ! Perubahan yang agak ketara berlaku terhadap beliau sejak akhir-akhir ini.

Barangkali perubahan itu disebabkan Hadi secara zahirnya dilihat sudah memahami siapa sebenar-benarnya yang CELAKA Di DUNIA & AKHIRAT !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels