Followers

Friday, 6 March 2015

Kedudukan & Agenda Dinasti Lim TERGUGAT !!!

Agenda mereka sebenarnya jelas ! 

Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan kesamarataan dalam apa jua perkara menjadi inspirasi puak-puak cauvinis ini untuk terus berkungfu dalam dunia politik.

Kungfu itu pula bukanlah yang biasa kerana ia punya ala-ala aksi kungfu mabuk seperti mana yang pernah dilakonkan oleh pelakon Hong Kong terkenal Jackie Chan dalam filem "Drunken Master" pada tahun 1978 yang lalu.

Kalau "Drunken Master" menyajikan aksi-aksi hebat dan lawak , aksi di Malaysia kini cukup berbeza !

Agenda disebalik aksi tersebut cukup berbahaya malah biadap kerana secara tidak langsung bukan sahaja sudah mencemarkan kedudukan orang-orang Melayu tetapi juga kedudukan agama Islam serta Raja-Raja Melayu.


Seperti kita tahu kehadiran PAS bersama Pakatan Haprak sejak ianya dimulakan dulu bukanlah atas dasar prinsip dan perjuangan parti , ianya lebih kepada kemahuan atau keinginan untuk menjatuhkan Barisan Nasional sebagai kerajaan pusat.

Selebihnya kerana doktrin kebencian yang ditanam sebelumnya oleh sebahagian besar pimpinan parti kepada seluruh penyokong PAS terhadap UMNO.

Malah dalam keadaan tertentu kebencian itu kadang-kalanya tidak berasas memandangkan alasan-alasan yang dipasak dalam minda penyokong PAS adalah tidak benar.Ianya lebih kepada cerita rekayasa atau cerita yang di tokok tambah untuk menyedapkan lagi rasa benci tersebut.

Apa pun UMNO terus melangkah , segala ranjau dan duri bersilih ganti diatasi dengan segala gerak kerja membina negara dan membantu rakyat.Walaupun cabaran itu besar , UMNO tetap mampu berdiri dengan dasarnya tersendiri.

Berlainan dengan PAS !! Sejak bersama Pakatan Haprak , mereka LALAI ! Membukan ruang yang terlalu luas untuk parasit-parasit hinggap telah menjadikan PAS kini berpenyakit !

Penyakit itu tidak terhenti disitu , ianya mula merebak sedikit demi sedikit sehinggakan memakan diri dan akhirnya mereka berantakan sesama sendiri.

Secara psikologinya , mereka hilang maruah akibat dipijak-pijak oleh sekutu sendiri malah pada ketika dipijak itupun PAS masih lagi buta dan hanyut dengan segala macam sumbatan kuasa , jawatan dan semestinya harta benda.

DAP tahu dan sedar tentang semua diatas ! Dan itulah yang dimahukan oleh DAP , supaya ada kumpulan besar orang-orang Melayu beragama Islam tunduk akur kepada kehendak cauvinis mereka dan ini sudah berlaku sejak 2008 yang lalu.

SATU KEJAYAAN BESAR bagi DAP kerana sudah ada Melayu yang tunduk kepada kemahuan mereka hanya dengan menjadikan pimpinan tertentu dalam PAS sebagai BONEKA yang dicucuk hidung.

Namun kejayaan itu nampaknya sudah sedikit merosot , perasaan gundah gulana kini menghantui DAP.Mereka benar-benar bimbang dengan perkembangan semasa apatah lagi PAS Kelantan terus komited tentang HUDUD.

Semua pihak sedia maklum DAP tidak pernah waima sekalipun menyokong sebarang usaha untuk melaksanakan undang-undang hudud.Malah walaupun PAS sendiri yang mahu melaksanakannya DAP tentang menjadi penentang utama dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal.

Pernah ketikanya mereka menjadikan beberapa pimpinan DAP lainnya sebagai penggerak kepada usaha penentangan ini dan sudah sampai ke tahap PAS di halau keluar dari Pakatan Haprak.Tak cukup dengan itu gerakan disusun pula untuk menjatuhkan presiden parti dengan menjadikan penyokong PAS sendiri sebagai golongan pendesaknya.

Ramai yang bertanya apa dah jadi ni ?????

Well ada sesuatu yang amat ditakuti oleh Kit Siang dan Guan Eng apabila keadaan ini berlaku.

Ramai tahu bahawa merekalah yang paling berkuasa dalam Pakatan Haprak ! Kehadiran PKR sekalipun tidak akan mampu menandingi pengaruh DAP parti paling rasis ini.Dan DAP tidak pernah sesekali BERSETUJU dengan apa-apa jua keputusan melibatkan Hudud.

Malah ramai dikalangan penyokong DAP sendiri hari ini masih setia dengan DAP kerana mereka meletakkan keyakinan bahawa DAP mampu menjadikan mereka setaraf dengan semua bangsa lain di Malaysia.Mereka mahu sama rata tanpa wujud lagi kuasa atau hak yang mempertahankan orang-orang Melayu dan agama Islam.

Mereka mahu supaya bangsa Melayu tidak lagi menyebut bahawa mereka adalah bangsa pandatang walaupun secara terang-terangan memang mereka adalah pendatang yang dah lupa diri !

Sebagai nakhoda DAP , mereka bimbang kerana hari ini sudah ada suara dari akar umbi sendiri yang mahukan supaya anak beranak ini meletakkan jawatan masing-masing sekiranya mereka GAGAL menghalang PAS daripada melaksanakan perancangan mereka.Rujuk SINI 

Justeru itu , puak-puak DAP di akar umbi harus melihat apa yang sedang berlaku ini dan perkembangan selepas ini sebagai satu keputusan yang sewajarnya dijadikan sebagai kayu ukuran betapa perlu atau tidak dinasti LIM dikekalkan di takhta parti DAP.

Kemudian belajar-belajarlah terima hakikat bahawa kamu walaupun warganegara Malaysia , tetapi masih tertakluk di bawah perlembagaan persekutuan yang secara jelas telah menyebut orang Melayu dan agama Islam punya keistimewaan tersendiri !

Kepada puak DAP yang bersuara , MMI ucapkan SYABAS sekurang-kurangnya tindakan itu dapat membuka mata jutaan rakyat Malaysia tentang sikap dan agenda DAP itu sendiri.

Cauvinis , Rasis & Double Standard !!! 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels