Followers

Thursday 5 March 2015

Kemelut Dalaman PAS - Pertempuran Bermula Sudah Ada Yang Cedera PARAH !!!

Kemelut dalaman parti PAS nampaknya bukan semakin reda tetapi sudah sampai ke tahap yang agak kritikal.

Sebagai pemerhati politik , MMI merasakan adalah wajar untuk pucuk pimpinan parti itu segera memikirkan jalan terbaik bagi menyelesaikan konflik dingin yang mampu memakan diri itu daripada terus merebak.

Bukan sengaja nak provok tetapi ramai yang melihat perpecahan dalaman antara penyokong PAS dan PASMA tidak lagi boleh dielakkan.Insiden berbalas kata dan tuding menuding pastinya amat tidak disenangi oleh sebahagian besar para penyokong PAS khususnya yang pro kepada ulama.

Hadi Awang selaku presiden sudah pun menyatakan bahawa PAS tidak bersetuju sama sekali dengan penubuhan PASMA dan melarang ahlinya daripada terlibat dengan pertubuhan terbabit.Namun sehingga saat ini walaupun secara terang-terangan ramai dari kalangan ahli PAS sendiri terlibat dalam PASMA tiada sebarang tindakan diambil oleh pucuk pimpinan parti tersebut.

Sesuatu yang agak aneh jika dibandingkan dengan tindakan terhadap Hasan Ali dan juga Nasharuddin Mat Isa sebelum ini.Secara tidak langsung telah menampakkan kelemahan kepimpinan PAS itu sendiri ! 

Dalam masa yang sama kita juga harus faham bahawa keadaan itu jauh lebih memeningkan kepala pimpinan-pimpinan PAS memandangkan keterlibatan mereka-mereka yang juga berada dalam saf kepimpinan tertinggi PAS adalah mereka yang terlibat dalam PASMA.

Keadaan begitu sukar sekali seolah-olah satu lakonan wayang cina sedang berlaku diantara kedua-dua kumpulan ini apabila bertemu.Masing-masing cuba untuk mengawal emosi dan kelakuan kerana mereka tahu satu kesilapan kecil mampu memusnahkan keseluruhan parti.

Kerana kemelut inilah maka kita dikejutkan dengan insiden seorang Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad yang  telah dipukul dan ditumbuk di bahagian muka dan dahi oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di hadapan rumahnya di Shah Alam, awal pagi tadi.

Insiden dikatakan berlaku sewaktu beliau pulang dari solat Subuh dan akibat daripada tindakan tersebut Dzulkefly mengalami luka di bibir dan kepalanya bengkak.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata, Dr Dzulkefly turut diugut oleh penjenayah tersebut dengan kata-kata “Kenapa kurang ajar sangat?”.


Apa jua yang berlaku , seorang pimpinan PAS kini sudah pun menjadi mangsa ! Apa sebabnya ???? Kalau berdasarkan kepada percakapan si pemukul terbabit "Kenapa kurang ajar sangat?" rasanya bolehlah kita kaitkan dengan isu kenyataan biadapnya baru-baru ini yang dia tidak lagi menghormati ulama PAS, sudah hilang hormat kepada pihak yang digelarkan sebagai ulama tetapi memaki hamun sesama sendiri, apatah lagi sesama jemaah Islam (jemaah Islam yang dimaksudkannya adalah gerombolan PASMA).

Tak mustahil bukan ?? Mengenai siapa dalangnya MMI tak nak ulas sebab laporan polis sudah dibuat dan mungkin akan ada bunyi-bunyi kononnya itu adalah kerja buat orang UMNO ! Namun berdasarkan apa yang MMI tulis dalam perenggan di atas rasanya ampa semua boleh agak siapa mereka !!!

Dan insiden sebegini bukanlah baru kali pertama berlaku !!!

Sebelum ini kenderaan milik Hatta Ramli telah dibakar diperkarangan rumahnya.Tak cukup dengan itu muncul pula cerita aksi guling mengguling dalam cawangan PAS sendiri.

Apa cerita ????

Ahli-ahli PAS Cawangan Kepala Jambatan melihat Ketua Cawangannya , Che Ibrahim Mohamed sebagai anasir yang cukup merbahaya bagi perjuangan PAS. Ketiadaan Che Ibrahim yang berada di 'luar negeri' kononnya, telah digunakan oleh jawatankuasanya untuk mengadakan mesyuarat. 

Sekaligus mengenepikan Che Ibrahim selaku Ketua Cawangan. Mesyuarat yang diadakan di Masjid Nesuha, Pasir Pekan Hulu pada 28 Februari lalu itu turut melibatkan AJK PAS Cawangan Kepala Jambatan, selain pengesahan minit mesyuarat dan sebagainya.

Ini merupakan tindakan tegas pertama melibatkan PAS-PASMA. Che Ibrahim Mohamed, di sebalik penafiannya akan menjadi calon DUN Chempaka mewakili PASMA , dikatakan turut melobi bagi merealisasikan keinginannya menyandang Kerusi DUN yang telah dimenangi oleh Allahyarham Nik Abdul Aziz sebelum ini.Baca selanjutnya di SINI 

Alunnya dan bermula dan alunan itu pastinya akan membesar menjadi ombak ! Dan jika ombak itu dibiarkan menerjah pantai , MMI yakin akan hilanglah seluruh kampung.

Moralnya sudah ada dikalangan ahli PAS sendiri yang sudah mula sedar bahawa kehadiran PASMA hasil daripada garapan songsang DAP dan PKR tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memusnahkan PAS.

Malah dalam keadaan tertentu PASMA sebenarnya merupakan pemain simpanan yang akan dimasukkan pada bila-bila masa pada ketika pemain utama PAS hilang fokus !

FOKUS apa ??

Agenda Pakatan Haprak !!!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels