Followers

Friday 6 March 2015

Mai Baca LAYAN Si BINGAI Ni Sat !!!!

Parti Keadilan Rakyat menyatakan kemungkinan ingin mengambil tindakan undang-undang berhubung keputusan Jabatan Penjara Malaysia tidak membenarkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke persidangan Dewan Rakyat minggu depan.

Ketua Whip Ahli Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul berkata, beliau melihat keputusan itu sebagai serius, melanggar hak dan mendahului kata-kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mengesahkan Anwar masih Ahli Parlimen.

“Yang pertama kita akan terus berurusan dengan Speaker… saya akan cuba dapatkan beliau.

“Yang kedua saya akan bincang dengan teman-teman dan mungkin selepas ini akan ke mahkamah dan mungkin akan bawa Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar ke mahkamah.

“Anda halang seorang Ahli Parlimen ke Parlimen ketika dia masih lagi Ahli Parlimen… ini sesuatu yang serius,” kata Johari pada sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya pada Khamis.

Bagaimanapun katanya tindakan mahkamah itu akan dibincangkan terlebih dahulu bersama kepimpinan PKR dan juga peguam mereka, N Surendran dan Latheefa Koya termasuk pihak dari Pakatan Rakyat.

“Rakyat kena faham bahawa hak Anwar sebagai Ahli Parlimen masih ada… kalau ini boleh berlaku sekarang bayangkan apa akan berlaku pada masa akan datang,” kata Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani itu.

Menurutnya lagi, berdasarkan Fasal 48 (4)(c) Perlembagaan Persekutuan, sehingga kini Anwar masih lagi Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang Malaysia kerana petisyen yang difailkan oleh keluarga Anwar kepada Yang Dipertuan Agong masih belum dibereskan.

Selain itu, Johari juga menyatakan kehairanan kerana Anwar telah dibenarkan menghadiri perbicaraan pada 17 Februari lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai saksi, namun tidak dibenarkan hadir ke Parlimen.

“Saya dan teman-teman kepimpinan yang lain tidak akan berdiam diri, kami akan berusaha mencari jalan agar semua pihak termasuk Ketua Pengarah Penjara mesti mematuhi undang-undang dan menjunjungi Perlembagaan Persekutuan sebagai asas perundangan negara ini,” tegasnya.

Johari juga menyatakan keyakinan bahawa perkara ini dapat diselesaikan sehingga tarikh Parlimen mula bersidang iaitu 9 Mac 2015 nanti.

“Kita masih ada masa… ia pada 9 Mac. Kita masih ada beberapa hari lagi,” katanya lagi.

Menurut PKR, surat permohonan supaya Anwar dibenarkan ke Parlimen telah dihantar kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, namun ia telah dijawab oleh Ketua Pengarah Penjara, Zulkifli Omar, dan itu telah mencetuskan ketidakpuashatian di kalangan mereka.

Semalam, portal Ahli Majlis Barisan Nasional (BNBCC) telah melaporkan bahawa Jabatan Penjara menolak permohonan Anwar Ibrahim menghadiri sesi Parlimen Isnin depan.

Memetik sumber, katanya salinan surat jabatan itu diterima Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Dalam surat tersebut, Jabatan Penjara telah memaklumkan bahawa Anwar kini berada di bawah akta, peraturan dan prosedur penjara. -astroawani

Si Johari ni kalau ampa semua masih ingat adalah seorang pelakon lagak ngeri yang pernah menggemparkan Malaysia apabila wajahnya di ubah menjadi P.Ramlee satu ketika dulu sewaktu mempertahankan Anwar dalam isu balun Chinadoll.

Kihkihkih musibat punya puak !!!

Oklah macam ni , ampa semua dah baca kenyataan kat atas tu dan kalau diperhatikan betul-betul semuanya terarah kepada menghormati undang-undang dan meletakkan undang-undang itu dikedudukannya yang tersendiri.

So dalam semua cerita kat atas tu jangan lah pula menafikan bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang BANDUAN yang telah diputuskan sebagai BERSALAH kerana MELIWAT pembantunya sendiri !!!

5 hakim dah buat keputusan apa lagi yang ampa nak pertikai ???

BINGAI sungguh !!!!

MMI

2 comments:

  1. Adoi Johari, awat hang bangang sangat ....

    ReplyDelete
  2. Meroyan ni dah tuo tuo pi lah ...

    ReplyDelete

Labels