Followers

Sunday, 29 March 2015

Pemuda KEDAH Minta Tindakan TEGAS Terhadap Portal Malaysian Insider

Pemuda UMNO Kedah mahu tindakan tegas dikenakan terhadap pemilik portal Malaysian Insider berhubung laporannya yang mendakwa kononnya Majlis Raja-Raja berkenan menolak pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Ketuanya Datuk Saiful Hazizy Zainol Abidin berkata laporan oleh portal tersebut yang mengaitkan Majlis Raja Raja dengan hukum Hudud menggambarkan Malaysian Insider kini terdesak.

“Institusi Diraja adalah simbol kebanggaan negara dan tidak perlu dicemari dengan tangan-tangan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar hari ini.

Terdahulu, pembantu khas beliau, Shamsul Baharin Shaarom membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar meminta siasatan polis dilakukan terhadap Malaysian Insider berhubung laporannya itu.

Khamis lepas Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berkata pihak majlis telah membuat laporan di Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur bagi menegaskan apa yang disiarkan dan diterbitkan oleh portal itu adalah tidak benar dan bukan dikeluarkan oleh pejabat majlis berkenaan.

Beliau berkata Majlis Raja-Raja tidak membincangkan perkara yang dihebohkan itu dalam mesyuaratnya dan pejabat itu juga tidak mengeluarkan siaran akhbar bertarikh 25 Mac yang menyentuh hudud.

Macam biasa MMI masih menantikan tindakan yang akan diambil terhadap portal pro pembangkang terbabit !!

Baca artikel berkaitan di SINI 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels