Hari ini terjawablah sudah kekosongan kerusi Dun Chempaka bakal ditandingi oleh 5 orang calon setelah kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat bulan lalu.
Agak mengejutkan juga walaupun BN yang sudah pun membuat pengumuman untuk tidak bertanding kerana mahu menumpukan kepada usaha membantu mangsa banjir serta membangunkan infrastruktur , PRK ini menyaksikan sehingga 5 calon bertanding.
Berikut adalah nama-nama calon yang sudah mengesahkan penyertaan masing-masing.
PERTANDINGAN 5 PENJURU DI DUN CEMPAKA
NO CALON (PRK N06 CHEMPAKA)
NO 1
FADZILLAH BINTI HUSSIN (BEBAS) - LAMBANG KUNCI
NO. KPT : 601207-03-5360
NO 2
UST AHMAD FATHAN BIN MAHMOOD @ MAHAMAD (PAS)
730404-03-5715
NO 3
IZAT BUKHARY BIN ISMAIL BUKHARY (BEBAS) - LAMBANG PEN
NO. KPT : 670620-03-5101
NO 4
ASLAH BIN MAMAT (BEBAS) - LAMBANG BUKU
521211-03-5187
NO 5
HJ SHARIF BIN MAHMOOD (BEBAS) - LAMBANG GAJAH
NO. KPT : 560116-03-5463
SEMUA CALON DITERIMA, TIADA DITOLAK
Ahmad Fathan, 42, menggunakan lambang parti diwakilinya, manakala Izat Bukhary, 48, memilih pen diikuti Sharif, 59, (gajah), Fadzillah, 55, (kunci) dan Aslah, 64, (buku).
Ahmad Fathan yang juga Imam Tua Mukim Baung Besar berkata, keputusan parti memilihnya sebagai calon dianggap satu amanah dan berharap kerjasama jentera untuk memastikan kemenangan sekali gus mempertahankan kerusi itu.
Beliau diiringi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali, Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Presiden PKR ,Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Izat Bukhary yang kali ketiga bertanding Bebas berkata, tidak serik untuk mencuba nasib dalam pilihan raya kecil kali ini, meskipun sedar risiko hilang wang pertaruhan.
Aslah yang juga pesara kerajaan pula berkata, mahu bertanding kerana ingin mendekati masyarakat selain menganggap peluangnya cerah disebabkan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon.
Bagi Fadzillah yang aktif dengan Persatuan Bukan Kerajaan (NGO), keputusan bertanding kerana ia satu platform terbaik untuknya bersuara walaupun sedar peluang menang adalah tipis.
Sementara itu, Sharif enggan mengulas sebabnya bertanding sehingga sidang media diadakan di pejabatnya di Taman Bendahara, di sini, kira-kira 12 tengah hari.sumber
Selamat berkempen !
MMI
No comments:
Post a Comment