Hampir 5 hari MMI tak update blog disebabkan tugasan padat yang tak dapat dielakkan.Namun dalam kepadatan itu sempat jugalah MMI mencuri masa untuk merehatkan diri.
Seperti kebanyakkan orang lain , nikmat merehatkan diri itu bukanlah sesuatu yang boleh dijual beli.Apatah lagi kesempatan itu bukannya di rumah sendiri tetapi jauh di tempat orang.
Dan seperti biasa sebagai manusia sifat kebergantungan sesama manusia itu perlu walaupun secara peribadinya kita WAJIB berusaha.
Tidak semua perkara didunia ini boleh dilakukan tanpa bantuan mahupun sokongan orang lain , bahkan dalam satu-satu keadaan manusia itu lebih suka menyalahkan orang lain.Hakikatnya sifat manusia itu sudah tercatit sejak azali bahawa mereka akan sentiasa mendepani cabaran demi cabaran dalam konteks masing-masing.Islam sebagai contohnya sudah pun mengingatkan umatnya bahawa iblis dan syaitan akan sentiasa menggangu kehidupan manusia dan menyesatkan mereka daripada pegangan agama Islam itu sendiri.
Maka kerana itu cabaran yang sedang kita hadapi hari ini sebenarnya bukanlah cabaran yang boleh diambil mudah tetapi merupakan cabaran yang mampu melemahkan kita seterusnya menyebabkan seluruh negara akan terkesan dengannya.
Kehadiran pelbagai bentuk tekanan dan cabaran bukan hanya terletak kepada individu tetapi juga tersasar kepada badan-badan kerajaan seperti PDRM dan agensi-agensi lain yang berkaitan.Bayangkan jika tekanan dan cabaran ini GAGAL ditangani dengan baik maka sudah pastilah satu malapetaka dasyat boleh berlaku di bumi Malaysia.
Sebagai rakyat , MMI bersyukur kerana Malaysia dikurniakan dengan keamanan serta kemakmuran yang boleh dikatakan terbaik di dunia.Walaupun ada cabaran-cabaran tertentu yang dilihat agak agresif tetapi kita masih lagi mampu mendepaninya.Semuanya pasti kerana semangat dan disiplin kita dalam menguruskan sebuah negara yang cukup unik dengan kepelbagaian bangsa dan agamanya.
Pengalaman MMI bersama teman-teman sepanjang 5 hari lepas cukup bermakna , disaat kita memerlukan bantuan maka hadirlah mereka yang kita gelarkan sebagai PDRM.Dengan penuh disiplin dan tanggungjawab mereka menghulurkan bantuan yang pastinya menjadi kenangan paling indah kepada kami sekumpulan.
Namun jika kita teliti dan perhatikan , mereka sentiasa ada pada setiap masa dan ketika kita memerlukan.Lihat sahaja dalam dunia politik ! Walaupun mereka adalah sebahagian daripada mangsa cercaan dan makian pihak-pihak tertentu , tidak sedikitpun ianya menjadi nanah atau kudis malah mereka jualah yang memikul tanggungjawab disaat pihak-pihak tersebut memerlukan bantuan.
Itulah PDRM ! Mereka sentiasa bersedia dan terus bersedia memikul tanggungjawab demi rakyat dan negara.
SALUTE PDRM !
Selamat Menyambut Hari POLIS Yang Ke-208 !
MMI
No comments:
Post a Comment