Followers

Monday, 27 April 2015

Pemuda PAS P.Pinang TEGAS BERANI Tetapi LEMBIK !! #PRKPermatangPauh

Jelas dan nyata bahawa PRK Permatang Pauh menjadi bukti kepada seluruh rakyat Malaysia betapa PAS bukan sahaja gagal mendidik ahlinya untuk kekal istiqamah terhadap kepimpinan parti tetapi menjadi mangsa belasahan politik parti-parti dalam Pakatan Haprak.

Kesannya bukan sahaja memecah-belahkan sesama umat tetapi sampai ke tahap meracuni pemikiran ahli sendiri.

Akibatnya bumi Permatang Pauh membongkar sikap jijik sebahagian daripada ahli PAS yang kini sedang berdepan dengan tsunami prinsip dan pendirian.

Semua pihak sedia maklum PAS Permatang Pauh sudah pun membuat keputusan untuk meneruskan sokongan mereka terhadap kempen PKR yang dilihat begitu terdesak untuk memastikan calon recyle Wan Azizah menang pada 7 Mei 2015 nanti.

Malah sikap suka menghalalkan cara yang menjadi trademark mereka selama ini diulang pakai semata-mata kerana kehendak politik yang terlalu obses kepada kedudukan politik sehingga mengenepikan asas perjuangan sendiri.

Jika sebelum ini kita mendengar suara mereka begitu tegas untuk memboikot PRK Permatang Pauh kerana isu hudud kini segalanya longlai hanya dengan satu perjumpaan tanpa sekelumit pun bunyi memohon maaf.Baca Sini 

Apa sudah jadi PAS ?

Apa pun MMI bersyukur kerana disinilah segala-galanya terdedah !

Pendirian Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang untuk merehatkan semua jentera pemudanya dalam kempen di Permatang Pauh merupakan bukti nyata betapa nafas PAS amat busuk sekali.
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG.
TAMAT TEMPOH PERMOHONAN MAAF AMK
Berikutan desakkan permohonan maaf yang disuarakan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) berhubung kenyataan media AMK Pulau Pinang yang menghina dan memfitnah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi. Tempoh yang diberikan kepada pihak AMK Pulau Pinang sehingga hari penamaan calon, 25 April 2015 untuk menyatakan permohonan maaf telah tamat.
DPPNPP dengan ini menetapkan pendirian bahawa semua jentera dan petugas Pemuda PAS Negeri P.Pinang direhatkan dari semua gerak kerja sepanjang Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh. Semua bilik gerakan Pemuda tidak akan dibuka sama sekali. Mana-mana premis di bawah seliaan pemuda juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh ini.
Malahan, kumpulan Alternatif Riding Club (ARC) bagi aktiviti konvoi anak-anak muda atau seumpamanya, petugas keselamatan Jabatan Amal Negeri dan semua guru PASTI juga akan direhatkan dari bertugas dalam PRK ini.
Kami juga tidak akan terlibat dengan mana-mana jemputan untuk menyertai mana-mana pentas ceramah sepanjang kempen untuk PRK Permatang Pauh.
DPPNPP turut melahirkan kekecewaan atas sikap berdiam diri oleh AMK Pulau Pinang dan juga helah politik PKR dan beberapa pimpinan tertentu PAS dalam mengurus desakan akar umbi PAS di Permatang Pauh.
Ustaz Mohd Yusni Bin Mat Piah.
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang
26 April 2015
Bau yang terhambur dari kata-kata itu menjadi amat busuk kerana ia telah mendedahkan kepada kita betapa dalam misi sebesar ini pun (Prinsip & Pendirian Hudud) masih ada dikalangan mereka yang belot dan meninggalkan janji dan taat setia kepada parti.

Hakikatnya pendirian Dewan Pemuda PAS yang dilihat tegas dan berani itu tidak akan ke mana kerana gegarannya hanya dipandang sebelah mata oleh pimpinan dalam Pakatan Haprak khususnya PKR.

Suara tegas dan berani itu akhirnya lembik apabila Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang diKHIANATI secara TOTAL oleh sebahagian besar kepimpinan PAS di kawasan Permatang Pauh.

Ya .. Mungkin akan berlaku sedikit masalah di beberapa sudut NAMUN secara tersuratnya keputusan Omar Hassan untuk kembali menggerakkan jentera PAS bagi membantu kempen PKR adalah sesuatu yang telah memakan diri PAS itu sendiri.

Taraf pencacai akan terus sebati dengan mereka manakala pimpinan PKR dan DAP akan terus mengalunkan lagu dengan nada yang sama kerana mereka tahu PAS kini sedang berdepan dengan ombak besar dan mereka akan mencapai apa sahaja yang terhidang didepan mata asalkan nasib dan nyawa mereka selamat.

Siapa kata ketegasan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang akan menggugat perancangan Pakatan Haprak di bumi Permatang Pauh ?



Kalau ada sekalipun pasukan simpanan kini sudah dipersiapkan untuk menghadapi segala kemungkinan !! 

Bilik Gerakan PASMA di Permatang Pauh

INGAT ! Dewan Pemuda PAS kata jenteranya DIREHATKAN so tak mustahil lepas ni back to field !!

Kenapa ? Tak percaya ?

MMI

1 comment:

  1. apa komen azmin, selaku timbalan presiden pkr dalam isu berantakan pas vs pkr ini? dia kekal cool dan bersahaja. langsung tidak menampakan riak cemas dan takut kalah. soalnya kenapa? secara peribadi azmin 'agak' suka jika pkr tewas di permatang pauh sebab calonnya adalah dr wan azizah, presiden pkr! kenapa suka, sedangkan permatang pauh adalah kerusi parlimen, kerusi yang ditinggalkan oleh penasihat de facto pkr, anwar ibrahim? lagi besar jawatan calon dan kalah, maka lagi besar keuntungan yang akan diraih oleh azmin dikemudian hari. masakan tidak, dengan kekalahan dr wan azizah yang juga presiden pkr bermakna reputasi presiden akan tercalar teruk. ditambah dengan kelemahan di dun kajang sendiri (yang pastinya dibawa oleh juak2 azmin ke permatang pauh) maka dalam pemilihan pucuk pimpinan akan datang nama azmin akan top! waktu itu, arahan anwar ibrahim dari dalam penjara sudah dibekukan, tiada siapa yang peduli. maka jika wan azizah tewas di permatang pauh, legasi anwar ibrahim akan berakhir dan berdirilah pkr sebagai parti siasah yang lebih berintegriti, bukan semata2 membela nasib seorang manusia bernama anwar ibrahim. maka kesimpulannya apa yang perlu dilakukan oleh pengundi2 di permatang pauh ialah tamatkan penguasaan kaum kerabat anwar ibrahim dalam hieraki pkr agar parti pkr akan berdiri sebagai parti siasah yang lebih berintegriti. tak kiralah anda peminat pkr, pas atau dap, berilah undi kepada calon lawan agar wan azizah tewas dan legasi anwar ibrahim terhenti di kubu kuatnya sendiri. selamat mengundi.

    ReplyDelete

Labels