Followers

Thursday, 30 April 2015

SUHAIMI BONUS Buat Anak Muda Di Permatang Pauh #PRKPermatangPauh @RRAFIZAL


Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh sering kali menjadi topik paling panas diperbincangkan banyak pihak di seluruh negara.Sama ada ianya melibatkan PRK DUN mahupun Parlimen , panasnya suasana di bumi Permatang Pauh tidak akan sama dengan mana-mana PRK lain malah ia punya keistimewaan tersendiri.

Jika di hitung dari jumlah PRK dan PRU yang pernah diadakan di sini , ini merupakan pencalonan kedua Wan Azizah menggantikan Anwar Ibrahim selepas kali pertama pada 1999.Pastinya warga Permatang Pauh amat mengenali siapa Wan Azizah , calon simpanan Anwar tatkala kedudukannya dalam politik berdepan masalah.

TANPA PREJUDIS , sebagai rakyat Pulau Pinang dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang , saya melihat senario ini bukanlah sesuatu yang baik kerana rakyat khususnya warga Permatang Pauh selalu menjadi mangsa kerakusan politik pemimpin PKR.

Wan Azizah telah mencatat sejarah sebagai pemimpin yang mengabaikan rakyat di kawasan dan banyak masanya di habiskan untuk politik kepartian.Dalam masa yang sama kehadirannya di bumi Kajang jelas memperlihatkan kepada kita bagaimana kedudukan dan permainan politik menjadi keutamaan mereka.

Justeru itu , sebagai orang muda saya melihat betapa pentingnya warga Permatang Pauh mengambil peluang kali ini dengan sebaik-baiknya untuk sama-sama melakukan perubahan bukan sahaja kepada lanskap politik di Permatang Pauh tetapi juga perubahan dari segi pembangunan , ekonomi dan lain-lain.

Pencalonan saudara Suhaimi Bin Haji Sabudin mewakili Barisan Nasional pada PRK kali ini benar-benar menepati hasrat dan janji kita (UMNO) untuk mengenengahkan calon terbersih malah berjiwa rakyat.

Dikenali sebagai Abang Mie oleh kebanyakkan orang-orang disini , beliau dilihat mampu merealisasikan hasrat sebahagian besar penduduk Permatang Pauh yang selama ini dipergunakan oleh PKR dan sudah tentu keupayaan serta kemampuan saudara Suhaimi jauh lebih baik daripada parti lawan.

Sebagai anak tempatan sudah pastilah beliau lebih memahami tentang permasalahan di kawasan.Manakala ruang dan akses beliau dengan kerajaan pusat semestinya memudahkan penyaluran dana serta bantuan kepada warga Permatang Pauh.

Dalam konteks anak muda pula , kehadiran saudara Suhaimi dilihat sebagai satu bonus kepada mereka.Kehendak dan keperluan orang-orang muda ini pastinya menjadi salah satu daripada perkara terpenting untuk diberikan perhatian contohnya peluang-peluang pekerjaan yang boleh ditawarkan kepada anak-anak muda di Permatang Pauh melalui agensi-agensi terlibat.

Malah banyak perkara dapat direalisasikan sekiranya saudara Suhaimi Sabudin dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baru.Logiknya warga Permatang Pauh harus bijak membuat pilihan dan saya percaya bahawa peluang ini merupakan yang terbaik dalam mana-mana peluang sebelum ini maka gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya.

Sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang , Saya dan seluruh jentera pemuda memberikan jaminan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO akan bekerja dengan lebih kuat membantu calon BN saudara Suhaimi Sabudin dalam kempen di Permatang Pauh kali ini.

Buat Pilihan Yang Bijak !

Rafizal Abdul Rahim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Negeri Pulau Pinang 

No comments:

Post a Comment

Labels