Followers

Monday 27 April 2015

Undi Anak Muda PAS Tak Berharga Di #PRKPermatangPauh @jeffrisalim


Keputusan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang untuk terus memboikot kempen PKR di Permatang Pauh mula menjadi perhatian banyak pihak.Sebagai salah satu sayap parti yang sepatutnya menjadi tulang belakang kepada jentera kempen Pakatan Rakyat , tindakan memboikot itu dilihat sebagai tindak balas pemuda PAS terhadap sikap PKR yang terlalu sombong dan angkuh sehingga bertindak sewenang-wenangnya menghina pemimpin tertinggi parti tersebut.

Namun sejauh mana tindakan itu mampu memberi kesan kepada PKR ?

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjung merangkap EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Jeffri Salim melahirkan rasa simpati terhadap Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang  kerana  telah diperlekehkan dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh oleh pimpinan dalam PAS dan juga Pakatan Rakyat.

Kita tahu bahawa hudud menjadi isu paling panas dan diperbincangkan banyak pihak apabila kerajaan negeri Kelantan dengan sokongan Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang sudah menyatakan pendirian mereka untuk meneruskan cadangan tersebut.

Antara yang paling lantang menentang hasrat PAS itu adalah rakan sekutunya sendiri DAP dan turut mendapat sokongan PKR.Akibat daripada perbezaan pendapat dan ideologi politik dalam Pakatan Rakyat akhirnya suara anak muda PAS langsung tidak dipedulikan.

Desakan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang supaya AMK Pulau Pinang membuat permohonan maaf secara terbuka sebelum 25 April 2015 berikutan tindakan menghina dan memfitnah presiden PAS langsung tidak dilayan.

Malahan  Datuk Saifuddin Nasution selaku Pengarah Pilihan Raya PKR sendiri mengesahkan PKR tidak akan melayan desakan atau ugutan Pemuda PAS Pulau Pinang untuk memboikot kempen Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh.

Secara jujurnya tindakan PKR ini memperlihatkan  sikap mereka yang sebenar , mementingkan diri dan hanya mengambil kesempatan terhadap PAS apabila keadaan memerlukan.

Hakikatnya suara anak muda PAS ini langsung tidak berharga malah tidak punya nilai bagi PKR walaupun selama ini PAS lah yang banyak membantu PKR dan Pakatan Rakyat.Rasionalnya mereka lebih menumpukan kepada peringkat tertinggi sedangkan anak-anak muda PAS Pulau Pinang khususnya di Permatang Pauh lah yang banyak melakukan kerja-kerja parti di peringkat akar umbi selama ini.

Dalam pada itu , tindakan PAS Kawasan Permatang Pauh yang telah menyatakan kesediaan untuk menggerakkan jentera mereka membantu kempen PKR bolehlah diistilahkan sebagai satu pengkianatan pucuk pimpinan PAS terhadap Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang dan anak-anak muda PAS di bawah kepimpinan saudara Yusni Mat Piah.

Agak menghairankan dalam situasi sepenting ini , PAS lebih memilih untuk bersahabat dengan PKR yang secara jelas menolak hasrat parti itu untuk melaksanakan undang-undang hudud malah bertindak lebih jauh dari itu dengan menghina dan memfitnah Tuan Guru Haji Hadi Awang.

Kepada Pemuda PAS Pulau Pinang , beliau melahirkan rasa simpati dengan apa yang berlaku dan sudah pastilah kita ingin mengingatkan mereka supaya segera sedar dan bangkit dari lamunan politik yang tidak menguntungkan PAS mahupun umat Islam keseluruhannya.

Sedarlah dan segera berubah agar matlamat untuk memperkukuhkan ummah dapat direalisasikan.

Dato' Jeffri Salim
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjung
EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

1 comment:

  1. Ingatan dari dato jefri memang cantik,tapi adakah LEMBU LEMBU yg ada setakat OTAK tapi tak BERAKAL ni nak dengar dan hendak sedar.

    ReplyDelete

Labels