Followers

Monday, 4 May 2015

Ada KOMPLOT Mahu Wan Azizah KALAH Di #PRKPermatangPauh !! #kakwan4pp

Kempen parti-parti politik pada PRK Permatang Pauh kali ini tidaklah begitu agresif memandangkan rantaian suku sakat Pakatan Rakyat sendiri sedang berdepan dengan masalah.

Jika melihat kepada keakraban yang cuba di pertontonkan kepada umum , pastilah ianya kelihatan begitu mesra dan cukup bersatu.

Namun hakikatnya keadaan tidaklah seperti mana yang dilakonkan.Banyak masalah timbul akibat kiblat berbeza dan pelbagai ideologi politik yang tidak sekata.

Kenyataan yang mungkin dianggap sebagai satu janji kononnya Guan Eng akan jaga Permatang Pauh dan Azmin akan jaga Kajang sekiranya Wan Azizah dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bukan sahaja memberikan impak negatif kepada keseluruhan kempen PKR tetapi juga reaksi kecewa sebahagian besar pengundi di Permatang Pauh.

Salam seorang pengundi di DUN Penanti (yang tidak mahu namanya disiarkan)  berkata kalau dah semua kerja orang lain buat , untuk apa Wan Azizah bertanding sebagai wakil rakyat ? Bukankah wakil rakyat itu antara tugasnya memberikan perkhidmatan kepada rakyat ? Jika beginilah caranya memang jelaslah Wan Azizah hanya mahukan tiket untuk ke parlimen.Semua kerana politik langsung tidak ada keikhlasan untuk membantu rakyat di akar umbi.

Selain daipada itu tindakan Guan Eng yang mahu menjaga Permatang Pauh dipandang sebelah mata sahaja oleh kebanyakkan warga Permatang Pauh.Ini kerana mereka tahu sejak DAP mentadbir Pulau Pinang dasar berat sebelah sering kali digunakan dan orang Melayu lah yang sering kali menjadi mangsanya.

Tidak cukup dengan itu  luahan Adun Penanti dari PKR sendiri yang kecewa kerana 5 Usul yang dibawanya ke Sidang DUN  di dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh dibuang boleh dijadikan kayu ukuran samada cakap Guan Eng itu benar atau sekadar retorik semata-mata.




Jadi kalau diamati senario yang berlaku jelaslah kepada kita bagaimana terdapat gerakan yang tidak sekata dan usaha pincang dengan masing-masing dengan cara masing-masing yang akhirnya memusnahkan bukan sahaja imej Wan Azizah tetapi juga hubungan songsang yang berlaku dalam Pakatan Rakyat selama ini.

Timbul persoalan akhir apakah ini merupakan agenda pihak-pihak tertentu yang mahu melihat legasi Anwar Ibrahim terus dikuburkan dari dunia politik negara ?

Sebarang kemungkinan boleh berlaku kerana hari ini kita juga sedar selain PAS dan PKR ada pihak yang sedang menongkah naik hinggakan suara mereka seolah-olah maksum dan langsung tidak boleh disentuh.

Rasanya anda faham siapa yang MMI maksudkan !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels