Followers

Monday, 4 May 2015

Selepas Dr Afif Giliran Azmin Pula Bikin Wan Azizah Tak Senang Duduk !! #PRKPermatangPauh

Timbalan Presiden PKR , Mohamed Azmin Ali antara pemimpin Melayu dan beragama Islam yang secara jelas menolak cadangan dan perancangan kerajaan PAS di Kelantan untuk melaksanakan undang-undang hudud.

Dengan alasan dasar bersama yang dipersetujui DAP serta PAS adalah berkaitan ekonomi, pendidikan dan keselamatan malah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri pernah menyatakan pendirian sama pada 2010.

"Hadi pernah buat kenyataan terbuka bahawa Hudud tidak perlu disegerakan namun bukan bermakna kita tolak Hudud cuma ia bukan 'our common policies'.

"Dasar ekonomi, pendidikan dan keselamatan yang pakatan persetujui sebelum ini perlu ditangani terlebih dahulu untuk kesejahteraan rakyat malah jika ini diberi keutamaan, saya percaya ia boleh diselesaikan dengan cara yang baik".

Persoalannya apakah yang cuba dilakukan oleh Azmin ? Yang rakyat nak tahu adalah bersetuju atau tidak dengan cadangan daripada PAS Kelantan untuk melaksanakan undang-undang hudud ? Kalau asyik main flip flop memang terang-terang dia ni setaraf dengan Dr Afif !

Antara kekeliruan yang dilihat memakan diri sendiri adalah , Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sewaktu menyampaikan amanat yang agak unik kepada pengundi di Permatang Pauh malam tadi, menggesa mereka menyokong cakap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.  

"Baik kita sokong orang tua yang umurnya dah 90 tahun. Sekarang seluruh negara dia sudah bising (tentang GST).

"Dia cuma boleh panjang umur menerusi krisis. Lagi dia bergaduh, lagi dia kuat," kata Azmin dalam ceramahnya di Kubang Ulu, di Permatang Pauh malam tadi.

Amanat itu disampaikannya sewaktu membuat perbandingan antara calon Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh Suhaimi Sabudin, 44, dan Dr Mahahthir yang berusia hampir 90 tahun.

Pulak dah !! Sebelum ni siap dengan Mahafiraun semua !!

Inilah sikap puak-puak munafik sebenarnya , sanggup mengunakan apa sahaja asalkan apa yang dihajati tercapai.Satu pendirian yang langsung tidak konsisten dan membuktikan kepada kita betapa PR ketandusan isu sebenarnya.

Kita pun tahu bahawa media-media pro-pembangkang telah memutarbelitkan kenyataan Tun Mahathir tentang GST. Dan tidak menghairankan apabila Azmin Ali dan Pakatan Pembangkang hanya mengambil sebahagian kecil daripada pandangan Tun Mahathir. Padahal sebelum ini negarawan ini telah mendedahkan lakonan dan pembohongan Anwar Ibrahim.

Lihat video di bawah:

   

Kenapa pendedahan ini tidak pula diakui dan diterima oleh Azmin Ali dan Pakatan Pembangkang?

Sungguh memalukan!

Bagaimana pula dengan pengakuan Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut menyatakan bahawa BN mempunyai peluang yang cerah untuk merampas semula kerusi Parlimen Permatang Pauh?  
“Sebab isu hudud, PKR tak sokong. Jadi PAS mungkin tidak akan bantu. Maka ia boleh beri peluang (pada BN),” katanya dalam sidang selepas program Cakna Ilmu ‘Mendepani Pemikiran Tun Mahathir’ di USM Pulau Pinang. seterusnya 
Azmin Ali dan Pakatan Pembangkang juga dilihat tidak jujur dalam isu GST kerana sebelum ini, Anwar Ibrahim sendiri telah menyatakan sokongan kepada perlaksanaan GST.

Di antara kenyataannya:
"Di Parlimen, saya nyatakan dengan jelaskan GST mesti dijalankan dengan cara yang telus dan cekap, maksudnya prasyarat tertentu mesti dipenuhi sebelum ia dilaksanakan. seterusnya 


So sikap flip flop kejap suka kejap tak suka ini mencerminkan keadaan sebenar kem PKR yang langsung tidak konsisten dalam kempen di Permatang Pauh.Dan mungkin kerana stress semacam inilah MMI dimaklumkan baru-baru ni Wan Azizah kena naik buaian kejap ! 

Apa pun pesanan MMI kepada warga Permatang Pauh , jangan sesekali buat kesilapan yang sama kerana bersedia untuk berkhidmat kepada anda adalah seorang calon wakil rakyat yang TERBAIK pernah UMNO dan BN tampilkan.Malah mesra dengan sesiapa jua termasuk dari kalangan jentera pembangkang di Permatang Pauh.


Calon TERBAIK untuk warga Permatang Pauh , Suhaimi Sabudin !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels