Followers

Friday, 1 May 2015

Ibu Segala FITNAH Kini Bertumpu Di #PRKPermatangPauh

Dah menjadi kebiasaan pada Wan Azizah untuk terus menjaja nama suaminya Anwar Ibrahim setiap kali berkempen dan setiap kali itu jugalah terpampang di poster-poster muka suaminya.

Macam-macam cerita tapi isunya siapa yang bertanding ? 

Nampak sangat PKR lebih menggunakan nama Anwar dalam siri kempennya dan mereka sendiri pun tahu bahawa Wan Azizah tidak punya apa-apa yang kelebihan untuk didagangkan melainkan berlakon dan mencari simpati.

Selebihnya banyak penipuan , menghina dan memfitnah yang telah dilakukan oleh mereka dan kita tahu tindakan ini untuk mengelirukan rakyat selain daripada cubaan untuk menagih simpati serta menghasut rakyat agar membenci UMNO dan kerajaan !!

Contohnya PKR terus menjaja kes liwat Anwar Ibrahim di PRK Permatang Pauh. Mereka mengedarkan buku 'dalil' yang berisi fitnah yang memburuk-burukkan sistem kehakiman dan kerajaan BN. 

Di antaranya ialah fitnah di bawah ..


Kononnya Hassanudin tidak di bawa ke mahkamah?

Padahal yang benar ialah Hassanuddin, pemilik kondo adalah merupakan salah satu daripada 13 saksi alibi yang disenaraikan dan diberi notis untuk menjadi saksi alibi oleh peguam Anwar Ibrahim. 

Dan akhirnya, Hassanuddin dan saksi-saksi alibi ini tidak dipanggil oleh Anwar Ibrahim untuk memberi keterangan!

Kata mudah, pihak yang tidak membawa Hassanuddin ke mahkamah ialah Anwar Ibrahim sendiri!

Nampak tak pembohongan yang terdapat dalam buku yang disebar oleh jentera PKR di PRK Pembangkang Pauh yang bertujuan untuk menipu rakyat di sini?

Seperkara lagi, buku ini juga telah berbohong tentang foto di atas. Bukti sebenarnya ialah seperti di bawah yang jelas menunjukkan kehadiran Anwar Ibrahim! 


Nampaknya PKR begitu desporado hingga sanggup merancuni fikiran rakyat Permatang Pauh. Mereka bukan sahaja berbohong dan menabur fitnah tentang kes liwat Anwar Ibrahim tetapi gagal untuk mencerminkan calon PKR yang dilihat sebagai wakil suami dan bukannya wakil rakyat pilihan terbaik seperti calon BN. - Dr MiM  
Baca juga artikel berkaitan di SINI 

MMI

1 comment:

  1. Paparkan pula pembohongan mereka ! Kerajaan tidak perlu lagi menjanjikan projek pembangunan sebab penduduk setempat tidak berminat. Mereka lebih rela mendengar sensasi fitnah dan taksub kepada pembohongan...

    Jadi nya, BN / Umno buat srtategi gempur yang sama melawan tuduhan pembangkang he..he.. Itu yang penduduk mahu, itu yang sajak di berikan !

    ReplyDelete

Labels