Sampai bila ? Antara persoalan yang sudah mula dilontarkan oleh kebanyakkan warga akar umbi berkenaan perang saudara antara Tun Mahathir dan Najib Razak.
Perang saudara yang pada mulanya didominasi oleh satu pihak kini sudah berbalas dan kedua-dua pihak nampaknya berterusan untuk mempertahankan kedudukan masing-masing.
Mengambil kira kesan dalam mana-mana peristiwa perang sebelum ini , maka apa yang sedang berlaku seharusnya dihentikan demi kebaikan negara dan umat Melayu secara amnya.Dalam sedar atau tidak ada pihak lain yang sedang mengambil kesempatan terhadap kelemahan kita sendiri walaupun di satu pihak beranggapan kononnya mereka berada di pihak yang benar.
Sejarah telah tercatat bahawa Tun Mahathir merupakan seorang pemimpin dan seorang negarawan ulung yang telah banyak berjasa kepada negara dan rakyatnya.Kehebatannya di persada dunia tidak boleh kita pertikaikan sehinggalah beliau meninggalkan ahli UMNO di waktu ramai ahli di akar umbi masih memerlukan khidmatnya.
Siapa tahu mungin inilah resipi Tun Matahir yang kononnya berhenti sebelum kenyang adalah lebih baik namun pendirian untuk berhenti sebelum kenyang itu lama kelamaan semakin hilang apabila beliau kembali lantang bersuara dan berdiri di pentas-pentas separa politik untuk mencetuskan kekalutan politik.
Maka dari situlah senario sama berterusan dan kali ini melibatkan kepimpinan negara YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.
Persoalan mudahnya APA SALAH NAJIB ?
Apa bukti yang ada untuk menyabitkan tiap tuduhan yang dilontarkan itu ada kena mengena dengan NAJIB ?
Ulasan mengenai 13 persoalan yang selama ini dimainkan oleh Tun Mahathir Baca Sini
Sesuatu yang pasti adalah semua bentuk tuduhan itu kebanyakkannya diserapi dengan elemen tohmahan yang digarap sedemikian rupa menjadi persepsi berterusan yang kita tahu amat diminati oleh sebahagian besar mereka-mereka diluar sana.
Ramai dari kalangan mereka seolah-olah hilang kewarasan dan langsung tidak punya kredebiliti untuk berdepan dengan situasi ini.Sebagai pemerhati politik apa yang boleh MMI katakan adalah segala bentuk serangan politik yang sedang berlaku terhadap kepimpinan negara dan kerajaan hari ini merupakan satu tindakan agresif berbau terrorist !
Jika terrorist menjadikan kekejaman dan pembunuhan sebagai platform untuk mencapai cita-cita mereka maka samalah dengan tindakan yang sedang berlaku di bumi Malaysia.Walaupun bukan dengan senjata dan membunuh tindakan menghasut dan tuduhan yang cukup berat sebelah itu mampu mengoncang kestabilan negara.
Akhirnya rakyat akan menjadi mangsa keadaan ! Bayangkan apa yang bakal menimpa rakyat sekiranya keadaan itu berlaku ?
Realitinya kita masih rakyat kepada sebuah negara merdeka yang mengamalkan sistem demokrasi untuk memilih kerajaan.Dan secara jujurnya sistem ini tidak pernah menolak tiap hak rakyat untuk membuat pilihan melainkan rakyat itu sendiri memilih untuk tidak melibatkan diri.
Sesuatu yang pasti telah berlaku adalah disebalik segala adu domba dan kerenah yang ditimbulkan ini , kita lupa ada pihak yang lain sedang menanti dengan penuh minat untuk menyambar jika ada mana-mana bahagian yang terlerai dari tangan kita !!
Dan ianya sudah dipertontonkan kepada umum melalui laporan di bawah ..
Semua itu berlaku selepas seorang Ahli Parlimen DAP , Steven Sim yang menanyakan Tun Mahathir apa yang akan diberitahunya jika mahu menulis surat kepada Lim Guan Eng dan DS Najib Razak dan jawapan Tun Mahathir adalah ..
“Saya akan kata kedua-dua kamu patut letak jawatan”. Mahathir berkata kedua-dua pemimpin itu perlu berundur selepas perbezaan kerajaan pusat dan negeri mewujudkan suasana politik yang tidak baik. Selanjutnya
Seperkara yang mahu MMI tegaskan disini adalah , pembangkang sebelum ini begitu teruja dan dilihat memberikan sokongan kepada tindak tanduk Tun Mahathir sewaktu membuat pelbagai tuduhan terhadap kerajaan dan kepimpinan negara.
Namun bertindak sebaliknya malah mempertikaikan jawapan Tun Mahathir hanya kerana menyentuh Lim Guan Eng !!
Maka MMI rasa inilah antara perkara paling PENTING ketika ini untuk kita sama-sama perhatikan !
Seperti mana yang MMI sebut diawal tadi , kita lupa ada pihak yang lain sedang menanti dengan penuh minat untuk menyambar jika ada mana-mana bahagian yang terlerai dari tangan kita !!
Hati-hati !!
MMI
No comments:
Post a Comment