Sekali lagi pemimpin PKR ni buat lawak slapstik.Kalau sebelum ni Dr Afif terlibat dalam isu pembubaran cawangan UMNO yang tak pernah diluluskan sehingga memalukan diri dan parti ( Baca Sini ) , sikap kebudak-budakkan dan suka menyalahkan orang itu di ulang lagi.
Bercakap dalam satu sidang akhbar pagi ini, Dr Afif berkata Seberang Jaya berada di bawah Umno selama lebih 50 tahun, jadi pihaknya sedang meneliti semua masalah mereka untuk menyelesaikannya.Dr Afif memenangi kerusi Seberang Jaya dalam pilihan raya umum tahun lepas.
Eh sejak PRU13 yang lalu Dr Afif sebagai Wakil Rakyat bagi DUN Seberang Jaya masih lagi sedang meneliti ker ? Dah berapa lama dan sampai bila nak meneliti ?
Untuk makluman warga Permatang Pauh dan seluruh warga Malaysia amnya , kerana kebodohan dan sikap pandai tak bertempat inilah yang telah menyebabkan ada penduduk warga India yang selama ini mencari makan di kawasan pun menjadi mangsa.
Ceritanya macam manalah kenyataan semacam tu boleh keluar dari seorang wakil rakyat PKR yang selama ini mengaku cukup hebat dan berjiwa rakyat ?
Jom terjah ... portal pro-pembangkang melaporkan bahawa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengingatkan bahawa ahli-ahli parti yang melanggar arahan di Permatang Pauh berdepan tindakan disiplin yang berat.
Lim berkata isu parti itu menarik sokongannya terhadap jentera pilihan raya kecil PKR adalah "tidak benar".
"Kami berdiri teguh di belakang PKR dan calonnya (yang juga presidennya) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihan raya kecil ini," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang.
"Saya bercakap sebagai pemimpin nombor satu dalam DAP. Jika sesiapa melanggar arahan parti (yang menyokong PKR), tindakan keras akan diambil terhadap mereka. Jangan main, main," kata ketua menteri Pulau Pinang itu.
Pemimpin itu mendakwa jika PKR tidak memperkemaskan jenteranya, ahli DAP akan menarik diri daripada berkempen dalam pilihan raya kecil itu yang masuk hari kelapan.
Pemimpin kanan berkenaan memberitahu Malaysiakini bahawa beliau membuat kesimpulan tentang PKR itu selepas berkempen di Kampung Bagan Serai.
Kampung itu di bawah Seberang Jaya dan penyandangnya, Dr Afif Bahardin dari PKR, telah berkata beliau mengambil berat masalah semua kaum.
Bercakap dalam satu sidang akhbar pagi ini, Dr Afif berkata Seberang Jaya berada di bawah Umno selama lebih 50 tahun, jadi pihaknya sedang meneliti semua masalah mereka untuk menyelesaikannya.
Dr Afif memenangi kerusi Seberang Jaya dalam pilihan raya umum tahun lepas.
Lim berkata isu DAP menarik diri daripada kempen pilihan raya kecil itu adalah "tidak berasas dan tidak benar".
"Saya memberi amaran (kepada ahli) kerana perkara itu tidak benar, pendirian parti itu terhadap PKR adalah tanpa syarat," katanya.Seterusnya
Yaaa ka ?? Habis yang dok beterabur kat Permatang Pauh tu apa kejadahnya ! Oh lupa sebab Dr Afif masih sedang meneliti !! Kihkih tunggu artikel selanjutnya ..
MMI
No comments:
Post a Comment