Followers

Tuesday 5 May 2015

PKR Terdesak & Makin Longlai Di Permatang Pauh , HADI AWANG Nafi Hadir !! #PRKPermatangPauh #kakwan4pp


Sejak beberapa hari lepas , satu risalah kononnya Hadi Awang Presiden PAS akan hadir ke Permatang Pauh untuk berceramah mula disebarkan kepada orang ramai.Risalah terbabit menyatakan bahawa Hadi akan berceramah di Kompleks Yayasan An-Nahdhoh Kubang Semang pada 6 Mei 2015 Rabu itu menimbulkan tanda tanya banyak pihak , apakah benar Hadi akan hadir ?

Semua pihak sedia maklum , kempen PKR di Permatang Pauh pada PRK kali ini cukup mengelirukan akibat ketidaksepakatan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.Kemelut yang berlaku antara PAS dan PKR kerana tindakan AMK menghina Presiden PAS itu kemudiannya menjadi lebih kritikal apabila Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang bertindak memboikot kempen.

Satu tindakan yang cukup menggentarkan kem PKR kerana mereka tahu selama ini PAS yang lebih banyak menggerakkan kempen dan jentera mereka pada setiap kali pilihanraya dan PKR lebih selesa menjadi tuan kepada PAS.

Maka kerana itulah jentera PKR mula menyebarkan propaganda murahannya kononnya Hadi Awang akan hadir kerana mereka tahu kehadiran ini mampu mengelirukan sebahagian besar penyokong-penyokong PAS untuk mengundi Wan Azizah.

Mereka tahu PAS tidak akan mengundi PKR kerana tidak PERCAYAKAN kemampuan Azizah tetapi PKR mahu mendapatkan undi simpati atas kehadiran Hadi Awang.

Lihatlah bagaimana mereka cuba mengaut keuntungan di saat mereka langsung tidak menghormati kepimpinan dan pendirian parti PAS !! Sehingga artikel ini ditulis tidak ada sebarang permohonan maaf di buat oleh PKR terhadap Hadi Awang seterusnya memperlihatkan sikap angkuh dan sombong mereka seolah-olah PAS tidak wujud.

Sekali lagi PAS cuba di macaikan untuk kepentingan PKR !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels