Followers

Tuesday, 5 May 2015

DEDAH !! Pembohongan Bersiri Guan Eng Di #PRKPermatangPauh #kakwan4pp

Kehadiran Guan Eng ke bumi Permatang Pauh dalam PRK kali ini jelas tempang.

Jika sebelum ini beliau antara pimpinan Pakatan Rakyat yang suka berbangga dengan cakap-cakap kosong atau janji retorik , kini sedang berdepan dengan protes penyokong PR sendiri.

Sebahagian besar warga Permatang Pauh pula sudah faham dan masak dengan permainan politik PKR kerana sejarah sewaktu Wan Azizah bertanding pada 2008 masih terpahat di sanubari mereka sebagai satu pengkianatan politik demi kepentingan nafsu keluarga dan diri.

Tidak ada yang istimewanya sepanjang Wan Azizah dan Anwar Ibrahim menjadi wakil rakyat di Permatang Pauh melainkan meliwat amanah pengundi untuk terus kekal dalam arus politik tanahair.

Namun begitu kehadiran PAS dan DAP sebagai sekutu dalam Pakatan Rakyat menjadi titik tolak kepada keluarga ini untuk terus rakus melahap kepercayaan rakyat dan pembentukan Pakatan Rakyat itu sendiri sebenarnya telah menyalamatkan PKR daripada terus hancur.

Semuanya disebabkan sikap obses para penyokong PAS terhadap pimpinan parti walaupun hari ini kita sudah dapat melihat kemunculan dikalangan mereka yang secara terang-terangan melanggar bai'ah parti dan dipergunakan untuk kepentingan PKR.

Guan Eng pula seperti biasa akan cuba untuk memukul gendang baru agar bunyi dan rentak itu mampu menerjah ke halwa telinga pengundi-pengundi di Permatang Pauh kononnya kerajaan DAP di Pulau Pinang begitu mesra dan mengambil berat soal rakyat.'

KANTOI !

Hari ini, Lim Guan Eng dalam usaha untuk menjawab dan mempertahankan dirinya daripada dakwaan Barisan Nasional bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinannya mengabaikan Permatang Pauh, cuba membuktikan bahawa dia sebenarnya tidak berbuat begitu.

Dia telah menyiarkan pelbagai angka dengan mengatakan, pentadbirannya telah membelanjakan sejumlah RM13.925 juta untuk 95 projek infrastruktur jalanraya di kawasan Parlimen Permatang Pauh antara tahun 2008 sehingga 2015, manakala Majlis Perbandaran Seberang Perai pula telah membelanjakan RM24.58 juta untuk projek saliran sepanjang tujuh tahun kebelakangan ini.

Nak kata bodoh, Lim Guan Eng sangat bijak. Yang pasti, dia cuba membohongi rakyat dan memperdayakan para pengundi di Permatang Pauh.

Ternyata sangat jelas bahawa Lim Guan Eng sebenarnya CUBA MEROMPAK KREDIT Kerajaan Pusat dalam jawapan yang diberikannya.

Untuk mereka yang dengan mudah mempercayai pembohongan si mata sepet bernama Lim Guan Eng ini, MPSP memperolehi dana dan peruntukan daripada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan bagi projek saliran. Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan adalah KERAJAAN PUSAT.

Jalanraya berada di bawah JKR yang menerima peruntukan dan dana daripada Kementerian Kerja Raya yang juga berada di bawah KERAJAAN PUSAT, bukannya Kerajaan Negeri Pulau Pinang!!!

Kerja orang lain, dia yang mengaku, apa hal?

Cuba perhatikan pula angka-angka ini yang terhasil daripada angka-angka yang diberikan oleh Lim Guan Eng sendiri dengan andaian bahawa kesemua peruntukan dan dana itu datangnya daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

1) Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membelanjakan RM3.369 secara keseluruhan sekaligus menjadikan Permatang Pauh hanya mendapat 1.18% daripada bajet Kerajaan Negeri. Permatang Pauh hanyalah bernilai 1.18%;

2) Dalam tempoh itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjual atau memperdagangkan tanah milik Kerajaan Negeri bernilai lebih RM10 bilion. Dengan menjual tanah bernilai RM10 bilion, Kerajaan Negeri hanya memulangkan sebanyak RM38.45 juta? (BUKTI DI SINI)

3) Projek laluan basikal sahaja di tengah-tengah pulau itu sejauh 12.5 kilometer bernilai RM30 juta dan nilai tersebut jauh lebih tinggi berbanding peruntukan yang diberikan kepada Permatang Pauh sepanjang tujuh tahun. Sekaligus menunjukkan laluan basikal di tengah-tengah pulau, jauh lebih penting berbanding semua jalan dan perparitan di Permatang Pauh! (BUKTI DI SINI)

3) Projek sebatang jalan di Jalan Paya Terubong di pulau itu yang berjarak 3.65 kilometer sahaja sudah mencecah nilai RM300 juta atau lebih 700% daripada keseluruhan peruntukan untuk jalan raya dan perparitan di Permatang Pauh selama 7 tahun. (BUKTI DI SINI)

4) Kajian rekabentuk dan kebolehlaksanaan untuk Terowong Pulau Pinang sahaja sudah bernilai RM305 juta atau hampir 800% daripada peruntukan untuk Permatang Pauh sepanjang 7 tahun. (RUJUK SINI)

Semua bukti-bukti ini membenarkan apa yang diperkatakan oleh Ismail Sabri, sekaligus membuktikan bahawa LIM GUAN ENG ADALAH PEMBOHONG BESAR!!!

Angka-angka yang disiarkannya itu sendiri cukup sebagai buktinya.... sumber LIM SIAN SEE 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels