Followers

Sunday, 10 May 2015

Sejarah Tercatat Di Permatang Pauh !!


Keputusan PRK Permatang Pauh telah pun diketahui umum dan PKR sekali lagi mempertahankan kerusi Parlimen itu dengan calon recycle Wan Azizah menang menewaskan calon Barisan Nasional Suhaimi Sabudin.

Keputusan ini sebenarnya membuktikan kepada kita betapa warga Permatang Pauh telah membuat pilihan daripada banyak kali pilihan dan ruang yang telah diberikan kepada mereka selama ini.Hakikat ini perlu di terima semua pihak khususnya daripada UMNO dan Barisan Nasional walaupun mempunyai pakej menarik dengan calon terbersih sepanjang proses PRK dan PRU di bumi Permatang Pauh.

Walaupun keputusan kali ini masih memihak kepada PKR namun dalam keadaan tertentu ada kejayaan yang ditagih oleh Barisan Nasional walaupun ianya tidak terlalu ketara.Kesungguhan jentera BN yang bertungkus-lumus sepanjang kempen tersebut sewajarnya diberikan pujian.Kehadiran mereka untuk membantu kempen BN benar-benar dirasai dan semua jentera telah menunaikan kewajipan mereka masing-masing.

Cumanya jentera local atau jentera tempatan , dilihat masih lagi mengambil mudah dalam beberapa perkara dan ianya mungkin kerana selesa dengan keadaan atau memang begitulah sikap mereka selama ini.

Ingin MMI tegaskan walaupun tidak semua , tetapi kerana sebahagiannya maka kepimpinan Cikgu Zaidi selaku Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh serta barisan kepimpinan di peringkat bahagian seolah-olah dikhianati.

Pengkianatan ini sewajarnya diberikan perhatian serius oleh kepimpinan UMNO Permatang Pauh kerana ia mampu memusnahkan segala niat baik dan perancangan terhebat yang dirancang untuk warga Permatang Pauh menjadi sia-sia.

Banyak pengajaran yang harus di teliti semula agar segala gerak kerja selepas ini mampu benar-benar memberikan impak yang sebenar.

Yang pasti Cikgu Zaidi , Suhaimi Sabudin serta barisan kepimpinan UMNO Permatang Pauh akan terus bekerja untuk rakyat namun ingatlah satu perkara , buat homework sedikit sebelum bekerja kerana ada dikalangan mereka yang suka mengambil kesempatan atas kelemahan Wan Azizah.

Jangan kita jadi pencacai kepada PKR dan Wan Azizah kerana merekalah yang sebenarnya harus berkhidmat kepada rakyat Permatang Pauh !

PRK Berdarah !!

Sejarah telah tercatat bahawa PRK Permatang Pauh kali ini merupakan PRK paling menakutkan sekali.Tindakan agresif penyokong-penyokong PKR pada hari pengundian jelas memperlihatkan kepada kita bagaimana mereka hilang kawalan diri sehingga sanggup mencederakan sesama bangsa dan agama.

Entah syaitan apa yang merasuk mereka , pelbagai insiden berlaku sehinggakan ada pihak yang terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital.Pergaduhan antara dua kumpulan penyokong yang dimulakan oleh provokasi dan hilang sabar benar-benar menyakitkan hati sesiapa jua yang berada di lapangan.

Melihat rakan diserang dan dicederakan , pastinya menaikkan rasa marah yang teramat sangat namun jentera UMNO dan BN masih lagi di pimpin oleh mereka yang menolak keganasan dalam berpolitik.

Bagi MMI , mungkin selepas ini jentera UMNO dan BN tidak lagi boleh bersikap seperti biasa , kehadiran jentera-jentera ini perlu disemat dengan ungkapan BELI SAHAJA JIKA DI JUAL !!! Mungkin pada pandangan MMI jika itu berlaku penyangak-penyangak PKR yang merusuh kononnya Permatang Pauh itu milik mereka akan mampu belajar semula untuk mengunyah bubur nasi !

Apa pun PRK Permatang Pauh memperlihatkan kepada kita bagaimana permainan politik begitu hebat dimainkan.Sehari menjelang pengundian , muncul pula isu Tabung Haji yang kini sedang panas di pasaran.Selain daripada itu isu-isu nasional lainnya sama hebat mengiringi PRK Permatang Pauh.Dari pengamatan MMI yang berada di lapangan , isu-isu ini menjadi sebahagian daripada peluru pembangkang untuk terus menghasut rakyat dan ianya menjadi.

Tak kurang juga dengan pendirian jentera PAS ! Sejujurnya ada strategi sulit yang berlaku sepanjang kempen berjalan dan MMI akan ulas di artikel yang lain.

Jujurnya banyak perkara yang berlaku dan bakal menjadi pedoman serta pengalaman buat MMI sepanjang penulisan di blog ini.Hakikatnya UMNO dan BN sudah kembali sebagai satu pasukan cumanya isu-isu nasional tidak memihak kepada kita !!


Kita harus belajar dari pengalaman PRK Permatang Pauh ini kerana dalam keadaan tertekan pun BN masih lagi berjaya mendapat 21,475 undi.Malah Suhaimi Sabudin bukan siapa-siapa hanya seorang penggerak politik dan Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh yang telah memberikan tentang sengit kepada seorang Presiden PKR yang turut merupakan Adun Kajang !!

MMI

3 comments:

  1. Sedih sangat. Patut be end yang menang.

    Boleh le kita up sikit gst ke 15% demi untuk negara maju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bnyk sgt yg kaki koner baring. sekejap taknak undi langsung, sekejap terpaksa undi. sekejap marah kerana pkr tak sokong hudud, sekejap tak marah sebab hudud bukan nak buat di permatang pauh. akhirnya dapatlah makcik kipas udang menjadi mp semula. tak kisahlah recycle semula, bukan susahpun kerja mp. pegi pasar malam, main buai lebih kurang dan tunjuk muka setahun sekali, orang permatang pauh akan puas hati.

      Delete
    2. Lebih baik dari pilih geng penyamun kaki angguk2 dalam parlimen bukan nak pertahan hak rakyat tapi cucuk hidung ikut je ketua masuk longkang janji bulan2 dapat gaji dari duit keringat rakyat.

      Delete

Labels