Followers

Thursday 7 May 2015

Van Skuad Sayang & Kenderaan Puteri UMNO Jadi MANGSA Lepas GERAM !! #PRKPermatangPauh


Selepas beberapa siri lakonan PKR kononnya berlakunya penipuan pengundian dengan beberapa insiden pihak-pihak tertentu dimomokkan membawa peti undi dan kertas undi siap bertanda masuk ke pusat-pusat pengundian semalam , tindakan lebih buruk berlaku awal pagi tadi.

Isyarat bahawa jentera liar PKR akan mengganas di hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh mula dilaporkan. 

Terkini cubaan membakar 2 Van Skuad Sayang Wilayah Persekutuan subuh tadi kira-kira jam 4.30 pagi. Kejadian berlaku di rumah petugas Wilayah Persekutuan di Titi 2 Kg Kepala Bukit, Bkt Indera Muda.


Selain daripada itu , kenderaan jentera Puteri turut menjadi mangsa apabila cermin belakang kereta Perodua Kancil dipecahkan pagi ni di PDM Sg Semambu.Laporan polis akan dibuat pagi ini di Balai Polis Perda.


Sebelum tu kekecohan yang ditimbulkan semalam kononnya ada kertas-kertas undi siap bertanda di bawa masuk ke pusat pengundian adalah satu tuduhan bermotif menghasut.Sebenarnya apa yang berlaku adalah sekumpulan anggota unit pemusnah bom polis yang melakukan pemeriksaan keselamatan akhir di sebuah pusat mengundi dikepung kira- kira 100 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) di ketuai olih AMIR GHAZALI.

Dalam kejadian kira- kira pukul 10.30 malam tadi, anggota berkenaan tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Rawa di sini untuk melakukan pemeriksaan keselamatan sebelum tempat berkenaan digunakan sebagai pusat mengundi pukul 8 pagi hari ini.

Well begitulah laporan di awal pagi hari pengundian kerusi paling panas Permatang Pauh dan seperti biasa MMI akan cuba update perkembangan terkini sepanjang proses pengundian berjalan hari ini.

Apa pun buat warga Permatang Pauh , Inilah masa dan ketikanya untuk ANDA melakukan perubahan dan perubahan itu pastinya berbaloi apabila ANDA memilih calon BN Suhaimi Sabudin !

Berikan Mie peluang beliau pasti BUKTIKAN !!


No comments:

Post a Comment

Labels