Followers

Friday 5 June 2015

CHAPTER 1 Bila EMOSI Menguasai Diri #Nothing2Hide


Sengaja MMI lambatkan untuk menulis tentang isu dialoq di PWTC pagi tadi , bukan apa ada perkara yang lebih perlu diberikan perhatian khususnya kejadian gempa bumi di Sabah yang juga berlaku pada awal pagi tadi.

Walau bagaimanapun usaha telah dilakukan oleh pihak berwajib untuk menguruskan segala gerak kerja membantu mereka-mereka yang terkandas dan memerlukan bantuan di sana.Klik Sini 

Sejujurnya MMI tidak melihat program dialog ini mampu memberikan sesuatu yang baik kepada penyelesaian kemelut yang kini sedang menghimpit kesatuan orang Melayu UMNO dan rakyat secara keseluruhannya.

Secara kasarnya mungkin dialog ini mahu diangkat sebagai satu program terhebat disaat kemelut pelbagai yang sedang berlaku melibatkan kepimpinan dan kerajaan hari ini tetapi secara realitinya sebahagian besar masyarakat kita rasanya belum sampai ke tahap mampu meletakkan emosi di sebelah dan menjadikan realiti itu sebagai wadah untuk membentuk satu keputusan terbaik hasil daripada ruang bicara yang disediakan.

Ramai dah sedar bahawa program pada pagi tadi terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab keselamatan yang telah dihitung tara oleh pihak yang memang sebenarnya punya kredibiliti untuk melakukannya.

Maka sudah tentulah PDRM perlu tampil memberikan pandangan dan menghalang kehadiran YAB Perdana Menteri memandangkan banyak faktor-faktor lain telah diambil kira.

Kepada yang nak mempertikaikan tu silalah , MMI tak menghalang cuma MMI berpegang kepada tugas dan tanggungjawab PDRM dan pagi tadi mereka telah melakukan satu keputusan yang tepat.

Sebenarnya banyak perkara yang berlaku pada pagi tadi menjadi penyebab kepada pembatalan program tersebut dan MMI ada pandangan tersendiri.

Cuma masa yang terbatas ini amat mencemburui untuk MMI terus menulis.Ada sesuatu yang perlu segera MMI selesaikan.

Kerana itu nantikan artikel seterusnya sebab ianya dilihat sebagai pencetus atau pemula cara yang memungkinkan masyarakat kita tidak mampu menggapai matlamat yang kita sasarkan.Kita terlalu jauh ketinggalan dan kita lebih suka kepada selera sendiri sedangkan ada ketikanya selera lain itu mampu memberikan pulangan yang jauh lebih hebat dari hari ini.

MMI

5 comments:

  1. Dah lah kalau dah tipu sekali.. Selalu akan tipu.. Lepas tu bagi alasan bodoh kangkung macam rakyat ni bodoh sangat tak boleh berfikir.

    ReplyDelete
  2. Bercakaplah benar walaupun pahit..
    Kita tidak boleh menipu hati sendiri yang berkata-kata..

    Bukan soal keselamatan...soal telor kena bungkus dengan kain batik..

    PDRM terpaksa mengaku menjadi kambing...
    Betapa selekehnya PDRM dalam soal keselamatan dengan menghina para jemputan penganjur selayak penjenayah dan pengganas sedangkan cctv merata tempat untuk mudah mengenalpasti.

    Sampai bila Najib nak bersembunyi...jangan sebut lagi pahlawan Bugis, memalukan kaum..

    ReplyDelete
  3. Admin boleh ambil masa cari ilham untuk menafikan realiti...silakan.

    ReplyDelete
  4. Masalahnya PM yg janji "nothing to hide"...............! Janji tetap janji.......kalau PDRM tak boleh kawal, panggil semua ATM yg ada DEMI JANJI DAN MARUAH SEORANG PM!!

    ReplyDelete
  5. Layan beruk-beruk sarkas terlepas sama dengan Orang Utan tua cari glamour.

    Dua soalan kenapa Tun tak letak jawatan semasa UMNO diharamkan. Kenapa Tun masih bergayut sampai lebih 20 tahun sebagai Presiden UMNO dan PM.

    Jawapannya Tun perlukan masa untuk perbetulkan keadaan. Sebab itulah mukadimah komen ini yang hadir umpama beruk-beruk sarkas dan Orang Utan tua cari glamour.

    ReplyDelete

Labels