YB Datuk Shabudin Yahaya , Ahli Parlimen Tasek Gelugor merangkap Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor hari ini telah membuat satu laporan polis terhadap seorang blogger kerana telah memuatnaik artikel yang didapati boleh mendatangkan fitnah terhadap beliau dan juga kepimpinan YAB Perdana Menteri.
Artikel yang disiarkan oleh parpukari.blogspot.com pada jam 7.43 pm bertarikh 16 Jun 2015 itu telah menyatakan bahawa penulis telah mendapat satu mesej melalui aplikasi whatsapp berkenaan ucapan oleh Shabudin Yahaya di satu program Retreat anjuran PERDA di Hotel Brasamana Kuala Perlis pada 13 Jun 2015 baru-baru ini.
Antara isi kandungan artikel terbabit adalah merujuk Shabudin Yahaya sewaktu ucapannya telah menyebut bahawa PM Najib Bacul !
Antara lainnya , Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu di tuduh sebagai angkuh dan menyatakan Datuk Seri Najib Razak terlalu bacul untuk buat keputusan sendiri.
Malahan terdapat usaha untuk mengaitkan Shabudin Yahaya yang juga Pengerusi Perbadanan Pembangunan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) seolah olah mengapi api kan anak anak buahnya untuk membenci kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.Baca Sini
Untuk rekod laporan polis telah di buat oleh YB Datuk Shabudin Yahaya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.
Walaupun artikel yang dimuat naik oleh blogger terbabit berbentuk persoalan tentang sejauh mana kebenarannya , ianya sudah pun menimbulkan persepsi yang tidak baik bukan sahaja kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor tetapi juga kepada PERDA dan UMNO Bahagian Tasek Gelugor.
Malahan tindakan berdasarkan "hear say" ini mampu mengeruhkan lagi keadaan khususnya pada ketika isu serangan politik terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak masih berlaku.
Berdasarkan pemerhatian MMI , tindakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini sebenarnya punya agenda tersendiri dan ianya lebih terarah kepada usaha untuk melaga-lagakan kepimpinan UMNO di peringkat bahagian dengan kepimpinan di peringkat tertinggi khususnya YAB Perdana Menteri.
Sesuatu yang pasti siapakah dalang disebalik penyiaran artikel terbabit ?
Parpukari.blogspot.com adalah pihak yang menyiarkan mesej whatsapp yang diterimanya dan sudah pasti ada pihak lain yang menjadi tok dalangnya.
Apa yang pasti keputusan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor membuat laporan polis amat tepat dan kita mengharapkan hasil siasatan nanti dapat membongkar siapa sebenarnya dalang disebalik penyiaran artikel terbabit !
MMI
Bagus cepat2 bertindak sebelum diviralkan. Puak2 pemfitnah ini perlu diambil tindakan segera.
ReplyDelete