Pelbagai reaksi dapat kita lihat khususnya dalam media sosial apabila YAB Perdana Menteri membuat kejutan dengan mengumumkan rombakan kabinet lebih kurang jam 1.45 petang tadi.Tak perlulah MMI ceritakan panjang lebar aksi-aksi dan reaksi yang berlaku kerana yakin bahawa semua pihak sudah sedia maklum.
Sesuatu yang pasti apa yang MMI perhatikan adalah tindakan ini dibuat demi kelansungan kepada sebuah pasukan yang selama ini berganding bahu untuk memastikan Malaysia terus meraih kemakmuran dalam segala segi.
Adalah sesuatu yang merugikan sekiranya tindakan merombak kabinet itu dilakukan kerana suka-suka sedang impaknya pasti akan menyebabkan berlakunya gelora di mana-mana tempat berdasarkan kepada sentimen kepimpinan.
Bagi mereka yang hari ini pemimpin di kawasan dipilih sebagai anggota kabinet yang baru , pastinya ucapan tahniah dan rasa gembira akan terpancar kerana begitulah selalunya berlaku.Manakala mereka yang terlibat dalam rombakan dan kini tidak lagi mengganggotai kabinet maka sudah pastilah suasananya sedikit muram apatah lagi dalam situasi seperti mana yang berlaku hari ini.
Kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin , MMI secara peribadi mengucapkan jutaan terima kasih diatas segala usaha dan jerit perih yang telah beliau korbankan selama ini kepada negara dan parti.Semestinya perubahan itu akan berlaku dan kali ini adalah giliran Tan Sri dan berdasarkan kepada kenyataan beliau selepas pengumuman rombakan kabinet siang tadi , MMI percaya beliau akan terus setia dengan parti keramat orang Melayu ini.
Walaupun begitu kita harus ingat , rombakan ini perlu dilakukan oleh YAB Perdana Menteri selaku pemimpin kerana beliau perlu memastikan hanya mereka-mereka yang benar komited untuk terus berusaha dan melawan dakyah-dakyah fitnah serta tohmahan tanpa bukti sahaja yang boleh bersama dengan beliau.
Selagi mana pendirian seseorang itu dilihat goyah dan mula melakukan tindakan-tindakan yang boleh menjejaskan kedudukan kerajaan serta siasatan terhadap isu-isu berbangkit maka mereka sewajarnya perlu menerima hakikat untuk memberikan peluang kepada pihak lain demi kelansungan sebuah kerajaan dan parti yang selama ini menjadi pembela kepada agama , bangsa dan negara.
Sebagai seorang pemimpin , sudah semestinyalah YAB Perdana Menteri memerlukan satu pasukan yang bebas daripada rasa sangsi dengan kepimpinannya dan ia amat perlu untuk meneruskan legasi yang selama ini menjadi amanah dan tanggungjawab.
Soal tuduhan dan apa sahaja dakwaan yang dikemukakan terhadap YAB Perdana Menteri tidak akan terhenti dan kerana itulah barisan yang akan bersama dengan beliau perlu di perkemaskan.Barisan ini tidak lagi mampu untuk menampung parasit atau virus yang boleh menggangu gerak kerja dalam urusan kerajaan dan negara tetapi juga perlu menjadi benteng pertahanan yang jitu dalam menangkis tohmahan serta fitnah tanpa bukti.
Paling penting keputusan YAB Perdana Menteri dalam rombakan kali ini jelas turut terarah kepada persiapan bagi menghadapi PRU14.
Kepada semua pihak khususnya ahli UMNO , apa jua yang berlaku hari ini KESETIAAN kamu terhadap parti akan di UJI ! Sama ada kita jatuh terlepuk atau bangkit dengan BERMARUAH semuanya terletak di tangan ahli-ahli UMNO sebenarnya.
Buatlah pilihan yang terbaik kerana dihujungnya nanti ada jawapan yang bakal menentukan jatuh bangun kamu dan parti !
Berikut adalah senarai penuh anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuatkuasa 29 Julai 2015:
Perdana Menteri – Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
– Datuk Mah Siew Keong
– Datuk Seri Jamil Khir Baharom
– Datuk Seri Idris Jala
– Tan Sri Joseph Kurup
– Nancy Shukri
– Datuk Seri Abdul Wahid Omar
– Datuk Dr Wee Ka Siong
– Datuk Seri Azalina Othman Said
– Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
– Datuk Seri Shahidan Kassim
– Datuk Paul Low Seng Kuan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
– Datuk Razali Ibrahim
– Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki (Hal Ehwal Agama)
Menteri Kewangan – Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri Kewangan II – Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri Kewangan
– Datuk Chua Tee Yong
– Datuk Johari Abdul Ghani
Menteri Dalam Negeri – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri Dalam Negeri
– Datuk Nur Jazlan Mohamed
– Masir Anak Kujat
Menteri Pengangkutan – Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri Pengangkutan – Datuk Ab Aziz Kaprawi
Menteri Kesihatan – Datuk Seri Dr S. Subramaniam
Timbalan Menteri Kesihatan – Datuk Seri Dr Hilmi Yahya
Menteri Pelancongan – Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri Pelancongan – Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Menteri Pertahanan – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri Pertahanan – Datuk Mohd Johari Baharum
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri – Datuk Seri Mustapa Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II – Datuk Seri Ong Ka Chuan
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
– Datuk Ahmad Maslan
– Senator Datuk Lee Chee Leong
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air – Datuk Seri Dr Maximus James Ongkili
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan AIr – Datuk Seri Dr James Dawos Mamit
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi – Datuk Amar Douglas Unggah Embas
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi – Datuk Noriah Kasnon
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani – Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani – Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
– Datuk Alexander Nanta Linggi
– Datuk Ahmad Jazlan Yaakub
Menteri Luar – Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri Luar – Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan – Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan – Datuk Halimah Mohd Sadique
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan – Datuk Hamzah Zainudin
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan – Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar – Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar – Datuk Hamim Samuri
Menteri Pendidikan – Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri Pendidikan
– P. Kamalanathan
– Chong Sin Woon
Menteri Komunikasi dan Multimedia – Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia – Datuk Jailani Johari
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – Datuk Wilfred Madius Tangau
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
– Datuk Azizah Mohd Dun
– Datin Paduka Chew Mei Fun
Menteri Kerja Raya – Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri Kerja Raua – Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Menteri Sumber Manusia – Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem
Timbalan Menteri Sumber Manusia – Datuk Seri Ismail Muttalib
Menteri Wilayah Persekutuan – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan – Datuk Dr J. Loga Bala Mohan
Menteri Pengajian Tinggi – Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan menteri Pengajian Tinggi – Datuk Mary Yap Ken Jin
Menteri Belia dan Sukan – Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri Belia dan Sukan – Datuk M. Saravanan
MMI