Dalam artikel sebelum ini , MMI telah menulis bahawa isu melibatkan 1MDB dan serangan bertali arus terhadap kerajaan dan kepimpinan negara bukanlah di lakukan oleh satu dua individu.Melihat kepada gerakan yang MMI sifatkan berskala besar itu ia jelas membuktikan kepada kita ada gerakan terancang yang digerakan oleh sekumpulan manusia yang punya rangkaian.
Hakikatnya pendedahan oleh Justo bekas pekerja PetroSaudi merupakan sesuatu yang cukup berbahaya kerana ia melibatkan bukan satu atau dua individu tetapi lebih daripada itu malah mungkin punya pasukan sokongan yang besar.Kerja-kerja sabotaj dan usaha untuk menjatuhkan kerajaan melalui tindakan yang langsung tidak beretika itu juga perlu dilihat dalam konteks yang lebih besar.
Siapa mereka ? Siapa orang hubungan dari dalam negara ? Apa tujuan dan motif mereka untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia ? Dari mana sumber kewangan mereka ?
Banyak perkara kini mula berlingkar dan mencetuskan persoalan-persoalan baru dan sesuatu yang pasti ada lebih dari satu DALANG dan BARUA yang terlibat dalam gerakan ini !! Seterusnya
Kini satu persatu kerja buat mereka selama ini didedahkan ...
Nama Tong Koii Ong bukanlah asing. Bekas ahli perbankan pada zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan yang turut menjadikan bank miliknya, Phillieo Allied sebagai tempat mendeposit wang-wang dari sumber yang diragui selain menjadi tempat berlabuhnya beberapa orang kroni rapat Anwar Ibrahim, termasuklah isteri Azmin Ali, Shamsidar Tahir, juga merupakan pemilik The Malaysian Insider dan The Edge yang telah sekian lama menggunakan media untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruh Anwar Ibrahim, selain bertindak menghuru-harakan negara dengan laporan-laporan yang bersifat subversif.
Pengakuan bertulis yang dibuat oleh Xavier Justo dalam surat mempunyai 22 halaman kepada polis Thailand bagaikan memerangkap Tong Koii Ong dan Ho Kay Tat, selain Clare Brown dan Tony Pua serta Rafizi Ramli.
Dengan Wall Street Journal pula mengubah pendirian mereka daripada 'MENUDUH NAJIB MENGGUNAKAN AKAUN PERIBADI' untuk mencuri RM700 juta kepada 'PERCAYA, AKAUN PERIBADI NAJIB' digunakan untuk kemasukan RM700 juta, perubahan besar sedang berlaku sebelum perjanjian TPPA dimuktamadkan menjelang lawatan kali kedua Barrack Obama ke Malaysia pada November nanti.
Tong Koii Ong dalam pengakuannya, telah membenarkan kata-kata Xavier Justo bahawa dia telah ditipu oleh seorang ahli perniagaan Malaysia. Tong Koii Ong mengakui yang ahli perniagaan Malaysia itu adalah dirinya. Sekaligus, pengakuan Tong Koii Ong itu juga telah membenarkan pengakuan bekas editor Sarawak Tribune, Lester Melanyi yang kredibilitinya cuba dihancurkan oleh Tony Pua dan Rafizi Ramli agar kenyataan serta pengakuannya tidak diterima awam.
Namun alasan yang diberikan oleh Tong Koii Ong yang data-data tersebut dicuri dan Xavier Justo diperdaya hanyalah untuk penyiaran bagi mendapatkan kebenaran, adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal. Ini adalah kerana Polis Thailand dan Polis Singapura telah pun mengesahkan data-data yang disiarkan oleh The Edge, The Malaysian Insider, Sarawak Report dan digunakan sebagai hujah oleh Tony Pua serta Rafizi Ramli merupakan data-data yang telah diubahsuai dan dipinda bagi mencapai maksud bagi tujuan menggulingkan Kerajaan Malaysia.
Hanya selepas terdesak dan hanya selepas pembetulan kembali dilakukan, barulah kesemua data curi tersebut diserahkan kepada polis dengan harapan, PDRM sendiri yang akan membuat 'cucian' The Edge dan Sarawak Report tidak meminda dokumen-dokumen berkenaan.
Buat masa sekarang, hanya Ho Kay Tat yang berada dalam soalsiasat polis. Giliran Tong Koii Ong, Tony Pua dan Rafizi Ramli belum muncul lagi walaupun mereka dilihat tergesa-gesa untuk melarikan diri ke luar negara kalau tidak kerana sekatan perjalanan oleh Jabatan Imigresen.
Mereka masih dikira beruntung kerana berbuat begitu di Malaysia. Kalaulah kesemua mereka melakukan kesalahan yang sama di China, sudah tentu sekarang ini ahli-ahli keluarga mereka terpaksa mengumpulkan wang untuk membeli peluru yang akan digunakan oleh pasukan penembak hukuman mati untuk membunuh kesemua mereka! sumber
Selebihnya pasti ramai nak tahu siapa Tong Koii Ong ni kan ? Well kalau waktu krisis kewangan tahun 1997 kita kenal dengan George Soros , rasanya Tong Koii Ong ni pun lebih kurang samalah .. BACA SETERUSNYA AMBIL TAHU SIKIT KLIK SINI
Baca juga artikel berkaitan di SINI
MMI
Tong kong oi kroni Anwar aljubori...pemilik bank philleo allied ... samsidar isteri assmin betkerja di bank tsb tak perlu masuk kerja mcm rakyat lain 9am to 5pm....dibayar gaji puluh ribu sebulan...mesti ada balasan setimpal samsidar dan aljuboori semasa jadi mentri kewangan dulu...cubaan menjatuhkan ringgit
ReplyDeletepun kerja barua cina ni juga....dah lama sungguh cina barua ni sabotage Malaysia ...tiba masa barua ni
Di ajar dan sumbat dlm penjara....satu persatu kegiatan aljuboori bapak yahudi melayu Malaysia terbongkar....