Followers

Friday, 3 July 2015

Antara RM500 Ribu & Ini Kerajaan Aku !!

Baru-baru ini DAP yang diketuai Guan Eng yang kita tahu sejak dari awal punya impian untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Singapura kedua seolah-olah mendapat bola tanggung apabila dengan lantang mengaku malah mengumumkan kerajaan negeri itu kini hanyalah sebagai sebuah kerajaan negeri dan tidak ada lagi kena mengena dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Seperti biasa pengumuman sedemikian selalunya akan diiringi dengan satu keputusan sebulat suara yang telah dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang terdiri daripada 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong kerajaan negeri Pulau Pinang. 

Satu keputusan drastik dan berani memandangkan ianya berlaku pada ketika Pakatan Rakyat sedang berdepan dengan perpecahan paling teruk dalam sejarah pembentukkannya.Kita juga sedar semuanya berkait rapat dengan isu dalaman yang kini menggigit hubungan politik sesama parti dalam Pakatan rakyat sehingga PAS terpaksa menanggung kesan yang paling ketara jika dibandingkan dengan parti-parti lain dalam PR.

Dalam masa yang sama , kita juga dapat melihat bagaimana penguasaan DAP yang begitu rakus dalam Pakatan Rakyat akhirnya memakan diri parti PKR dan PAS.PAS seperti yang kita sedia maklum sudah pun mendapat musibah politiknya , daripada menjadi pencacai dan gurkha politik DAP , parti itu kini bukan sahaja berdepan perpecahan tetapi juga sedang terkial-kial untuk pulih daripada trauma kesan penderaan politik yang dilakukan oleh DAP terhadap parti itu selama ini.

PKR pula lebih kepada buat-buat berani kononnya masih punya kredibiliti sedang hakikat sebenar tudingan jari DAP telah menyebabkan lidah pemimpinnya kelu malahan terpaksa akur dan tunduk dengan desakan serta arahan puak-puak cauvinis DAP.Paling ketara DAP dilihat begitu lantang dalam hal melibatkan kedudukan kerajaan negeri Selangor sedang ianya berada di bawah kepimpinan Azmin Ali daripada PKR.

Bagaimana pula kedudukan kerajaan DAP di Pulau Pinang ? Di mana agaknya suara-suara pemimpin PKR dan PAS di waktu Rejim Cauvinis ini begitu menekan orang-orang Melayu dengan dasar pentadbiran yang berat sebelah ?

Apakah pimpinan-pimpinan ini bersetuju dengan tiap tindakan kerajaan DAP di Pulau Pinang selama ini ?

Atau tidak ada mana-mana pihak sama ada dari PKR mahupun PAS yang punya keberanian untuk menegur DAP dan Lim Guan Eng ?

Realitinya di Pulau Pinang , Guan Eng sudah sampai ke tahap mahu mengaku "Ini Kerajaan Aku" dan keputusan yang dibuat melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu sebenarnya turut melibatkan ADUN yang bukan dari kalangan DAP !

Salleh Man seorang pemimpin parti PAS tunggal yang kini dilihat masih lagi terkinja-kinja untuk terus berdakapan dengan Rejim Cauvinis DAP tanpa sedikit pun rasa terpanggil untuk bersolidariti dengan kepimpinan PAS hari ini.

Ke mana perginya integriti sebagai seorang pemimpin yang mengaku berjuang atas nama parti dan Islam ? 

Sesuatu yang pasti apabila Guan Eng mengaku bahawa kerajaan yang kini mentadbir Pulau Pinang bukan lagi dari kalangan Pakatan Rakyat , maka secara mudahnya pembentukan kerajaan negeri itu sudah pun terpisah dan terlerai.

Sebagai pemimpin yang sering mengaku mengamalkan nilai-nilai dan etika profesional seharusnya wakil PAS dan PKR perlu segera menarik balik sokongan kepada Rejim DAP bukan dengan terus menjadi pak turut yang rata-rata rakyat melihat tak lebih daripada menjaga periuk nasi dan kedudukan politik masing-masing.

Kesan daripada pengumuman Guan Eng itu secara tidak langsung telah mengakibatkan kerajaan negeri di Pulau Pinang kini tidak stabil.DAP dengan 19 kerusi DUN daripada 40 kerusi sebenarnya tidak mampu membentuk kerajaan negeri.Hal ini telah mengakibatkan berlakunya cerita lawak mahupun sandiwara politik jijik yang dimainkan oleh DAP.

Di mulut kerajaan Pakatan Rakyat sudah tidak lagi wujud tetapi dalam masa yang sama masih lagi menjadikan kerusi milik PAS dan PKR sebagai pelengkap kewujudan kerajaan DAP di Pulau Pinang !

Paling Bodoh dalam sandiwara ini adalah PAS dan PKR ! Mereka boleh sahaja membuat ketetapan untuk tidak lagi menyokong DAP apatah lagi dengan segala macam kerja buat dan tudingan jari biadap pimpinan DAP terhadap PKR dan PAS selama ini tetapi memilih untuk berdiam diri dan menjadi badut politik yang dipergunakan DAP untuk terus melebarkan pengaruh dan kuasa politik mereka.

Sesuatu yang mungkin mereka lupa atau buat-buat lupa adalah DAP sebenarnya sudah tidak lagi punya majoriti ... 

Apa pun inilah realitinya , Hari ini kita juga mendapat berita Guan Eng kalah dalam kes menghina Ketua Pembangkang Pulau Pinang dan perlu membayar sejumlah RM500 ribu kepada Datuk Jahara Hamid sebagai ganti rugi akibat daripada keceluparan mulut Guan Eng sendiri kerana menggelar Jahara sebagai "Nenek Rasis". Baca Sini 

Walaupun ada bunyi-bunyi di luar sana yang mengatakan apalah sangat dengan nilai RM500 ribu tu kalau nak dibandingkan dengan apa yang dimiliki oleh Guan Eng hari ini , semacam tak ada kesan pun ! 

Tapi sekurang-kurangnya Wanita bernama Jahara Hamid ini tampil penuh berani mempertahankan maruah dirinya bukan seperti mana kalangan wakil atau pemimpin PAS dan PKR yang masih lagi setia membuta tuli kepada DAP walaupun MARUAH kendiri di carik-carik di depan mata.

Bodoh , Buta dan Tuli !

MMI

1 comment:

  1. Ya RM500k cuma dicelah telinga Guan Eng. Dia ada RM500 juta di Australia dan RM500 juta di Hong Kong. Baru-baru ni dia pi USA buka account, lagi 3 tahun penuhlah account tu dengan RM500 juta.

    ReplyDelete

Labels