Followers

Friday, 3 July 2015

PERANG Kerana AIR


Manusia tidak akan mampu bertahan sekiranya tidak mempunyai bekalan air bersih yang mencukupi bagi menampung keperluan tubuh badan.Selain daripada itu air juga sebenarnya begitu penting untuk keperluan dalam bidang-bidang lain contohnya pertanian manakala hidupan marin yang sebahagian besarnya menjadi punca makanan manusia juga akan pupus sekiranya dunia pada hari ini kering kontang.

Bahkan banyak perkara lain akan turut sama terkesan sekiranya apa yang dicatatkan di atas benar-benar berlaku kepada kita.

Sesuatu yang pasti walaupun pada hari ini kita melihat minyak merupakan bahan terpenting bagi penduduk dunia sehingga berlakunya konflik , ianya masih lagi tidak boleh menandingi kepentingan sumber air.

Masyarakat dunia rasanya mampu menjadikan penggunaan solar mahupun apa jua keupayaan yang setarafnya bagi menggantikan penggunaan minyak sekiranya satu ketika nanti sumber minyak mentah dunia kehabisan.

Tetapi sumber air setakat ini masih tidak ada penggantinya !

 

Bahkan dalam dunia perniagaan sekali pun , sumber air turut punya peranan.Kita ambil contoh di beberapa negara di dunia yang mampu menawarkan pasaran buruh yang jauh lebih menjimatkan dan mampu menarik pelabur-pelabur besar atau pengilang untuk membuat pelaburan.Tetapi sebahagiannya masih lagi gagal untuk menarik keyakinan mereka kerana menghadapi masalah pembekalan air bersih yang bukan sahaja mampu menyebabkan pencemaran wabak penyakit tetapi juga masalah kepada pelaburan yang dibuat.

Keadaan seperti penyebaran wabak penyakit yang bersangkutan dengan pencemaran air akan menyebabkan masyarakat di sesebuah negara itu tidak berada dalam keadaan yang baik seterusnya mampu menjejaskan produktiviti sesuatu perniagaan dan kerana itu pelabur tidak akan sesekali mengambil risiko-risiko seperti ini kerana ia akan mengakibatkan kerugian.

Malahan sekiranya krisis kekurangan air yang kini sudah pun berlaku di beberapa negara di dunia berterusan dan tidak dapat diselesaikan , kemungkinan besar ianya mampu mencetuskan konflik atau peperangan bagi merebut air mentah di kalangan negara-negara di dunia.

Sesuatu yang boleh berlaku kepada dunia pada masa yang akan datang memandangkan masalah ini sudah sampai ke tahap kritikal bagi sesetengah negara.Keperluan untuk mendapatkan sumber air ini pastinya akan menjadi order baru dunia dan tidak mustahil negara-negara kuasa besar mampu menumbangkan negara-negara lemah semata-mata untuk menguasai sumber paling penting iaitu air.

Dan tidak mustahil juga negara-negara yang mempunyai sumber air semulajadi yang banyak akan bertambah kaya atau terancam kerana keperluan yang mendesak.Malah negara-negara teluk yang selama ini menguasai kepentingan minyak mentah di dunia mungkin terpaksa merayu atau membayar harga yang cukup mahal dan mungkin lebih mahal dari harga minyak semata-mata untuk mendapat bekalan air.

Segalanya mungkin berlaku dan begitu juga dengan Malaysia.

Hakikatnya Malaysia pada hari ini masih lagi tergolong dalam negara yang tidak mempunyai masalah sangat dari keperluan sumber air memandangkan kita punya kedudukan geografi yang menguntungkan.Iklim di Malaysia juga memberikan banyak kelebihan kepada negara namun kita juga perlu beringat supaya krisis yang sama tidak berlaku di negara kita.

Namun dalam semua keadaan itu kita kadangkalanya terlalu ego dan lebih terarah kepada hal-hal politik yang tidak menguntungkan rakyat.

Lihatlah apa yang sedang berlaku di Selangor hari ini ! 
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa penggantinya, Mohamed Azmin Ali berundur jika beliau sedar tidak mempunyai keupayaan peribadi serta gagal memuktamadkan segera penyusunan semula industri air di negeri ini.
Dalam satu kenyataan menerusi laman sosial Facebooknya hari ini, Abdul Khalid menyatakan keyakinannya bahawa ramai rakyat di Lembah Klang termasuk Selangor kecewa dengan sikap pentadbiran Mohamed Azmin yang jelas tiada kewibawaan mahupun komitmen untuk menyelesaikan dengan segera penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri.Seterusnya 

Pada ketika kita punya segala keupayaan dan kemampuan mendapat bekalan air , APAKAH kita terlalu DAIF untuk SEDAR betapa krisis atau masalah pembekalan air bersih bagi kebanyakkan penduduk di Selangor itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali ?

Shame on you !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels