Sebagai pemimpin politik yang paling lama dalam Malaysia , rasanya mungkin Kit Siang antara pemimpin yang punya banyak pengalaman untuk dijadikan sebagai pedoman dalam tiap langkah yang diambilnya.Apatah lagi dunia pada hari ini jauh bezanya dengan dunia sebelum ini , jika dulu siri ceramah adalah medium paling popular untuk menyampaikan maklumat kini segala-galanya dihujung jari.
Dua perbezaan yang jelas telah merubah ekosistem politik negara kita.Maklumat sama ada benar atau tidak bergerak begitu pantas sekali hingga sebahagiannya menjadi barah kerana punya unsur fitnah dan pembohongan.
Apa pun perbezaan itu merupakan hukum alam , bila mana manusia semakin bijak dan mampu menghasilkan teknologi atau kemajuan maka ianya akan turut sama berubah mengikut satu-satu kemajuan itu.
Namun dalam beberapa perkara ianya tidak boeh disamakan dengan perubahan atau peningkatan kemajuan melainkan ia punya niat dan cara yang tidak betul.
Inilah yang sedang berlaku dalam pasukan pembangkang akibat daripada pergolakan dalaman yang telah menyebabkan Pakatan Rakyat akhirnya terkorban.
Perbezaan ideologi politik yang cuba di garap semahu mungkin dalam Pakatan Rakyat tidak mampu bertahan malah garapan itu bukan sahaja GAGAL tetapi turut menjadi penyebab kepada perpecahan parti di dalamnya.
PAS menjadi mangsa paling terjejas disebabkan cubaan berkongsi ideologi politik yang jelas songsang sejak dari awal lagi.KALAMnya PAS berpecah dan kerana perpecahan itulah hari ini pemimpin DAP bukan sahaja tidak menghormati kepimpinan PAS tetapi turut bertindak kurang ajar malah lebih dasyat dari itu.
KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempertikaikan nilai keislaman dua pemimpin tertinggi PAS iaitu Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.
Beliau mendakwa Abdul Hadi yang juga Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa dan Mustafa sebagai ahli politik penipu dan tidak bermoral.
“Adakah perpisahan politik menjadi justifikasi bagi penggunaan taktik yang paling tidak bermoral, tidak beragama dan tidak berprinsip , termasuk pembohongan dan kepalsuan untuk menyerang lawan.
“Ini sudah tentu bukan ajaran Islam atau mana-mana agama di negara ini. Ini adalah sesuatu yang paling tidak bermoral dan tidak beretika,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau berkata demikian kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan Mustafa mengkritik kepimpinan DAP di Kuala Terengganu, Terengganu semalam.
Kit Siang seterusnya mendakwa, antara punca pakatan rakyat berkubur kerana kepimpinan tertinggi PAS itu belum bersedia untuk menjadi pemimpin politik yang boleh dipercayai, komited dan setia.
Justeru, katanya, beliau menasihatkan pemimpin DAP tidak mengikut perangai Abdul Hadi dan Mustapha sebaliknya sentiasa berprinsip, beretika dan tidak menyebakan pembohongan kepalsuan serta fitnah. -mynewshub
Huh MMI cuma nak tanya kepada pengikut-pengikut PAS , betul ker pemimpin DAP sentiasa berprinsip , beretika dan tidak menyebarkan pembohongan palsu dan fitnah ???????
Kit Siang pertikai nilai keislaman terhadap 2 pemimpin tertinggi parti PAS ! Ampa tengok saja ka ??
Naik meloya MMI dengar ... Kepada pimpinan PAS , ampa semua tunggu apa lagi ???? Masih nak bersama dengan DAP ka ??? Adoiii ... Benak sungguh !
MMI
No comments:
Post a Comment