Followers

Thursday, 9 July 2015

Jangan Biarkan AIB Itu Berulang Sekali Lagi !!


Beliau antara pemimpin yang pernah membawa kejayaan besar kepada UMNO dan Barisan Nasional satu ketika dulu.Sebagai seorang manusia , MMI akui Tun Abdullah juga punya kelemahan dan kelemahan itu merupakan perkara biasa bagi setiap manusia di muka bumi.

Tidak ada mana-mana manusia pun yang boleh terlepas daripada melakukan kesalahan waima beliau seorang yang berpengaruh sekalipun.Bahkan kelemahan itu boleh datang dari pelbagai sudut namun yang harus kita terima adalah usaha yang pernah mereka lakukan terhadap negara dan rakyat.

Dalam bab ini MMI tidak mahu menafikan peranan semua pihak termasuklah bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia sebelum ini.Daripada Tunku Abdul Rahman sehinggalah Tun Mahathir kemudian Tun Abdullah dan kini YAB Datuk Seri Najib Tun Razak , kesemuanya punya jasa kepada negara.

Apatah lagi kalau kita fokuskan kepada ruang lingkup parti UMNO dan orang Melayu pastinya kesemua mereka punya legasi yang ditinggalkan demi kebaikan orang Melayu di bumi Malaysia.Kita tidak pernah diasuh supaya membenci kaum lain semata-mata kerana mereka bukan beragama Islam malahan kita tidak diasuh untuk menolak malah mengusir kaum-kaum lain hanya kerana mereka tidak sehaluan dengan ideologi politik kita.

Sebaliknya usaha sentiasa dilakukan bagi memastikan tiap warga Malaysia mendapat hak-hak mereka mengikut apa yang telah dipersetujui dalam perlembagaan negara.

Tidak ada seorang pun pemimpin kita yang bertindak ala-ala kuku besi melainkan tohmahan dan serangan politik pihak pembangkang terhadap Tun Mahathir sebelum ini sehingga digelar MAHAFIRAUN.Namun berkat kesepakatan dan kekuatan orang Melayu khususnya dalam UMNO semua serangan itu berjaya dipatahkan dan Malaysia terus berkembang maju menjadi sebuah negara yang dikenali seluruh dunia.

Kejayaan-kejayaan ini tidak akan datang hanya dengan kebijaksanaan pemimpin pada satu-satu masa tetapi ianya berlaku kerana platform atau legasi yang telah dibawa oleh pemimpin sebelumnya.Yang menjadikan satu-satu kejayaan itu lebih berjaya adalah kerana kesinambungan yang dibawa dan ditokok tambah dengan idea-idea baru serta perancangan terbaik yang akhirnya menjadi kejayaan bersama.

Jangan kita mendabik dada kononnya di bawah pentadbiran kitalah segala-galanya muncul menjadi batu permata kerana tanpa sokongan dari akar umbi yang sentiasa memberikan sokongan padu , apa jua usaha sekalipun tidak akan berjaya.

Maka rasionalnya , kita berusaha dan bekerja atas dasar kesinambungan perjuangan mereka-mereka yang terdahulu dan kita jangan sesekali lupa bahawa jika tidak kerana usaha sebelumnya belum tentu kejayaan yang kita capai hari ini akan berada di tempatnya.

Namun kita kadang-kalanya suka mendabik dada kononnya kita jauh lebih tahu dalam semua hal ! Dalam keadaan tertentu kita seolah-olah lupa dengan jasa-jasa mereka selama ini.Lebih dasyat lagi kita seolah-olah hilang pertimbangan dengan mula mencari kelemahan mereka yang hari ini secara realitinya adalah sepasukan dengan kita.

Kenapa semua ini perlu kita lakukan ? Bukankah menjadi amanah kita untuk berusaha sebaik mungkin memastikan legasi yang bermula dengan kaki ayam , kain pelekat , songkok , baju pagoda dan kopi O itu dilonjak setinggi-tingginya ?

Apakah orang Melayu hari ini sudah lupa bahawa mereka-mereka yang dulunya berkaki ayam itulah yang mencetuskan gerakan kebangkitan umat Melayu sehingga akhirnya bumi Malaysia MERDEKA ?

Sejak dua menjak ini , suasana disekitar kita tidak lagi semesra dulu ! Kewujudan pelbagai kelompok kumpulan orang Melayu muncul bagai cendawan tumbuh.Apakah orang Melayu kini tidak lagi mahu bersatu ?

Apakah orang Melayu sudah lupa bahawa perpecahan sesama kita akan menyebabkan seluruh legasi ini akan runtuh ? Adakah kita benar-benar bersedia untuk menyaksikan sejarah itu berlaku pada ketika kita masih punya kudrat untuk mempertahankannya ?

Entahlah dengan dunia serba maju dan orang melayu sudah merasakan mereka terlalu hebat SEWAJARNYA kita lebih hebat dalam hal-hal melibatkan ekonomi , sosial , agama , perpaduan , politik dan banyak lagi perkara yang berkaitan.

Namun sayang , kita masih lagi bermegah dengan kehebatan yang sedikit sedang bangsa lain sudah pun mencapai tahap beribu kali ganda dari kita.

MMI tak menyangkal bahawa ada juga bangsa lain di dunia yang turut sama gagal mempertahankan legasi masing-masing tetapi kenapa kita masih tidak mahu belajar dari kesilapan-kesilapan ini ?

Sesuatu yang pasti sejarah pengunduran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri sebenarnya telah membuka aib kita sendiri.Bangsa Melayu yang mengaku berjuang untuk Bangsa , Agama dan Negara ini bukan sahaja telah mengorbankan seorang pemimpin tetapi menjadi begitu rakus sekali seolah-olah merekalah yang paling layak menentukan kedudukan seseorang.

Kenapa ini berlaku ? Untuk menyelamatkan Malaysia ? Sepanjang pemerhatian MMI sejak peristiwa hitam itu berlaku ianya lebih kepada merosakkan perpaduan dalam parti UMNO itu sendiri.Kita lebih teruja untuk menjadi HAKIM daripada menjadi mereka yang sama-sama berusaha untuk mencari titik kejayaan.

MMI masih ingat PRU2004 telah menyaksikan bagaimana BN mendapat kemenangan yang cukup besar di bawah teraju kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi PRU2008 kita hampir-hampir gagal menubuhkan kerajaan !

Kenapa begitu ? Salah Tun Abdullah ? Come on guys .. semua orang tahu apa yang berlaku sebelum PRU2008 serangan sudah pun bermula termasuklah dari kalangan mereka yang berstatus pemimpin dalam parti.

Sorry to say , kita rasa kita hebat dan kerana itu kita sama-sama rela melihat maruah parti dipijak-pijak tatkala Tun Abdullah melepaskan jawatannya sedang ada pihak lain malah mungkin bangsa lain sedang bertepuk tangan kerana berjaya membunuh seorang pemimpin tertinggi parti (pada ketika itu).

Well senario yang sama kini sedang berulang !

Tak perlu MMI jelas panjang lebar , cukup dengan apa yang sedang terhidang hari ini .. MMI tak nak menafikan pandangan semua pihak tetapi bimbang tiap tuduhan dan tohmahan tanpa BUKTI itu bukan sahaja sudah meresap ke dalam jiwa sebahagian dari kita tetapi sudah menjadi makanan rutin yang memungkinkan sekali lagi pihak lain dan bangsa lain bertepuk tangan dan berkata "Lihatlah orang UMNO , betapa bodohnya mereka hingga sanggup membunuh pemimpin sendiri" !!

MMI

6 comments:

  1. Baetul sekali. Di mana perpasuan Melayu ?

    1. Sebahagian bijak pandai lepasan DEB kini menjadi pengkhianat kepada Umno menjadi 'pemusnah' legasi Melayu ! Umpama SIS haram melawan JAKIM yang di bela sendiri oleh Melayu yang tiada hala tujuan, menyanggah Allah, Islam.dan Bangsa Melayu !

    2. Melayu sendiri yang terpengaruh dengan budaya neo con yahudi, menjelmakan semangat songsang bersama pembangkang yang tidak lain inginkan kuasa politik yang bakal di olah memihak keperluan kesatuan bukan Islam, dalam dan luar negara. Kita saksikan di Singapura d I sebahagian negara minoriti terdapat penganut Islam, di nafikan keberadaan mereka.

    3. Pemimpin2 Melayu kini sudah tersasar dari tanggung jawab kesinambungan Umno - hanya berkokok di PAU menipu para pengundi yang menyokong kelestarian Umno - dulu dan selama nya. Umno belum pun mencapai 100 tahun berbanding penguasaan parti politik di luar negara sana. Kita, Melayu sudah di ceraikan pemimpin-pemimpin rakus dan bodoh. Lihat sahaja Dap yang konsisten, di sokong penuh bangsa cina, kini menular mempengaruhi anak- anak Melayu yang sudah longgar Sejarah, Akidah dan Keimanan ! Melayu yang kaya raya hanya berdiam, memerhati tanpa rasa bersalah! Mereka kaya mungkin juga kewujudan Umno itu menyangga segala nya !

    Bersegera lah Melayu Umno/ Melayu Islam mengubah semua nya sebelum berkubur !

    Menjadi liberal dan sekular bukan peganngan dan budaya Melayu. Islam itu pegangan kita !

    Jika ia terjadi juga, apa perlu nya mendabik lagi Demi Agama, Bangsa dan Negara ! Semua nya menipu dan menzalimi diri sendiri. Berlakon konon nya baik dan demi transformasi.

    ReplyDelete
  2. ni dinamakan sokong membuta tuli..ni semua salah Pak Lah..najib mnghancurkan terus

    ReplyDelete
  3. bersihkan kembali umno..muka yg lama2 buang..bg org lain pula..byk lg tokoh boleh diperkenalkan..jgn sibuk salah kan org lain..cermin diri..nak ikut kepala hotak korang je..rakyat di bawah ni bising..buat bodoh je..gadai habis semua..buang ISA,hampir buang akta hasutan,1Malaysia..apa jadah semua ni!!kau tahu tak YAHUDI pn ada bukti najib seleweng!!xkisah la duit tuk parti ke tp mcm mana bukti boleh smpi pada yahudi???obama dah pegang telor najib??

    #TPPA
    #NWO

    ReplyDelete
  4. Jangan jadi bodoh tapi memang ko dah dilahirkan bangang nak buat mcm mana...Quran kata: Allah firman: Wahai orang yg beriman (ko ader?) sekiranya dtg sst berita daripada orang fasik (penipu tegar..WSJ, YAHUDI, PKR dsb.) selidikilah (maknanya jgn terus percaya)..

    ReplyDelete
  5. Saya sokong admin setengah dan setengah lg saya tak setuju. Kita mesti kaji dari segi keadaan semasa politik. Kuasa politik melayu seolah olah sudah hampir dipenghujung dan sgt kritikal akibat kelemahan org melayu mendidik dan membangun bangsanya. Dosa itu kita semua tahu bermula dr pemimpin yg memerintah sehinggalah ke rakyat menjadi puncanya.
    Dlm situasi genting ini kita tidak boleh berlebih kurang dgn agenda memperkasakan semula org melayu. Bolehkah duit dilabur sejumlah besar utk sesuatu yg merugikan. bolehkah rakyat di gst dlm.keadaan sokongan rakyat merudum sejak sedekad ini? Bolehkah org bukan melayu diutamakan dgn dana dana yg mengumpan.undi mereka dlm.keadaan bukan melayu tidak mahu lagi menyokong kerajaan? Bolehkah dibiarkan bukan melayu menghina raja, agama dan bangsa kita tanpa diambil tindakan tegas dlm keadaan anak.muda melayu mudah terpengaruh'dan lemah rasa cinta kpd agama dan bangsanya?
    Najib sgt lemah, dia diganggu pentadbirannya oleh org sekelilingnya yg mengambil kesempatan atas kecuaiannya. Najib aajar diganti dgn pemimpin UMNO lain. Kita bukan nak pilih org luar dari umno pun. Kita mahukan org umno pun takpe wlwpun rakyat tahu takda pemimpin UMNO yg miliki sifat pemimpin soleh.

    ReplyDelete
  6. pengomen jgn jadi bodoh ni tak habis-habis menyalahkan orang lain...pak lah la najib la....muslim kah dia atau kafir kah dia...

    ReplyDelete

Labels