Followers

Saturday 25 July 2015

Melumpuhkan Demokrasi & Menjatuhkan Perdana Menteri !!!


Isunya bukan main-main , apa yang telah berlaku selama ini mampu menyebabkan bukan sahaja maruah negara tercalar tetapi turut punya potensi untuk meletakkan negara sama taraf dengan negara-negara lain yang bergolak akibat persengketaan politik.

Jika itu berlaku maka rakyatlah yang bakal menjadi mangsa paling teruk terjejas dan seperti mana yang kita lihat berlaku di negara-negara lain , nyawa sudah tidak punya harga !

Bila kita berdiam dituduhnya kita dipihak yang bersalah , bila kita bersuara dituduhnya sekadar alasan dan itu semua adalah lumrah bagi anasir-anasir yang punya kepentingan untuk melihat agenda mereka tercapai.

Kini setelah beberapa lama desakan serta serangan bertali arus dilakukan terhadap negara , kerajaan dan pimpinan , pihak berkuasa sudah mula menggerakkan usaha bagi mengekang dan mengesan anasir-anasir ini.

Bertindak atas undang-undang tidak salah sebenarnya tetapi permainan persepsi telah menyebabkan tindakan-tindakan ini dilihat sebagai sesuatu yang kononnya berat sebelah.

Apa pun isunya sudah sampai ke tahap KRITIKAL apabila kenyataan seperti wujudnya konspirasi untuk menggulingkan kerajaan kemudian melumpuhkan proses demokrasi dan menjatuhkan Perdana Menteri muncul.
Seramai 11 individu bakal berdepan dengan siasatan daripada polis berhubung dakwaan wujud konspirasi untuk menggulingkan kerajaan dengan salah seorang ialah bekas perenang Selat Inggeris,Datuk Abdul Malik Mydin.Menurut laporan Sin Chew Daily,Malik yang merupakan pembantu kepada bekas Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir Mohamad berada dalam senarai untuk disiasat oleh polis.Manakala mereka yang lain yang dihalang meninggalkan negara bagi membantu siasatan ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara,Tony Pua.Ahli Parlimen Seputeh,Teresa Kok.Ahli Parlimen Pandan,Rafizi Ramli.Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),Tian Chua.Pemilik syarikat media Kumpulan The Edge serta portal propembangkang,The Malaysian Insider,Datuk Tong Kooi Ong dan Penerbit Kumpulan Media The Edge,Ho Kay Tat,aktivis Maria Chin,Ambiga serta Adam Adli. 
Difahamkan pihak polis kini bersedia untuk menyiasat dari pelbagai perspektif dengan niat untuk menggulingkan kerajaan.Pada 13 Julai lalu,Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata,pihaknya tidak menolak kemungkinan wujud konspirasi untuk melumpuhkan proses demokrasi dan menjatuhkan Perdana Menteri,berikutan perbuatan jenayah membocorkan dokumen rahsia kepada warga asing.Beliau berkata,perbuatan jenayah ini sangat serius dan meningkatkan implikasi terhadap keselamatan negara.Jelasnya,peguam juga negara telah mengarahkan siasatan penuh dijalankan terhadap kebocoran dokumen rahsia itu,bahan yang dikatakan daripada siasatan kerajaan Malaysia yang tidak bernama, ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB). sumber 
Teruskan siasatan dan sewajarnya seluruh rakyat Malaysia yang mengaku cintakan negara HARUS menyokong usaha daripada pihak PDRM ini.

Soal sama ada mereka disabitkan dengan kesalahan atau tidak kita serahkan kepada siasatan yang dijalankan nanti kerana MMI percaya PDRM punya keupayaan dan kredibiliti untuk melakukannya.

Yang kita cari adalah mereka yang semakin hampir dengan status PENGKIANAT atau sudah jadi pengkianat so kalau kita bukan dari kalangan mereka tak perlu bising-bising dan takut.

Serahkan sahaja kepada pihak berkuasa ! 

Tak percaya pihak berkuasa ?? 

Elok pilih negara lain dan pindah duduk sana !! senang cerita ...

Nasib Malaysia Terletak Di Tangan Kita , Hati-Hati Membuat Percaturan ! Baca artikel berkaitan di SINI 

MMI

7 comments:

  1. Yang sakau duit berbeliyon ringgit tu bukan pemgkhianat ker??!!..jho low tu sape?..pejuang bangsa ker?

    ReplyDelete
  2. Kenapa sekiranya kakitangan kerajaan terlibat dalam isu menyalurkan maklumat dan rahsia negara akan diambil tindakan sedangkan mereka-mereka ini bebas berbuat apa sahaja hatta mengkhianati negara? Leadership by example kepala botak. Inikah contoh yang hendak ditunjukkan kepada generasi akan datang? These people are traitors.

    ReplyDelete
  3. Isunya kenapa sekarang???dah lama dah portal2 pembangkang memalukan dan menyalurkan maklumat yg salah pada dunia..Aljuburi pusing satu dunia buat fitnah pada negara dan Umno!!xda pun tindakan??dah macam kerajaan Bacul je sblm ni!!ikut dan biarkan pembangkang bermaharajalela..SKANG tunjuk TEGAS!!! APA YG DITAKUTKAN TU WAHAI PEMIMPIN2 BACUL?? BARU BUKA MATA DAN NAK TEGAS KE ATAU MMG TAKUT KANTOI??? LAGI SATU NAK TNYA MANA 3 ORG DALANG LAHAD DATU WOIII??? SEMBANG KENCANG!!

    ReplyDelete
  4. Setuju sangat kerajaan ambil tindakan kepada anasir anasir subvesif yg inginkan hancurkan negara ini . Kestabilan pollitik dan kesejahteraan rakyat mesti di utamakan . Tak kan nak tunggu Malaysia jadi Syria baru nak ambil tindakan .

    ReplyDelete
  5. isykkk ... kalaulah tiada 1MDB, tentulah semua benda ni tak timbul.. kan? kan?... bila dah terbongkar, ramai pulak yang ditangkap, banyak pulak yang terbongkar... entah dari mana lah timbul semua nama2 tersebut... kenapa ? 1MDB ni buat bisnes apa sampai beratus2 orang terlibat nak tipu dia?

    ReplyDelete
  6. Sila jelaskan mengenai pelaburan oleh 1MDB melibatkan RM 15.4 bilion di dalam Brazen Sky, Aabar Deposit, serta GIL Funds.

    1MDB kata pelaburan sebanyak RM 15.4 billion di dalam agensi yang saya nyatakan di atas, maka Najib sebagai orang yang meluluskan pelaburan itu sepatutnya tahu, bukannya susah pun nak jawab, cuma bagi tau apakah bidang pelaburan dan di manakah pelaburan itu, saya bukannya minta jawab perkara yang bukan-bukan pun.

    Kemudian mengenai isu RM 2.63 bilion dan RM 2 juta dalam akaun Najib dan Rosmah, itu melibatkan Rosmah dan Najib, maka patutnya mereka tahu apa yang berlaku, pernah ke Najib ada dua akaun di AmBank yang dibuka sebelum PRU 13 dan ditutup selepas beberapa bulan PRU 13 dan apakah benar RM 2.63 bilion di masukkan ke dalam akaun tersebut? Takkan Najib tak tahu dengan akaunnya sendiri kot?

    Kemudian Rosmah pula, melalui peguamnya mengaku nombor akaun itu adalah akaunnya, tetapi dia sendiri tak berani nak jelaskan mengenai RM 2 juta yang yang di masukkan dalam akaunnya, pasal apa takut nak jelaskan?

    Kepada macai Najib, bila nak berhujah tu biar dengan fakta, biar ada analisa, bukannya komen macam sampah sarap.

    Isu melibatkan perkara-perkara di atas tidak pernah di jawab samada oleh pengurusan 1MDB, Najib dan Rosmah, malahan tukang jawab seperti Menteri Datuk Seri Husni pun hanya tau kata tak ada kaitan dengan 1MDB, tapi tak dapat berikan jawapan mengenai perkara pelaburan dalam 1MDB itu, Najib pula sampai kini tak berani saman Sarawak Report, Wall Street Journal mahu pun The Edge, hanya mengarahkan balacinya si Khalid Abu Bakar untuk buat itu dan ini bagi menyekat lebih banyak maklumat penyelewengan Najib terbongkar.

    Sila jawab isu bukannya merapu tak tentu hala.

    Atuk Cincaluk.

    ReplyDelete
  7. Kalau 1MDB difitnah, mengapakah hingga kini 1MDB tak mampu nak jelaskan mengenai pelaburan sebanyak RM 15.4 bilion di dalam Aabar Deposit, Brazen Sky, dan GIL Funds itu, di manakah lokasi pelaburan itu dibuat, dan apakah jenis pelaburan yang dibuat, tak dapat dijelaskan oleh 1MDB pun.

    Jadi dimanakah asasnya tuduhan kamu bahawa 1MDB difitnah? Mana dia asasnya tuduhan bahawa konspirasi untuk melumpuhkan kerajaan? Hakikat sebenarnya adalah pihak yang mendedahkan kegiatan menyamun berprofil tinggi pula ditangkap, malahan penghantar surat juga ditangkap kerana dituduh bersekongkol menjatuhkan kerajaan.

    Sila beri penjelasan mengenadi dimanakah lokasi pelaburan dan apaka pelaburan melibatkan RM 15.4 bilion itu dibuat, baru boleh nak tuduh tuduhan terhadap 1MDB adalah fitnah, tetapi hingga kini tak ada seorang pun juak-juak Najib, malahan Najib sendiri tak mampu nak jelaskan, kerana dipercayai RM 15.4 bilion itu bukannya dilaburkan, tapi dilesapkan dengan menggunakan alasan pelaburan.

    Kes 1MDB dah jadi makin gila, sekarang ni penghantar surat pun ditangkap, kononnya dipercayai terlibat dengan konspirasi menjatuhkan kerajaan sedangkan hakikat sebenar adalah untuk mendedahkan penyelewengan dan pengkhianatan Najib terhadap negara ini.

    Sebab itulah sebelum ini saya pernah buat komen bahawa saya tak akan hairan jika selepas ini seekor beruk di zoo negara atau seekor kucing di pasar borong selayang ditangkap dan digari serta di bawa ke bukit aman oleh Khalid Abu Bakar Ketua Polis Negara penipu dengan diiringi oleh 1000 anggota polis bersenjata canggih dengan 300 buah kereta peronda, juak-juak Najib dah jadi makin tak tentu arah, mereka akan buat apa sahaja untuk menyorokkan penyelewengan Najib, semua yang boleh mendedahkan rahsia penyelewengan dan pengkhianata Najib laki isteri serta kuncu-kuncu mereka akan ditangkap, malahan penghantar surat juga ditangkap untuk dijadikan 'kambing hitam'.

    Kita rakyat sekalian boleh nilai betapa rosaknya institusi penguatkuasaan sekarang ini yang bukannya menegakkan undang-undang untuk melindungi negara dan rakyat, tetapi untuk melindungi pemimpin keparat yang menjadi penyamun serta mengkhianati negara ini.

    Lihat ini:

    http://www.utusan.com.my/berita/nasional/penghantar-surat-direman-siasat-kes-1mdb-8206-1.117036

    Atuk Cincaluk.

    Ikhlas dari,

    Atuk Cincaluk.

    ReplyDelete

Labels