Followers

Wednesday, 8 July 2015

NAJIB Bukan MALAIKAT !


Ramai yang salah sangka dengan apa yang MMI fokuskan dalam isu melibatkan kepimpinan negara yang kini menerima serangan politik yang begitu hebat sama ada daripada pihak luar mahupun dalam negara.Apa pun MMI akan kupas tentang bentuk serangan ini dalam kontek Malaysia sebagai sebuah negara dalam artikel yang seterusnya kerana artikel kali ini lebih menumpukan kepada memperkemaskan pemahaman kebanyakkan pembaca blog MMI.

Secara jujurnya apa yang MMI tulis dan cuba sampaikan kepada semua adalah niat dan hasrat untuk melihat seluruh warga Malaysia hari ini supaya menerima dan melakukan tafsiran mengikut keupayaan kita sebagai seorang manusia agar tiap tohmahan itu tidak mampu meresap seterusnya membelenggu jiwa yang boleh menyebabkan kita terheret dalam permainan persepsi dan spekulasi yang tidak menguntungkan.

Sebagai manusia kita sebenarnya dikurniakan dengan jiwa dan perasaan ! Dalam masa yang sama kita juga dikurniakan dengan pemikiran melalui fungsi otak yang begitu tinggi nilainya.Bahkan dalam keadaan tertentu kesemua elemen ini memainkan peranan masing-masing dan menjadi pemula kepada apa yang kita lakukan.

Ringkasnya kita punya keupayaan untuk menilai ! Dan MMI merasakan penilaian ini perlu diletakkan dalam tahap keupayaan yang sebenar mengikut kemampuan jiwa yang mentafsirkannya.

Begitulah juga dalam konteks politik , MMI tidak pernah mempertahankan seorang manusia bernama Najib Razak itu hakikatnya .. Tetapi MMI mempertahankan prinsip bahawa kita tidak boleh menghukum mana-mana pihak selagi mana ianya tidak berdasarkan kepada BUKTI dan FAKTA.

MMI bersetuju dengan ungkapan Hadi Awang selaku Presiden PAS hari ini bahawa Najib bukannya malaikat tetapi cuma manusia biasa yang punya kelemahan.Malahan dalam isu dan tuduhan yang dibuat terhadap beliau perlulah mempunyai BUKTI yang boleh disahkan bukan sekadar tuduhan dengan bukti-bukti yang meragukan.

Sebab itu dalam hal ini MMI lebih terarah kepada menantikan keputusan siasatan pihak yang terlibat kerana didalamnya terdiri daripada mereka-mereka yang kita boleh sandarkan kepercayaan.Bukan dengan terus-terusan menyerang hingga sampai ke tahap memperbodohkan diri sendiri seperti mana yang berlaku sebelum ini.

Dan kerana itu jugalah dalam isu terbaru kononnya Perdana Menteri menyalahkan gunakan dana 1MDB , satu pasukan petugas khas sudah pun dibentuk bagi melakukan siasatan terhadap dakwaan yang dilemparkan namun sayang masih ada lagi dikalangan warga kita sendiri yang suka menjadi penyebar kepada maklumat yang tidak tepat dan benar.

Kepimpinan negara YAB Datuk Seri Najib sendiri melalui NajibRazak.com telah menyatakan dengan jelas bahawa beliau tidak mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri.
1. Saya telah mengarahkan pihak peguam saya menghantar surat kepada Wall Street Journal hari ini bagi meminta pengesahan mengenai laporan surat akhbar tersebut sebelum mengambil tindakan undang-undang (surat tuntutan).
2. Sebagaimana arahan saya, surat peguam tersebut meminta Wall Street Journal mengesahkan pendirian akhbar tersebut berikutan laporan yang telah dibuat menuduh saya menyalahgunakan dana USD700 juta milik 1Malaysia Development Berhad.
3. Peguam saya akan mengambil tindakan selanjutnya selepas mendapat pengesahan dari akhbar tersebut.
4. Siasatan sedang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas untuk menentukan sama ada tuduhan yang dibuat oleh Wall Street Journal bahawa saya telah mengambil dana 1 MDB untuk kepentingan diri sendiri berasas atau tidak. Siasatan mesti mengambil kira kesahihan dokumen yang telah disiarkan bagi menyokong tindakan akhbar tersebut.
5. Meskipun begitu, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri. Tuduhan Wall Street Journal merupakan satu niat jahat yang didokong dan disokong oleh pihak tertentu dalam negara yang bertujuan memaksa saya melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno.
Dalam masa yang sama pelbagai pihak tampil mengeruhkan lagi keadaan kononnya media asing yang berpengkalan di Britain dan Amerika Syarikat itu telah menyiarkan dokumen-dokumen yang melibatkan apa yang disebut sebagai proses penyaluran dana kepada akaun peribadi milik Perdana Menteri.

Gegak gempita bumi Malaysia dengan penyebaran maklumat tersebut seolah-olah apa yang disebarkan itu adalah benar tanpa perlu melalui proses siasatan untuk mengenal pasti sama ada ianya PALSU , di EDIT atau TULEN.

Yang menghairankan sebahagian dari kita seolah-olah hampir gila kerana maklumat yang disebarkan oleh pihak asing itu tanpa sedikit pun terfikir dan mempersoalkan tentang sejauh mana kebenarannya !

Jika kita tenang mendepani situasi seperti ini kita sudah pasti akan mendapat jawapannya dan hakikat itu benar apabila semua tuduhan dan salinan dokumen kononnya bukti proses penyaluran dana itu berlaku kini disanggah malahan proses untuk menyaman pihak WSJ sudah pun berlaku.


Proses saman terhadap Wall Street Journal sudah pun bermula , baca kenyataan media peguam Perdana Menteri di SINI , manakala dokumen yang disebarkan sebelum ini turut diragui kesahihannya dan tidak konsisten Klik SINI .

Apa yang cuba MMI sampaikan adalah kenapa kita perlu tergesa-gesa dalam menjatuhkan hukuman ?

Jika Anwar Ibrahim berdasarkan segala BUKTI termasuklah rakaman video pun boleh diberikan masa hampir 7 tahun untuk pertahankan diri kenapa dalam isu melibatkan kepimpinan Perdana Menteri kita mahu mengasak dan menjadi hakim untuk segera melaksankan hukuman ?

Dalam artikel-artikel MMI sebelum ini jelas menyebut siapa jua yang didapati melakukan kesalahan dalam apa jua isu yang diketengahkan maka tindakan sewajarnya HARUS diambil terhadap pesalah terbabit cumanya biarlah ianya berdasarkan BUKTI bukan persepsi dan spekukasi.

Jika NAJIB jelas melakukan kesalahan maka beliau bukan sahaja perlu meletakkan jawatan tetapi perlu diheret ke muka pengadilan tetapi dalam tempoh siasatan sedang dilakukan kita perlu istiqomah dan langkah sebaiknya adalah menantikan laporan siasatan pihak terlibat bukan menjadi agen penyebar kepada dakyah yang kita sendiri tidak tahu hujung pangkalnya.

MMI

2 comments:

  1. “We stand behind our fair and accurate coverage of this evolving story,” a spokesman for Dow Jones told The Star when contacted. 8 July 2015

    so jibby dan peguamnya boleh mula fikir apa tindakan seterusnya..xperlu tunggu 14hari

    ReplyDelete
  2. Mempersoalkn kredibialiti Najib dalam urusdana negara umpama anak menegur salah bapa.. Akhirnya anak yg makan pelempang.. Bapa juga yang menang.
    Relakan lah. Nk ubah tunggu pilihanraya.
    Nak harap set2 Muhyidin & Tun memang takkan jalan. Silap2 hilang jawatan. Klu bertindak sendiri umpama menabur pasir ke periuk sendiri.
    Takde sapa berani lawan. Nanti tak boleh cari makan.
    So siapa yg mampu persoalkn?..
    Siapa yg berani buat pertuduhan nyata?..
    Siapa yg berani utk bertandang ke balai polis utk buat report?...
    Itu lah guna WSJ n Serawak Report sebagai whistle blower.
    Klu MIM sendirilah.. Berani ka bersendirian buat aduan tentang salah laku seorang Ketua Negara. Org yg tertinggi sekali ??
    Jujur saya pun tidak sanggup selagi tiada org di belakang yg kuat memberi jaminan.
    Sudah bnyk masa diberikan minta perjelaskan segala kemuskhilan. Buat mcm tiada apa....jika ada pun jwpn diberi tidak memuaskn.
    Sehingga keluar dokumen dari WSJ dan akhirnya memaksa KPN , UG & Bank Negara buat kenyataan.
    Yang pasti ramai yg sudah hilang keyakinan.
    Tak pernah berhenti dari pelbagai kontroversi & spekulasi. Salahkan rakyat berasa sangsi? Salahkah rakyat ingikn kebenaran?
    Saya yg jemu Malaysia lebih dikenali kerana kejayaan mewujudkn pelbagai kontroversi.
    Negara tak pernah berhenti dgn pelbagai musibah yg besar. Kenapa? Mengapa?

    Betul atau tidak tuduhan itu kita tungguuuuu.
    * tiada angin masakan pokok bergoyang

    ReplyDelete

Labels