Khairy Jamaluddin hari ini tampil mempertahankan tuduhan liar yang dilemparkan oleh Rafizi Ramli terhadap barisan Exco Pemuda UMNO Malaysia apabila dikaitkan dengan skandal pembelian hartanah MARA di Australia.
Dalam kenyataannya Khairy menyifatkan usaha pertubuhan pembocor rahsia National Oversight and Whistleblowers (NOW) yang mengaitkan exco Pemuda Umno dalam skandal pembelian hartanah Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Australia satu perbuatan bodoh.
Ketua Pemuda Umno itu berkata, Pengarah NOW Rafizi Ramli hari ini membuat tuduhan mudah mengaitkan exco Pemuda Umno dalam kes berkenaan tanpa berlandaskan kepada bukti kukuh.
"Logik Rafizi tak boleh pakai langsung sebab dia hanya tunjuk individu tersebut ada kaitan dengan exco Pemuda, tetapi urusan perniagaan tak ada kena mengena dengan kes di Australia.
"Macam mana nak kaitkan kes di Australia dengan exco Pemuda? Itu kerja bodoh.
"Kalau nak kait mengait saja dengan menggunakan 'you kenal dia, you terlibat dalam kes ini', itu memang saya tak boleh terima. Itu politik bodoh," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada majlis berbuka puasa bersama Pemuda Barisan Nasional di sebuah hotel di Kuala Lumpur petang ini.
Khairy berkata, Rafizi tidak wajar membuat kesimpulan mudah mengaitkan exco Pemuda Umno dengan skandal pembelian hartanah Mara di Australia.
Katanya, jika Rafizi dibiarkan berterusan melabel pihak yang tidak berkenaan ke dalam kes itu maka lebih banyak orang tidak bersalah terheret sama.
"Contohnya mudah saja. Katakanlah saya kenal A dan B. B buat satu kesalahan yang tiada kaitan dengan A langsung tetapi oleh kerana kenal B, dia tiba-tiba salah. Mana boleh kira begitu.
"Kalau macam itu siapa-siapa yang buat salah melanggar undang-undang, yang dia kenal pun sama terpalit dengan kesalahan tersebut. Apa logiknya Rafizi pakai?" soalnya.
Rafizi terdahulu hari ini memberitahu media, 5 anggota Pemuda Umno terbabit dalam 3 pembelian hartanah di Australia yang belum didedahkan, iaitu hartanah 746 Swanston Street, 333 Exhibition Street dan 51 Queen Street.
Beliau membina kaitan Pemuda Umno ini dalam sebuah syarikat bernama Thrushcross Land Holdings Limited yang didaftar di pusat kewangan pesisir luar pantai British Virgin Island (BVI).
Malah, lebih mengejutkan, syarikat tersebut didakwa didaftarkan hanya selepas pembelian hartanah di 746 Swanston Street itu selesai.
"Pembelian hartanah ini diluluskan oleh Majlis Mara pada 9 Ogos 2012 dan urus niaga disempurnakan pada 28 Ogos 2012.
"Carian syarikat ini menunjukkan ia hanya didaftarkan pada 18 Januari 2013 iaitu selepas Mara membeli hartanah 746 Swanston Street. Ini bermakna urus niaga yang disempurnakan pada 28 Ogos 2012 itu tidak menggunakan syarikat milik Mara," kata Rafizi.
Sementara itu, 2 anggota Pemuda Umno yang berada dalam syarikat tersebut juga tidak kena mengena dengan Mara, tetapi menurut Rafizi, terlibat dalam urus niaga pembelian hartanah di 746 Swanston Street itu.
Mereka juga terlibat dalam syarikat Optimus Capital Sdn Bhd dan Biosis Group Berhad, katanya.
Individu yang berada dalam Biosis itu katanya, memegang jawatan kedua tertinggi dalam pergerakan sayap Umno itu.
Rafizi mendakwa daripada maklumat yang diperolehnya, wujud bukti mereka ini terlibat sebagai pengatur kepada urus niaga kontroversi hartanah di Australia.
Lihatlah betapa hebatnya permainan tuduh menuduh walaupun tanpa sebarang bukti kukuh di tangan.Asal ada sahaja kaitan walaupun hakikatnya jauh menyimpang dari motif maka semuanya halal.
Rasanya dah sampai masa kerajaan perlu benar-benar tegas dalam hal melibatkan kaki fitnah ni , selepas ni kalau boleh tiap tuduhan yang dibuat itu jika didapati tidak benar melalui apa jua siasatan maka individu atau pihak terlibat wajarlah di kenakan tindakan keras.
Dah jadi keperluan rasanya !
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun menafikan tuduhan Rafizi yang juga pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW).
“Rafizi mengaitkan nama saya dalam transaksi pembelian tersebut di mana saya tak tahu menahu. Saya fikir ini tidak betul dan tidak tepat,” katanya di majlis sama sambil meminta Rafizi membetulkan kenyataan itu.
Beliau tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan yang dikeluarkan Rafizi hari ini.
Baca artikel berkaitan di SINI
MMI
Kalau tahu diri tak salah buat apa nak cakap saja...saman terus..ajar sikit.
ReplyDelete