Followers

Tuesday, 14 July 2015

Tiada Salah Laku , Hentikan Tuduhan Tidak Berasas Terhadap #1MDB


Antara ungkapan yang pernah MMI catatkan dalam penulisan sebelum ini berkaitan 1MDB adalah "Apabila kita melakukan perjalanan jauh sudah pastilah tempoh masa yang diambil itu akan benar-benar terasa namun sewaktu kita memulakan langkahan pulang tempoh waktunya seakan-akan cepat berlalu" dan suasana lebih kurang sama sebenarnya kini sedang berlaku dalam isu membabitkan tuduhan dan fitnah terhadap 1MDB.

Semua pihak diminta mengentikan tuduhan tidak berasas kepada syarikat pelaburan strategik kerajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) selepas siasatan Jabatan Audit mendapati tiada bukti salah laku berkaitan aktiviti syarikat tersebut.Menteri Kewangan Kedua,Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah,menerusi satu kenyataan semalam berkata beliau berharap semua tuduhan tidak berasas termasuk kehilangan RM42 bilion atau pemindahan AS$700 juta kepada individu tertentu,dihentikan kerana laporan awal siasatan Jabatan Audit mendapati tiada bukti salah laku berkenaan. 

"Adalah menjadi harapan saya semua dakwaan tidak berasas dihentikan. Kita perlu bersabar dan menunggu laporan akhir Jabatan Audit dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC)," katanya. 

Menurutnya,kerajaan komited untuk memastikan isu berkaitan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) diselesaikan dengan memberi tumpuan kepada rancangan rasionalisasi syarikat pembangunan strategik itu."Matlamat daripada pelan rasionalisasi itu ialah menyeimbangkan aset dan hutang 1MDB untuk menampung struktur kewangan dan memastikan kemapanannya pada masa depan," kata Ahmad Husni.

Kabinet 29 Mei lalu melantik Ahmad Husni sebagai jurucakap kerajaan bagi menjawab persoalan berhubung syarikat pelaburan milik kerajaan 1MDB.Sebelum ini firma penarafan kredit Fitch Ratings Mei lalu menyifatkan bank-bank Malaysia terbukti mengamalkan dasar pinjaman berhemat yang dijangka dapat meminimumkan potensi impak masalah daripada mana-mana peminjam tunggal. Fitch turut menyifatkan isu-isu 1MDB yang dibebani hutang besar adalah 'satu kebiasaan' dan tidak mencerminkan risiko serius yang berleluasa.

Namun,tegasnya,masalah 1MDB itu hanya menambah bebanan persekitaran operasi Malaysia yang sedia mencabar pada masa terdekat.Selain itu,peningkatan hutang isi rumah sejak beberapa tahun lalu misalnya,berkemungkinan menjadi cabaran penggal pertengahan yang lebih besar bagi sistem pengurusan jika pertumbuhan kredit sebenar tidak dikekang dan kelemahan ekonomi terus ketara. 

Ini diburukkan lagi dengan perkembangan melibatkan komoditi dan kelemahan pasaran kewangan yang mencetuskan ketidaktentuan terhadap prospek ekonomi Malaysia.Malah,faktor berkenaan dianggap sebagai punca pembatalan rundingan penggabungan mega CIMB Group, RHB Capital dan MBSB, pada Januari lepas."Kami percaya kesemua risiko ini mampu diuruskan sistem sedia ada tanpa membabitkan sebarang kesan kelembapan ekonomi yang berpanjangan atau kadar pengangguran tinggi yang ketara.Ini disebabkan kerajaan telah pun menangani isu ini dengan langkah makro yang berhemat selain memperketat peraturan yang ada sejak beberapa tahun lalu," katanya.

Justeru itu seharusnya semua pihak menantikan laporan akhir Jabatan Audit dan PAC kerana disitulah segala-galanya akan terjawab secara total.

Namun MMI masih lagi ragu-ragu tentang penerimaan sebahagian daripada kita yang sebelum ini begitu galak mempersoalkan tentang 1MDB , sejauh mana mereka-mereka itu mampu menerima keputusan akhir itu nanti ?

Apakah semua pihak boleh berlapang dada dan menerima keputusan akhir itu sebagai keputusan yang benar-benar AKHIR ?

Dan persoalan ini telah MMI lontarkan sebelum ini dalam artikel bertajuk Bersediakah Tun ? Dan Bersediakah Kita ?

Macam biasa prinsipnya mudah apa yang MMI lakukan ini adalah untuk sekurang-kurangnya mengajak semua pihak untuk kembali kepada fitrah kita iaitu bertindak atas BUKTI bukannya menghukum untuk kepuasan naluri.

MMI

4 comments:

  1. HABIS TU YANG KETUA POLIS JATUH HUKUM KATA BUDAK CURI DI LOW YAT TU APA??FITNAH??POLIS BOLEH JATUHKAN HUKUM BKN MAHKAMAH??

    ReplyDelete
  2. Bila disebut Suruhanjaya...ahli2nya terdiri dpd plbg indivudu berkebolehan dpd kalangan intelek dan parti politik...kerajaan dan pmbangkang.
    Di situ letaknya keneutralan institusi tersebut dan keyakinan terhdp jwpn mrk amat diperlukan.Klu jwpn mrk masih diragui juga...elok masukkan ahli2 baru dpd kalangan2 manusia yg payah menerima kenyataan.Biar mrk ikut serta sama ada diberi elaun atau tanpa gaji asalkan puas hati.Selagi perasaan tak puas hati tu timbul...hidup mrk tak akan ceria da mgkin sambutan raya tahun ini dan tahun2 mendtg tidak meriah bagi mrk.Ini cuma cadangan...hehe

    ReplyDelete
  3. Persoalan saya. Adakah Timbalan Menteri diberi kuasa bercakap bagi pihak Jabatan Audit? Kenapakah Timbalan Menteri mendahului Jabatan Audit. Adakah dengan caraNYA ITU AKAN MEMPENGARUHI PERSEPSI RAKYAT?

    ReplyDelete
  4. BERITA TERBARU! PANAS! PANAS! PANAS!

    Kenyataan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang
    ``Sebenarnya, transaksi USD700 juta yang menimbulkan banyak persoalan serta mencurigakan memerlukan Jabatan Audit Negara lebih banyak masa untuk siasatan lanjut sebelum membuat kesimpulan akhir.”

    Intipati yang boleh diambil adalah ;
    memang benar, memang sahih lah, wujud USD700 juta itu dan ianya bukanlah cerita yang di reka-reka!

    Tindakan Seterusnya adalah;
    Dato Seri Najib, letak jawatan aje lah , lihat Pak Lah yang bersara tu takda orang kacau lagi dah, kami rakyat marhaen pun tak nak perkara ini berpanjangan, kerana kami lebih sayangkan alif ba ta!

    ReplyDelete

Labels