Followers

Monday, 13 July 2015

Tragedi Ramadhan #LOWYATT

Banyak pihak kini memberikan perhatian terhadap insiden yang berlaku di Ibu Kota.

Dalam dunia maklumat di hujung jari ini , pelbagai versi dan cerita telah tersebar sejak hari pertama kejadian berlaku . Macam-macam cerita dan video mula disebarkan ke seluruh negara malah mungkin sehingga ke seluruh dunia.

Paling bahaya apabila berlakunya penyebaran video melalui aplikasi whatsapp dan yang seangkatan dengannya kononnya rakaman pergaduhan yang telah dirakam di sekitar Low Yatt sedang cerita yang sebenar ianya rakaman yang berlaku di luar negara.

Apa jua yang berlaku dalam insiden di Low Yatt ini , kita seharusnya menjadikan ia sebagai satu pengajaran dan mungkin juga sebagai kayu asas untuk menentukan apakah yang perlu kita lakukan dikemudian hari sekiranya insiden-insiden sebegini kembali mengambil tempat.

Dan sejak semalam juga , MMI telah diajukan dengan pelbagai pertanyaan tentang apa yang berlaku sebenarnya ? Secara ringkasnya satu pergaduhan antara orang Melayu dan Cina yang boleh mencetuskan pergaduhan antara kaum jika tidak dibendung dengan baik.

Selebihnya agak sukar untuk MMI jelaskan melainkan kita serahkan kepada pihak Polis untuk melakukan siasatan.Hebahannya terlalu banyak dan pelbagai versi cerita muncul macam cendawan tumbuh selepas hujan dan kerana itu MMI mengambil keputusan untuk meletakkan kepercayaan kepada laporan pihak berkuasa.

Sungguh pun begitu MMI menganggap apa yang berlaku itu adalah satu tragedi !

MMI bukan penyokong keganasan apatah lagi tindak tanduk ganas yang boleh mendatangkan kecederaan mahupun maut kepada mana-mana nyawa sekalipun.Sebagai warga Malaysia , MMI sedar bahawa negara ini tidak boleh sekali lagi berdepan dengan situasi seperti mana yang pernah berlaku pada tahun 1969 yang lalu.Apatah lagi dalam suasana terkini yang banyak pihak masih lagi kabur tentang punca sebenar insiden di Low Yatt.

Persoalannya apakah maklumat yang disebarkan itu benar-benar tepat atau ianya sudah direncahkan dengan ramuan yang boleh menyedapkan halwa telinga seterusnya menaikkan rasa kesatria yang selama ini berdiam dalam tubuh badan kita ?

Sukar untuk dijawab tetapi keberanian dan laungan takbir yang berkemundang di kawasan Low Yatt atau apa yang disebut sebagai lubuk cina itu sekurang-kurangnya menjadi isyarat kepada yang lainya agar jangan sesekali cuba untuk mencuit sentimen kemelayuan kerana respon balasnya bukanlah sesuatu yang biasa-biasa.

Manakala dalam masa yang sama , Melayu lain yang berada diseluruh negara turut terpanggil untuk merasai denyut nadi Melayu yang dikhabarkan sedang berhadapan dengan kaum cina di Kuala Lumpur.Video dan gambar-gambar yang disebarkan melalui group-group whatsapp dan lain-lain seolah-olah membangkitkan rasa amarah yang membuak-buak.

Kalau boleh mahu sahaja diatur konvoi para pahlawan menuju ke Ibu Kota menyahut seruan agar bangkit membela Melayu ! Tidak cukup dengan itu disebarkan pula nama-nama kumpulan Melayu dan para pemimpin mereka dengan pelbagai nama dan gelaran yang sama-sama terpanggil untuk pertahankan orang Melayu.

Dan pasti berdasarkan kesemua nama-nama yang disebarkan itu , MMI menjangkakan puluhan ribu orang Melayu akan berada di Kuala Lumpur atau paling tidak di kawasan Low Yatt atau Bukit Bintang.

Soalnya benarkah apa yang disebarkan ini ? Apa akan berlakukah situasi seperti mana yang sedang disebarkan itu ? Dalam keadaan umat Islam sedang menantikan detik 1 Syawal ?

Well macam MMI kata ia satu tragedi apatah lagi berlaku dalam bulan Ramadhan !

Sesuatu yang pasti apa yang berlaku dalam insiden di Low Yatt ada kena mengena dengan isu melibatkan orang Melayu selama ini.Bagaimana kedudukan orang Melayu sering kali cuba digangu-gugat dan agama Islam sering kali dipersendakan oleh bukan Islam.

Perasaan geram dan mungkin sakit hati kerana selama ini dibahankan oleh puak-puak cauvinis mungkin antara punca kenapa insiden seperti mana yang berlaku di Low Yatt boleh secara tiba-tiba menjadi viral dan pencetus kepada ketegangan kaum.

Realitinya orang Melayu tidak sukakan keganasan tetapi mereka akan mula bertindak apabila tekanan yang diberikan secara langsung atau tidak langsung itu semakin menghimpit apatah lagi apabila peluang sebegini (Low Yatt) tiba-tiba muncul.

Justeru itu orang Melayu perlu menggunakan kebijaksanaa mereka dalam mendepani perkara-perkara sebegini.Jangan kita terlalu mengikut perasaan kerana kita jauh lebih hebat dari itu !

Rasanya lebih baik kita gunakan kuasa membeli yang selama ini telah mengisi perut puak-puak cauvinis yang kurang ajar ini.Sokong dan bantu orang kita PASTI puak-puak yang suka menindas itu akhirnya akan tunduk dan meminta belas simpati kita cuma hati-hati sikit puak-puak penindas ni suka bermuka-muka !

MMI tabik spring kepada semua Melayu yang tampil di Low Yatt mempertahankan sesama bangsa ! Dan adalah lebih baik kalau cara dan ketrampilan yang sama berlaku sewaktu negara dan kepimpinan negara diserang bertubi-tubi oleh mereka yang punya agenda dan kuasa asing dengan segala macam tohmahan dan fitnah yang mampu merebahkan negara.

Bayangkan laporan menyatakan Low Yatt Lengang hari ini !!!

Fikirkan 

MMI

2 comments:

  1. Melayu ada kuasa membeli..jadi mari kita ramai ramai kita manfaatkan kuasa itu..buy chinese last...hidup melayu

    ReplyDelete
  2. PASTI PASTU PAS TAK PASTI.

    ReplyDelete

Labels