"Beliau perlu menjalankan PEMBERONTAKAN ini " begitulah antara ungkapan Zaid Ibrahim yang disiarkan oleh salah satu portal pro pembangkang yang ditujukan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Untuk memudahkan pemahaman kita , Zaid Ibrahim mahu supaya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia mengepalai atau mengetuai gerakan untuk merampas kuasa kerajaan sedia ada dengan menggulingkan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak atas dasar skandal 1MDB.
Malah impian Zaid nampaknya begitu tinggi sekali apabila mensasarkan supaya pemberontakan dan rampasan kuasa itu dilakukan dengan kadar segera iaitu sebaik sahaja selesai pilihan raya negeri Sarawak.
Seperti biasa apa yang dilontarkan oleh Zaid itu akan disulami dengan alasan semangat nasional yang cukup tinggi dan untuk rakyat malah turut mengingatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar meletakkan kepentingan negara terlebih dahulu.
Sekali baca memang hebat manusia bernama Zaid Ibrahim ni , tapi kalau kita amati sejarahnya jelas ianya bukan sahaja sekadar hasutan tetapi lebih terarah kepada keinginan beliau untuk kembali berpolitik.
Sesuatu yang pasti apa yang dilakukan oleh Zaid ini merupakan tindakan untuk memecah-belahkan pucuk pimpinan apabila gandingan antara Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri hari ini dilihat mampu untuk terus mengembeleng tenaga memberikan yang terbaik kepada rakyat dan negara.
Cubaan beliau untuk mengaitkan isu 1MDB sebenarnya dilihat sebagai tindakan terdesak memandangkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam siasatan mereka sudah pun mengesahkan bahawa YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak bersalah.
Dan jangan kita lupa jawatankuasa PAC turut dianggotai oleh Ahli Parlimen dari pasukan pembangkang !
Memualkan ....
Jom kita tinjau ...Sebagai seorang ahli politik (jika benar Zaid orang politik) apakah tindakan terbaru beliau ini benar-benar atas nama rakyat dan negara ?
Apakah dengan membenarkan pemberontakan sebegitu Malaysia dan kerajaan hari ini akan menjadi lebih baik ?
Dan kenapa Zaid Ibrahim yang mengaku ahli politik dan sering menunjukkan kepandaiannya mnelalui kepetahan berbicara kononnya beliau antara ahli politik yang punya tahap intelek dewa , boleh memberikan cadangan sedemikian rupa ?
Bukankah pemberontakan itu merupakan gerakan yang jauh menyimpang daripada norma undang-undang itu sendiri ?
Tahukah semua Zaid Ibrahim juga merupakan seorang peguam dan pengasas kepada Zaid Ibrahim & Co. sebuah firma guaman swasta terbesar di Malaysia selain daripada menjadi ahli politik ! Malah manusia ini pernah menjadi senator dalam Dewan Negara dan berkhidmat dengan kerajaan Barisan Nasional sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk hal-ehwal perundangan dan pembaharuan kehakiman.
Adakah kita boleh percaya manusia sebegini yang tahu tentang undang-undang mahukan supaya pemimpin nombor 2 negara memberontak dengan menjatuhkan Perdana Menteri tanpa ada sebarang alasan lain ?
Rasionallah sikit ....
Tahukah kita manusia bernama Zaid Ibrahim ini pernah menggesa orang Melayu khususnya untuk menyertai parti DAP.Dalam gesaannya itu Zaid turut menyatakan dengan jelas dalam semua parti pembangkang yang ada DAP jauh lebih mulia dari yang lain.Tak percaya ? Baca SINI
Hebat sangat ka DAP tu ? Mulia sangat ka ? Mungkin Zaid juga mahukan sebuah banglo tanpa swimming pool dengan harga murah kot !
Fikirlah ! Sekarang ni Zaid mengajak kira semua supaya bersetuju dengan gesaannya supaya Timbalan Perdana Menteri menjadi ketua pemberontak ? Agak-agak ...
Malah MMI punya bukti Zaid punya otak dan akal tentang proses dan kebenaran undang-undang bukannya seorang pengamal undang-undang yang hantam keromo.
Dalam isu perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim , Zaid Ibrahim telah menyatakan bahawa ...
“Saya berpendapat, di sini, Anwar telah melampaui batas.
“Adalah suatu yang biasa untuk tidak bersetuju dengan keputusan para hakim, atau untuk mengkritik pertimbangan mereka, namun untuk menuduh mereka itu bersubahat dan terlibat dalam perancangan politik untuk memenjarakan dirinya (Anwar) adalah tuduhan tanpa asas dan layak dikecam,” kata Zaid.Baca seterusnya
Dalam kes ini samalah ia dengan menyanggah keputusan PAC sekiranya Zaid masih lagi mahu mengaitkan isu 1MDB dengan tindakannya yang mahukan pemberontakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri dilakukan tanpa mengikut proses yang sah.
Zaid sama ada keliru atau buat-buat bodoh kerana yang jelas gesaan tersebut sememangnya tidak masuk akal apatah lagi lahir dari seorang manusia yang mengaku pemimpin dan ahli politik tahap dewa.
So rumusannya mudah , yang sedang memberontak sebenarnya adalah jiwa dan roh Zaid Ibrahim sendiri !!!!
SENGAL !!!
MMI
Zaid liberal ni ada org kagum dan mahu ikut jugak ke seruan jahatnya?
ReplyDeleteApa jasanya melainkan mempamerkan kejahilan dirinya sendiri.