Suasananya makin hebat dan sudah pasti ianya akan berlarutan selagi mana medan politik itu menghiasi hari-hari yang kita lalui dan bakal lalui nanti malah mungkin akan sampai ke tahap tidak akan ada nokhtahnya.
Sesuatu yang pasti sejak dijajah sehinggalah kita mengaku bahawa bumi ini sudah MERDEKA , segala macam aksi-aksi politik yang disajikan telah berjaya memukau bukan sahaja dari kalangan rakyat Malaysia bahkan di seluruh dunia.
Adegan demi adegan yang dipertontonkan kepada kita bukan calang-calang , ada diantaranya mampu meruntun jiwa sehingga menitiskan air mata.
Penghinaan terhadap pemimpin sudah semacam makanan harian contohnya bekas Perdana Menteri pernah dilabel sebagai MAHA ZALIM ! MAHA FIRAUN ! termasuklah pengganti-penggantinya.
Kemudian timbul pula laungan untuk membebaskan Malaysia agar menjadi sebuah negara yang mengamalkan polisi terbuka atau sama rata digerakkan oleh kumpulan yang mulanya diberi muka untuk menjadi warganegara.
Tak cukup dengan itu , sebahagian besar kumpulan yang mengaku MELAYU dan beragama ISLAM pernah meYAHUDIkan sebahagian besar lagi kumpulan MELAYU lain yang turut berpegang kepada ajaran agama ISLAM termasuklah mengamalkan mazhab yang sama.
Malah ada yang sampai ke tahap NYAWA menjadi pertaruhan , tak percaya ? Sejarah 13 Mei dan peristiwa Memali antara contohnya.Itu baru sebahagian ...
Hebat !
Kadang-kadang MMI terfikir , apakah semua yang berlaku itu kerana KEBENARAN atau ianya diapi-apikan oleh perasaan KEBENCIAN POLITIK terhadap kumpulan lain ?
Dalam masa yang sama kalau kita semua masih ingat , lanskap politik negara pernah pada satu ketika seolah-olah menafikan terus peranan pembangkang.Tidak ada perkara-perkara yang boleh mereka gunakan atau jadikan sebagai SENJATA dan PELURU untuk melukai malah mungkin tidak mampu untuk menyentuh walau sekelumit pun jiwa serta perasaan sebahagian besar warga Malaysia yang MEYAKINI dasar kerajaan serta KEPIMPINAN negara di bawah kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO.
Malahan apa yang MMI catatkan diatas sana , walaupun ada kesannya tetapi ia tidak mengundang BARAH yang mampu menggugat kedudukan kerajaan sedia ada.
Pembangkang pada ketika itu bolehlah diistilah sebagai terkial-kial untuk bersaing dalam arus politik negara kerana tidak ada ruang yang membolehkan mereka untuk mengaut sebarang keuntungan politik.Jika ada pun mungkin parti PAS kerana mereka sejak mula lagi menjadikan agama sebagai sebahagian daripada dasar perjuangan politik walaupun hakikatnya siri ceramah mereka lebih banyak menyajikan kata-kata makian daripada nasihat.
Dan lebih menariknya , pada ketika ini rakyat khususnya punya minat untuk menyumbang bakti dan kudrat mereka terhadap parti politik demi kelangsungan dasar dan perjuangan untuk membela BANGSA , AGAMA dan NEGARA.Bahkan ramai dikalangan mereka walaupun tidak memilih untuk berparti tetap meletakkan tanggungjawab sebagai rakyat itu adalah KEUTAMAAN dengan menjadi PENGUNDI dalam tiap Pilihan Raya Umum.
Hari ini !
Suasana itu sudah banyak berubah !
Sejak hadirnya Anwar Ibrahim dalam kem pembangkang dan tertubuhnya PKR , pembangkang seolah-olah mendapat suntikan vaksin yang mampu merubah seperti mana watak Dr Jekyll & Mr Hyde.Tiba-tiba sahaja laungan perjuangan rakyat berbunyi REFORMASI bergema di seluruh negara seolah-olah apa yang mereka nikmati selama ini tidak pernah wujud atau berlaku.
Pada masa itu juga kita dapat melihat bagaimana rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu mula kembali ke jalanan untuk sama-sama bereformasi walaupun perjuangan yang diungkapkan itu samar.
Lebih dasyat kesempatan itu dipergunakan dengan cukup baik oleh pembangkang dan mereka tanpa segan silu MENGAKU menyokong dan bersama-sama dengan Anwar Ibrahim walaupun hakikatnya pemimpin yang mereka agungkan secara tiba-tiba itu adalah antara orang penting yang selama ini menyekat ruang dan peluang pembangkang di bumi Malaysia.
Semua sedia maklum apa yang berlaku dalam gerakan reformasi tersebut dan kesannya cukup hebat sehingga kedudukan parti UMNO dan Barisan Nasional tergugat.
Walau bagaimanapun situasi itu akhirnya menemui noktah apabila Anwar Ibrahim didapati bersalah dan di humban ke penjara manakala Lim Guan Eng kekal megah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.Dan lebih menarik apabila perpecahan yang berlaku dalam parti PAS sehingga tertubuhnya PAN.PKR pula masih hilang fokus , tidak ada hala tuju melainkan menjadikan Selangor sebagai lubuk penggerak untuk meneruskan saki baki apa yang mereka istilahkan sebagai perjuangan sedang hakikatnya Selangor hanyalah lubuk dana untuk meneruskan nyawa parti tersebut.
Kini situasi berubah lagi ,
Tiba-tiba parti yang dianggap keramat oleh sesetengah pihak seolah-olah dirasuk oleh ENTITI yang amat menggerunkan sekali.Segala macam isu dilontarkan terhadap parti itu sehingga mengakibatkan timbul kumpulan pendesak dari dalam parti sendiri.
Kehadiran Tun Mahathir yang begitu optimis mempertikaikan 1MDB di sambut dengan tepuk sorak oleh pasukan pembangkang.Kredibiliti Presiden dan Perdana Menteri dipertikai malah sampai ke tahap adanya laporan di buat terhadap pihak berkuasa.
Dari dalam pula , Timbalan Presiden merangkap Timbalan Perdana Menteri turut sama bersoal ! Pentas UMNO digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan mesej bahawa beliau punya rasa sangsi terhadap apa yang sedang berlaku.Gerakan ini turut mendapat sokongan daripada salah seorang Naib Presiden parti yang kini semakin membisu.
Menteri Besar Kedah (pada ketika itu) Mukhriz Tun Mahathir juga menyertai kem pendakwa malahan sewaktu Perhimpunan Agung UMNO yang lepas , Mukhriz turut menganjurkan majlis di salah satu tempat di Kuala Lumpur malam sebelum hari ucapan penggulungan Presiden parti.Ramai yang hadir seolah-olah sedang berlaku kempen pemilihan tertinggi parti.
Selang tidak berapa lama kemudian , seluruh negara dikejutkan dengan satu sidang media paling bodoh dalam sejarah negara apabila ramai dari kalangan pemimpin di Kedah menyuarakan rasa hilang percaya terhadap kepimpinan Mukhriz selaku Menteri Besar.Kebodohan yang dapat dilihat dengan begitu jelas oleh rakyat apabila keesokannya tampil beberapa orang pemimpin yang menafikan keterlibatan mereka kononnya mereka tidak tahu menahu dengan apa yang sedang berlaku.
Apa jua lakonan atau tindakan tersebut akhirnya telah menyebabkan Menteri Besar Kedah di tukar !
Tidak cukup dengan itu , tindakan lebih drastik dilakukan oleh pucuk pimpinan parti apabila memecat Timbalan Presiden maka gegak-gempitalah seluruh negara buat seketika.
Apa pun ianya tidak lama , kehangatan itu tidak terlalu menonjol mungkin kerana El-Nino yang kini sedang melanda negara tetapi gerakan dan kewujudan kumpulan tertentu telah berlaku.Dan dari pengamatan MMI , gerakan-gerakan ini akan berterusan yang memungkinkan berlakunya perpecahan sesama sendiri.
Cukup setakat itu , kita beralih pula kepada isu paling panaz ketika ini ....
Tindakan Lim Guan Eng yang cuba menutup pekung akibat daripada skandal pembelian banglo tanpa swimming pool ! Tak perlu MMI ceritakan panjang lebar , baca sahaja apa yang di tulis oleh sahabat blogger Dr MiM dan rakan-rakan yang lain.Kelicikan Guan Eng dan konco-konconya cukup mengujakan dan kini isu tersebut sudah sampai ke peringkat status tanah Taman Manggis.
Lebih menghangatkan suasana , COUNTER STRIKE daripada DAP terhadap PERDA ! Perghh serang balas !!! Sini serang sana balas , sana serang sini balas ... setakat ini peperangan masih lagi berjalan dan dari apa yang MMI sedia maklum UN sedang berusaha untuk menyelesaikan konflik ini.Hahaha UN aka SPRM.
Seperti biasa mereka-mereka (yang dituduh) ini akan berusaha untuk cuba meyakinkan rakyat bahawa mereka di pihak yang benar.Apa jua yang sedang berlaku , kepada rakyat dan warga marheinlah akan mereka tuju.
Kerana mereka tahu disitulah terletaknya kunci ! Kunci untuk memastikan mereka dapat meneruskan agenda masing-masing.
Soalnya sekarang apakah kita yakin bahawa RAKYAT & WARGA MARHEIN benar-benar mahu jawapan ?
Apakah kita yakin mereka (Rakyat & Warga Marhein) sedang melihat semua isu diatas sebagai satu daripada perkara terpenting dalam kehidupan mereka yang hari ini sedikit sebanyak terbeban kerana kegagalan penguatkuasaan membendung kenaikan harga barangan akibat daripada GST ?
Adakah kita faham situasi mereka yang sebahagiannya terpaksa bertungkus-lumus bekerja dalam shift menggila kerana mahu mendapatkan rezeki untuk menyara keluarga ?
Sesuatu yang pasti adalah isu yang sedang melanda Ketua Menteri Pulau Pinang merupakan titik nokhtah kepada keterujaan anak Kit Siang itu untuk terus memonopoli DAP sebagai batu loncatan untuk berkuasa.
Buat Guan Eng ini petanda awal bahawa karier politik kamu sudah KIAMAT !
Dan kepada seluruh pimpinan negara sama ada yang di puncak mahupun di bawah termasuklah mereka-mereka yang bersama atau tidak , gunalah peluang ini untuk segera bermuhasabah diri.Betulkan apa yang tidak betul dan buktikan kepada akar umbi bahawa kamu benar-benar memahami maksud lagu yang kamu selalu nyanyikan.
BERSATU KITA BERSATU
DENGAN SETIA BERGANDING BAHU
JIWA TEGUH BERPADU
KITA RUMPUN MELAYU
Akhir kalam , MMI mahu berpesan kepada diri dan semua kita bahawa ada perkara yang lebih penting yang dirasakan amat wajar untuk kita renung-renungkan.
RAKYAT & WARGA MARHEIN termasuklah mereka-mereka yang menjadi akar umbi parti kini sedang merasai bahang akibat tempo yang kita cipta sendiri.Malahan kesan bahang ini sudah pun mewujudkan kumpulan-kumpulan tertentu dengan agenda tersendiri.
Apa akan jadi jika sebahagian besar mereka-mereka ini memilih untuk tidak lagi mahu menjadi pemain politik dan tidak lagi mahu menjadi PENGUNDI ????
Jawapannya mudah .... KIAMAT POLITIK !
MMI
No comments:
Post a Comment