Followers

Wednesday 27 April 2016

DAP Nak Bangunkan Hospital ! #PRNSarawak


Punya hebat DAP kali ni , kiranya seluruh rakyat Sarawak khususnya di Sri Aman bolehlah berasa senang hati sebab DAP bakal menjadi penyelamat kepada semua dengan usaha parti itu untuk membina sebuah hospital rakyat.

Bukan main-main punya cerita ini janji daripada calon DAP ,  N.32 Simanggang, Leon Jimat Donald sekiranya beliau dipilih sebagai ADUN.

Semestinya janji itu akan memberikan tamparan yang hebat buat pesaingnya daripada Barisan Nasional maklumlah ini hal melibatkan keperluan rakyat.GAGAL untuk membawa kepentingan rakyat maka GAGALlah seseorang pemimpin itu untuk dipilih oleh pengundi-pengundi pada 7 Mei 2016 nanti.

Apa pun sebelum MMI menulis lebih panjang , MMI nak ingatkan kepada pengundi-pengundi di Sarawak tentang janji puak-puak DAP ni ! Dalam banyak-banyak janji DAP selama ini , MMI nak kongsikan dengan semua tentang satu JANJI daripada LIM GUAN ENG sewaktu beliau begitu galak berkempen di Pulau Pinang.Kiranya sebelum dia mampu menjadikan Pulau Pinang sebagai MAHLIGAI untuk dinasti LIM.

Suka untuk MMI ingatkan JANJI LIM GUAN ENG kepada rakyat Pulau Pinang untuk memansuhkan tol Sungai Nyior sejak kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu masih lagi tinggal JANJI !

Malah apabila pembangkang menguasai kerajaan negeri , Guan Eng tampil tanpa sedikit pun rasa bersalah menyatakan bahawa untuk memansuhkan tol adalah tertakluk dibawah bidang kuasa kerajaan pusat.

Eh kenapa sebelum itu beliau tak sebut tentang bidang kuasa ? Kenapa membuat janji ?

Inilah sikap pembohongan licik yang sering dilakukan oleh puak-puak DAP.Dalam isu tol Sungai Nyior mereka tahu seawal janjinya bahawa mereka tak akan mampu untuk membuat pemansuhan tersebut melainkan janji ini di tabur semata-mata untuk mengkaburi pemikiran rakyat supaya memberikan kemenangan kepada mereka.

Terlupakah kita bahawa LGE dan konco-konconya juga merupakan sebahagian daripada kumpulan yang pernah mengadakan bantahan terhadap kerajaan Barisan Nasional satu ketika dulu berkenaan tol Sungai Nyior ini.Namun kini sepi seribu bahasa.Inilah contoh kepimpinan pembangkang yang hanya tahu membangkang tetapi gagal dalam melaksanakan amanah yang di berikan oleh rakyat Pulau Pinang.Baca selanjutnya di SINI 

So warga Sarawak , berhati-hatilah dengan permainan licik ini kerana bagi mereka bukan soal janji dan amanah tetapi lebih kepada mencari isu untuk diketengahkan maklumlah situasi di PRN Sarawak jelas sama sekali meletakkan pembangkang dalam keadaan yang begitu sukar.

Untuk rekod khususnya kepada calon N.32 Simanggang, Leon Jimat Donald , Projek Pembinaan Hospital Baru Sri Aman telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada tahun 2011 dalam satu siri walkabout beliau.  Hospital yang akan mempunyai 108 katil ini mempunyai 2 Fasa pembinaan.

Dalam Fasa 1, skop kerja melibatkan kerja tanah dan rawatan tanah. Fasa 1 sudahpun dimulakan sejak Julai 2012 dan telah siap pada Ogos 2013. Kerja-kerja itupun sudah menelan belanja RM10 juta.  Takkanlah Kerajaan nak bakar RM 10 juta semata-mata untuk mengaburi mata rakyat?  Sudah pasti mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan hospital tersebut sebelum 2018 sepertimana dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri.

Untuk Fasa 2 pula, Pasukan Projek Khas Bangunan JKR, HQ (PPKB) telah diarahkan untuk memantau perlaksanaannya. Fasa 2 Projek pembinaan Hospital Baru Sri Aman ini telah bermula pada 26 Oktober 2015 dan dijangka siap pada 25 Oktober 2018. Kos bagi Fasa 2 ini pula menelan belanja sebanyak  RM176 juta. Ianya meliputi pembinaan bangunan utama hospital, kuarter pegawai, bangunan-bangunan kecil dan kerja-kerja lain.


Mungkin Leon wajar melawat tapak tersebut sekarang sebelum beliau memalukan dirinya sendiri. Beliau boleh melihat sendiri kerja-kerja menanam cerucuk bangunan sedang dijalankan dengan rancaknya.  

Setakat ini kemajuan kerja adalah 12% sebenar vs 14%  yang sepatutnya mengikut jadual. Kalaupun lewat 2% disebabkan kerja-kerja "preliminary", adalah tidak adil untuk mengatakan projek pembinaan hospital itu gagal sedangkan kontraktor bumiputra yang melaksanakan kerja-kerja pembinaan hospital tersebut iaitu Faltech Engineering Sdn Bhd dan JV Welfield Services Sdn Bhd, begitu optimis bahawa hospital tersebut boleh siap sebelum 25 Oktober, 2018 sepertimana dijadualkan.

So dalam isu ini rasanya DAP dah tersalah kot , adalah lebih baik kalau puak-puak DAP ni segera mencari jalan untuk menyelesaikan pertelingkahan sesama parti dalam Pakatan Harapan yang nampaknya semakin hilang harapan tu.

Janganlah sembrono menuding jari hanya semata-mata kerana nak mencari isu sedang hakikatnya ia memakan diri !

Kepada calon DAP Leon kena cerdik sikit bro , jangan main tangkap muat sebab orang Sarawak tak bodoh macam kamu !!!!


MMI

No comments:

Post a Comment

Labels