Followers

Sunday 1 May 2016

Ahli AMANAH Sertai DAP , Strategi UBAH Persepsi KANTOI #PRNSarawak


Pada saat kempen PRN Sarawak semakin rancak , parti DAP Pulau Pinang semalam membuat satu sidang media mengumumkan kemasukan 8 ahli baru berbangsa Melayu.Barangkali ini strategi baru selepas pelbagai cara dan kaedah termasuklah berbohong dan menabur fitnah gagal menarik minat warga Sarawak untuk menyokong parti cauvinis tersebut.

Barangkali kerana mahu lari daripada gelaran cauvinis itulah maka DAP Pulau Pinang yang kita tahu merupakan lubuk kepada Lim Guan Eng melebarkan empayar politiknya membuat pengumuman terbabit.

DAP pastinya mengharapkan kemasukan orang-orang Melayu itu mampu memulihkan kepercayaan rakyat Sarawak terhadap parti itu bahawa DAP bukanlah parti cauvinis tetapi multi rasial.

Sejauh mana multi rasialnya DAP ? Apakah parti itu benar-benar berpegang kepada apa yang mereka perkatakan ?

Memang benar DAP turut dianggotai oleh mereka yang bukan dari kalangan kaum cina sahaja , namun secara hakikinya kedudukan orang-orang Melayu (minoriti) dalam parti tersebut bolehlah diumpamakan sebagai melukut di tepi gantang.Hanya sebilangan kecil sahaja daripada orang Melayu yang menyertai parti DAP diberikan tempat dalam proses pentadbiran politik mereka selebihnya hanyalah dipergunakan untuk kepentingan Malaysia Malaysia DAP yang diperjuangkan sejak lama dulu.

Antara contoh yang boleh dijadikan rujukan adalah bekas ahli DAP , Mohamed Razali Abdul Rahman ! 

Sewaktu beliau bertindak meninggalkan parti itu , Razali telah melahirkan kekesalannya kerana pernah menyertai DAP yang merupakan sebuah parti cauvinis.


"Saya nak minta maaf kepada seluruh rakyat khususnya yang beragama Islam atas keterlanjuran masuk DAP. Saya kesal kerana menyertai parti cauvinis ini".

"Slogan demokrasi yang mereka laungkan selama ini hanyalah omong kosong. Mereka cuma pandai bersandiwara.

"Mereka ada agenda sendiri yang orang Melayu tidak tahu," ujarnya.

Contoh kedua adalah Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang telah bertindak meninggalkan parti itu pada 22 Mei 2012.

Beliau meninggalkan parti cauvinis tersebut kerana amalan RASUAH yang amat teruk di dalam parti tersebut.

Malah Tunku Aziz turut menyatakan bahawa DAP bukan sahaja menjadi medan FITNAH tetapi juga dijadikan sebagai platform parti keluarga untuk kepentingan peribadi.


“Saya sertai DAP kerana dijemput oleh Lim Kit Siang. Masa itu,beliau selalu mengatakan DAP tidak ada rasuah namun setelah dua bulan berada di dalam parti itu, saya sedar, ia hanya omong kosong sahaja.

“Rasuah dalam DAP cukup teruk, serta fitnah juga tersangat kuat.Saya dah kena,dan saya ingat saya saja yang kena, rupanya ada lagi yang kena macam saya,”katanya.

Tunku Aziz juga turut mendakwa bahawa Lim Kit Siang telah menjadikan DAP sebagai parti keluarga dengan menggunakan agenda sendiri di dalam mentadbir parti itu. 

Apa lagi yang DAP mahu buktikan ? Semuanya jelas !!

Dalam masa yang sama pengumuman kemasukan ahli baru DAP itu tidaklah memberikan impak besar kepada apa yang sedang dihadapi oleh parti tersebut khususnya perpecahan sesama pembangkang di PRN Sarawak.

Malah kemasukan Mejar Zaidi bersama dengan DAP lebih mendatangkan impak negatif kepada parti itu lebih-lebih lagi tentang keputusannya memilih DAP sudah cukup untuk membuktikan betapa ianya adalah strategi untuk menenggelamkan label cauvinis terhadap parti tersebut.

"Jika penyertaan saya dalam DAP boleh membantu memecahkan persepsi anti-Melayu dan anti-Islam terhadap parti itu, akhirnya ia juga akan memberi manfaat kepada AMANAH, PKR dan HARAPAN secara keseluruhan," katanya.

Dan lebih melucukan sekali apabila jawapan Zaidi apabila diajukan persoalan tentang apakah beliau sudah memaklumkan kemasukannya bersama DAP kepada kepimpinan AMANAH ? 

"Di negara ini, setiap orang mempunyai hak dan kebebasan untuk menyertai mana-mana parti.

"Pemimpin-pemimpin AMANAH juga melakukannya selepas berhenti dari PAS," katanya berseloroh.
  
Amat memalukan sekali apabila kenyataan Zaidi itu turut menjadi pengakuan penuh ikhlas bahawa kepimpinan yang kini bersama AMANAH terdiri daripada mereka-mereka yang perwatakannya sama dengan beliau.

Lari dan tinggalkan parti PAS tanpa sedikit pun rasa hormat kepada kepimpinan , jauh menyimpang seperti mana yang sering mereka laung-laungkan sewaktu bersama PAS bahawa kita perlu akur dan hormat kepada pucuk pimpinan.


Aduhai lebih malanglah Mat Sabu yang kini terkial-kial mengharapkan ehsan untuk terus menempatkan diri dalam dunia politik tanahair.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels