Isu yang kini menghantui Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng bukan sahaja telah menyebabkan rentak dan imej parti DAP merosot teruk tetapi sudah sampai ke tahap menjadi barah dalam Pakatan Harapan.
Dalam kempen PRN Sarawak misalnya kehadiran calon-calon DAP dan jentera kempen mereka di lihat hilang fokus malah mengambil jalan mudah dengan melakukan kerja-kerja kotor dan siri pembohongan demi pembohongan yang menyebabkan rakyat khususnya di Sarawak menolak parti tersebut.
Seperti mana yang MMI dedahkan dalam artikel sebelum ini , jentera-jentera DAP lebih sibuk melakukan sabotaj terhadap kempen calon-calon lain khususnya daripada bekas-bekas ahli DAP sendiri yang kini bertanding atas tiket Bebas di Sarawak.
Baca artikel berkaitan di SINI
Impaknya cukup besar memandangkan skandal yang kini merasuki Lim Guan Eng dalam isu pembelian rumah banglo terlajak larisnya dan isu campur tangan kerajaan DAP terhadap penjualan tanah Taman Manggis bakal mengundang resah khususnya dari kalangan kem Pakatan Harapan di Pulau Pinang.
Di tambah pula dengan keputusan mahkamah supaya Adun Seberang Jaya membayar ganti rugi kepada 4 wakil Barisan Nasional yang di FITNAHnya dalam isu tanah TUDM di Butterworth , sudah pastilah kegetiran itu bukan hanya dirasai di luar tetapi turut sama akan dirasai dalam Sidang DUN Pulau Pinang.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, isu rumah banglo Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dijangka akan ‘memanaskan’ sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bermula 10 Mei ini.
Katanya, pada setiap sesi sidang DUN sebelum ini, kerajaan negeri yang diterajui DAP itu sering membangkitkan mengenai ketelusan, kecekapan serta akauntabiliti dalam tadbir urus negeri.
“Tetapi isu yang timbul kebelakangan ini menampakkan apa yang mereka ceritakan dalam DUN sebelum ini adalah satu sandiwara atau wayang semata-mata.
“Pada sidang dewan kali ini mereka (kerajaan negeri) akan hadapi kesukaran untuk melindungi pembohongan yang mereka hidangkan kepada rakyat Pulau Pinang sejak bertahun-tahun,” katanya selepas merasmikan Karnival Sukan UMNO Malaysia peringkat negeri di sini, hari ini.
Beliau memberitahu bahawa semua ADUN daripada Barisan Nasional (BN) telah bersiap sedia dengan fakta serta ulasan tentang pelbagai isu untuk dibahaskan nanti.
“Kita sudah buat pelbagai sesi taklimat, carian fakta dan mengkaji beberapa perkara secara mendalam dengan pertolongan pelbagai pihak, agensi serta pertubuhan yang memberi input supaya kita siap sedia dalam DUN,” katanya.
Selain isu kontroversi banglo Guan Eng, ancaman terhadap alam sekitar seperti cadangan tambakan laut, penggondolan bukit dan perkara berkaitan sosioekonomi akan turut dibangkitkan terutama mengenai penyediaan rumah mampu milik untuk rakyat.
Sepanjang pemerhatian MMI pihak terlibat pastinya akan berusaha untuk terus mempertahankan kepimpinan diktator mereka Lim Guan Eng dan sudah pasti sidang kali ini akan lebh menarik untuk diikuti.
Sama-sama kita tunggu !
MMI
No comments:
Post a Comment