Kalau kita mengambil kira dasar pentadbiran kerajaan DAP di Pulau Pinang dengan slogan kucing kurapnya (CAT) sewajarnya Lim Guan Eng bukan sahaja perlu dikenakan tindakan akibat daripada skandal pembelian terlajar murah banglo tanpa swimming poolnya tetapi syarikat KLIDC Sdn Bhd turut sama perlu dikenakan tindakan atau diheret ke mahkamah.
Semua itu adalah satu KEPERLUAN memandangkan selama ini kerajaan DAP sering menjadikan undang-undang sebagai alasan untuk menghalalkan tindakan mereka khususnya dalam isu perohohan gerai dan pengusiran penduduk.
Entah kenapa dalam isu kali ini , DAP seolah-olah bisu dan pekak malah dilihat terkinja-kinja untuk terus mempertahan walau realitinya semua pihak melihat dengan jelas kesalahan yang berlaku !
Sebelum MMI ulas lebih panjang jom kita review apa yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang , YB Dato' Hajjah Jahara Hamid dalam isu berbangkit.
Georgetown - Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid hari ini mempersoalkan mengapa kerajaan negeri tidak mengambil tindakan terhadap Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC) kerana tidak melaksanakan pembangunan di tanah Taman Manggis selepas memenangi tender pada 2010.
“Syarat-syarat di dalam surat tawaran itu menyatakan bahawa KLIDC kena buat permohonan merancang dalam masa setahun, siapkan projek dalam masa tiga tahun dan kena mohon kebenaran daripada Jabatan Kesihatan dalam masa satu tahun.
“Kalau syarat-syarat ini tidak dipatuhi, tawaran ini akan ditarik balik. Dimaklumkan juga pada 22 Julai 2010 perjanjian tawaran dikeluarkan tetapi KLIDC telah memajak tanah ini kepada bank dengan harga yang sama iatu lebih 11 juta. Perkara ini perlu dijawab oleh kerajaan negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan Dun hari ini.
Jahara yang juga Adun Teluk Air Tawar turut mempersoalkan sama ada tanah berkenaan masih lagi milik KLIDC kerana didakwa tanah itu telah dipajak kepada pihak bank.
“Tawaran kepada pajakan bermula dari tarikh perjanjian tawaran diterima, di sini pajakan 99 tahun bermula pada tahun 2015, setelah lima tahun tawaran itu diberi.
Apabila digadai kepada bank adakah pindah milik telahpun dibuat. Kalau begitu siapa tanda tangan gadaian,” katanya.
KLIDC membeli tanah seluas 0.4 hektar itu dari kerajaan negeri bagi projek pembinaan hotel 19 tingkat, enam tingkat hospital persendirian dan lima tingkat tempat letak kereta. Penjualan tanah Taman Manggis itu dibangkitkan selepas dikaitkan dengan pembelian banglo oleh Lim pada harga di bawah nilai pasaran. Persidangan dewan bersambung Isnin.
Seperti yang MMI catatkan di awal tadi , dalam semua keadaan kewajaran untuk Lim Guan Eng dikenakan tindakan sama ada oleh undang-undang mahupun daripada parti DAP sendiri ADA !
Skandal pembelian banglo terlajak murah bukan sahaja sudah menghimpit kedudukan Guan Eng dengan unsur rasuah tetapi juga penafian yang lebih terarah kepada pembohongan beberapa pihak bagi menutup kes tersebut memperlihatkan kepada kita bagaimana kedudukan politik dipergunakan sepenuhnya untuk pentingan peribadi.
Jika ini pun diambil kira maka seluruh kepimpinan dan penyokong-penyokong DAP sudah pun dipergunakan oleh segelintir kepimpinan tertinggi parti itu untuk kepentingan sendiri dan dalam masa yang sama imej dan maruah (itu pun kalau DAP ada maruahlah ) parti itu turut tercalar !
Namun persoalannya kenapa ahli-ahli DAP masih berdiam diri ?
Well sebahagian besar daripada mereka tidaklah seberani mana untuk bersuara memandangkan DAP kini dikuasai sepenuhnya oleh Dinasti Lim dan konco-konco ala-ala mafia mereka !
Jika ada sekalipun yang berani tampil bersuara mereka pastinya tidak akan dibiarkan kerana DAP mengamalkan konsep DIKTATOR dengan menghukum mereka-mereka yang dilihat lantang mengkritik kepimpinan Lim Guan Eng !
Ianya sudah pun dibuktikan dengan hukuman ala mafia kerajaan DAP terhadap wakil-wakil daripada parti PKR sebelum ini.
2 Adun PKR itu adalah Ong Chin Wen (Bukit Tengah) yang ditamatkan perkhidmatnya sebagai pengarah Penang Invest dan Island Golf Properties Bhd, sebuah anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.Manakala Cheah Kah Peng (Kebun Bunga) ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah di Perbadanan Bukit Bendera hanya kerana mereka bersetuju dengan usul dari Adun UMNO tentang tambakan laut yang menjejaskan alam sekitar.
Bayangkan isu melibatkan kepentingan rakyat pun tidak di layan oleh DAP sekiranya apa yang disuarakan itu menyentuh kepentingan dan kedudukan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri !
Berbalik kepada isu utama kita , apa istimewanya KLIDC kepada kerajaan DAP di Pulau Pinang.
Sudah tentulah ianya ada kena mengena dengan Guan Eng dan sebab itulah isu tersebut cuba ditutup sehingga KLIDC langsung tidak disentuh sedang hakikatnya syarikat tersebut sudah pun melanggar perjanjian kontrak mereka.
Terlibat !
Merujuk kepada laporan daripada akhbar Nanyang Siang Pau pemilik KLIDC Datuk Tang Yong Chew secara peribadi telah mengesahkan surat cadangan daripada Magnificent Emblem, yang juga dimiliki oleh Datuk Tang dan Phang Li Koon, untuk projek RM30 juta yang didakwa ditandatangani oleh Phang sendiri kepada Penang Development Corp (PDC), sebuah agensi milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah tulen.
Hubungan antara Magnificent Emblem dengan Phang Li Koon dan Ketua Menteri sebagai Pengerusi PDC dan juga Ketua Lembaga Tender adalah tambahan ke atas layanan istimewa dan penambahan keluasan yang diberikan kepada KLIDC ( EXCO Pulau Pinang mengesahkan Ketua Menteri terlibat dalam meluluskan dan menandatanganinya) yang dimiliki oleh bos Phang selama lebih 20 tahun bagi tanah Taman Manggis dan projek yang mereka tandatangani untuk dijual pada harga RM70.6 juta selepas hanya membayar RM11.5 juta kepada kerajaan negeri 6 tahun yang lalu.
Walaupun Tang mengesahkan bahawa surat itu adalah tulen tetapi beliau berkata pada akhirnya mereka tidak mendapat projek itu.
Walau bagaimanapun, apabila surat itu pertama kali terdedah dalam Malaysia Today oleh "DAP Insider", penulis tanpa nama berkata:
"Pada mulanya, projek ini telah dianugerahkan kepada Phang dan Tang pemilik Magnificent Emblem dan surat anugerah / tawaran yang dikeluarkan oleh PDC untuk Phang dan Tang pada bulan April 2014 atas nasihat lembaga tender yang diketuai oleh Lim Guan Eng."
"Saya pernah dengar bahawa surat anugerah itu kini dalam milikan SPRM selepas mereka menyerbu PDC Pulau Pinang dan merampas beberapa dokumen."
"Selepas menerima surat anugerah, Magnificent Emblem menulis kembali untuk menukar terma tawaran secara ketara dan disebabkan oleh isu-isu pematuhan dan perolehan di luar kawalan Lim Guan Eng, surat penganugerahan itu terpaksa dibatalkan." Baca Seterusnya
So apa lagi alasan yang mahu diberikan oleh kerajaan DAP dan Adun-Adun mereka terhadap pertikaian dan persoalan terbaru ini ?
Sebagai Ketua Menteri yang mengaku punya tanggungjawab dan amanah tahap tokong rasanya Guan Eng perlu segera menjawab dan kegagalan untuk menjawab dengan fakta yang bernas bakal menjadi BUKTI apa yang MMI catatkan sejak dari awal adalah benar belaka.
Guan Eng menjadikan DAP sebagai paltform untuk memperkukuhkan cengkaman dinasti Lim dan menjadikan kerajaan DAP di Pulau Pinang sebagai pemudah cara untuk menghalalkan segala-galanya demi kepentingan periuk nasi sendri BUKAN KEPENTINGAN RAKYAT !
MMI
No comments:
Post a Comment