Semua orang rasanya tahu semenjak tertubuhnya Parti AMANAH Negara (PAN) pimpinan Mat Sabun , DAP dilihat tidak lagi melihat parti PAS sebagai rakan dalam hubungan songsang pembangkang.Malah kalau kita amati gerakan bawah tanah yang dilakukan oleh ejen-ejen DAP terhadap sebahagian pemimpin-pemimpin PAS dan penyokong-penyokong mereka sebelum ini ternyata ianya mencapai kejayaan.
Doktrin demi doktrin politik dan dasar DAP yang diterapkan berkali-kali kepada puak-puak menghalalkan cara ini mengambil masa yang cukup lama.Malahan ianya turut mendapat bantuan daripada PKR yang pada ketika itu diterajui oleh Anwar Ibrahim untuk sama-sama berganding bahu demi mencapai matlamat untuk merubah parti PAS menjadi sebuah parti yang tidak lagi meletakkan perjuangan berlandaskan agama tetapi menjadi parti yang menumpukan kepada kedudukan dan kuasa politik.
Antara contoh kejayaan doktrin tersebut adalah ucapan Mat Sabu dalam satu majlis makan malam yang dihadiri oleh Guan Eng apabila pemimpin PAS (Mat Sabu pada ketika itu) yang berselindung disebalik ketayap putih berkata beliau sanggup makan babi dengan Guan Eng daripada makan ayam dengan Najib !
Apakah kewajaran seorang pemimpin yang mengaku beragama Islam mengeluarkan kata-kata sedemikian ?
Tidak lain dan tidak bukan ianya kerana wujudnya kebencian melampau dan taksubnya mereka terhadap kedudukan , wang ringgit dan kuasa !
Maka kerana itu kita tidak hairan untuk melihat bagaimana PAN yang dipimpin oleh Mat Sabun mampu mempunyai pejabat mereka sendiri di seluruh negara.
Dari mana datangnya dana-dana bagi membiayai operasi dan pemilikan pejabat-pejabat politik parti PAN ?
Dari sumbangan melalui tabung-tabung sewaktu berceramah ? Harta Mat Sabun ?
Rasanya tidak , kalau harta Mat Sabun sekalipun agaknya dari mana sumbernya ?
Mat Sabun bukan ahli parlimen mahu pun Adun , fikir sendirilah !
Seperti semua sedia maklum PAN baru sahaja mencipta KEGAGALAN pertama di bumi Sarawak apabila kesemua calon-calonnya kalah.Walaupun begitu PAN tetap digerakkan dan perkembangan terkini parti itu dikhabarkan akan meletakkan calon mereka di kerusi Sungai Besar Selangor.
Dan DAP pula dilihat begitu bersungguh-sungguh memberikan sokongan malahan galakan termasuklah kata-kata semangat supaya PAN bertanding khususnya bagi memberikan cabaran terhadap PAS.
Namun MMI melihat ada agenda lain yang sebenarnya sedang dirancang oleh DAP dengan mempergunakan PAN untuk menghukum salah seorang daripada pemimpin dalam PKR yang baru-baru ini telah bertindak BIADAP dengan melanggar perjanjian sesama mereka sewaktu PRN Sarawak.
Baca kenyataan di bawah ,
Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew menggesa rakan sekutunya daripada Parti Amanah Negara (PAN) meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.
Ronnie Liu berkata pencalonan PAN di parlimen itu sangat penting untuk menguji pendirian sebenar Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, selain ujian kekuatan sebenar PAS tanpa bantuan DAP dan PKR.
“Amanah kena berani lawan UMNO. PAS nak lawan pun kena hadapilah 3 penjuru. Tak boleh elak tu. Kalah pun tak apa. Mana tahu boleh menang jugak.
“Ujilah kekuatan Amanah dan rakan-rakan termasuk DAP dan PKR . Juga ujilah kekuatan PAS tanpa kawan-kawan lama.
“Lihatlah Azmin nak sokong PAS ataupun Amanah. DAP tentu sekali sokong Amanah,”katanya dalam Facebook hari ini.
Dalam masa yang sama pemimpin DAP itu turut mencabar PAN supaya bertanding kononnya hanya dengan bertanding sahajalah parti itu mampu mendapatkan kembali kepercayaan orang ramai setelah kalah teruk di Sarawak.
Woooo ada orang percaya ka dengan parti ni ???
“Kalau Amanah tak lawan…Disastrous (bencana) untuk Amanah.
“Orang umum akan percaya: Amanah adalah sangat lemah dan pengecut atau takut kalah dan tak berani.
“Penyokong Amanah akan hilang yakin dengan parti baru ini. Yang dikatakan ada 150, 000 anggota.
“Nak letak maruah parti baru ini di mana?" Ronnie Liu.sumber
Maka bertambah kembanglah lubang hidung si Mat Sabun apabila mendapat sokongan sebegitu apatah lagi ianya datang dari DAP !
Namun sesuatu yang perlu kita sedar adalah disebalik semua itu DAP sebenarnya sedang mempergunakan PAN untuk memecah-belahkan hubungan sesama orang-orang Melayu khususnya antara PAN dengan PAS walaupun secara officialnya kedua-dua parti tidak lagi seteru.
Tidak cukup dengan itu , PAN juga sedang dipersiapkan untuk menjadi peluru kepada DAP menyerang pemimpin PKR iaitu Azmin Ali yang kini diberitakan amat dibenci oleh sebahagian besar daripada kepimpinan DAP di seluruh negara.
Di depan kamera mereka sentiasa menunjukkan riak kononnya bersama dan satu pasukan tetapi hakikatnya DAP begitu galak untuk membuktikan sesuatu khususnya di bumi Selangor tempat di mana Azmin adalah Menteri Besarnya.
Ini adalah "counter strike" misi membalas dendam ke atas kebiadapan Azmin sewaktu PRN Sarawak.
Secara peribadi MMI berpendapat PAN tidak akan mampu memberikan impak besar kepada pihak lawan memandangkan dasar mereka yang kelam.Sebagai parti serpihan PAS , PAN sebenarnya sudah hilang integritinya dan kewujudan mereka seolah-olah mayat hidup (zombie).
Bergerak dan merayau dalam dunia politik kita dengan memakan otak yang dibekalkan oleh DAP !
Itu REALITINYA !
HAKIKATNYA , PAN amat diperlukan oleh DAP sebagai pencacai politik demi kelangsungan dasar "Malaysia Malaysia" mereka.Dasar ini tidak akan sesekali berubah cuma ada ketikanya ianya diselindungkan disebalik laungan suara rakyat.
Sesuatu yang pasti PAN juga sebenarnya secara tersirat turut menjadi sasaran DAP , sikap Ronnie Liu yang dilihat begitu bersungguh-sungguh mahukan supaya PAN bertanding di Sungai Besar setelah menerima kekalahan paling mengaibkan di bumi Sarawak adalah satu lagi taktik untuk memecahkan kertas-kertas undi orang Melayu.
Bayangkan dengan UMNO , PAS , PAN dan mungkin PKR sendiri bertanding ianya akan membuka laluan kepada DAP untuk menagih undi kaum cina seterusnya memungkinkan mereka untuk rampas Sungai Besar dari BN !
Dan jika itu berlaku DAP bukan sahaja berjaya memanipulasi parti-parti dalam kem pembangkang untuk kepentingan mereka tetapi secara tidak langsung mereka sudah memberikan mesej jelas kepada Azmin supaya JANGAN MAIN-MAIN SAMA DAP !
Licik bukan ??
Akhir kalam walau apa jua perancangan parti pembangkang sekalipun , UMNO dan Barisan Nasional tidak akan sesekali membiarkan kedua-dua kawasan itu jatuh ke tangan pembangkang.
Ianya akan dipertahankan semaksima mungkin kerana kita tahu apa jua yang cuba ditonjolkan oleh pembangkang ianya hanyalah sekadar retorik politik yang tidak menguntungkan rakyat.
MMI
No comments:
Post a Comment