Assalammualaikum warahmatullahhiwabarokatuh
Alhamdulillah robbil alamin wabihi nastai
Allahhummasoli'ala saidina Muhammad wa'ala ali Muhammad
Salam sejahtera salam 1 Malaysia salam Perak Aman Jaya dan Salam ukhuwah kita Orang Kuale
Pertamanya saya ingin memanjatkan kesyukuran ke Hadrat Allah swt kerana atas ketentuannya jua kita di Kuala diuji dengan pemergian suami saya Dato Wan Khair-il selaku Ahli Parlimen tuan-tuan dan puan-puan ke rahmatullah. Memang berat ujian ini buat saya dan keluarga namun berkat doa serta sokongan kaum keluarga sahabat handai khususnya taulan dan rakyat di Kuala Kangsar, kami sekeluarga redho mengharungi waktu getir ini.
Hari ini setelah 2 minggu insiden yang berlaku di Sarawak berlalu, atas ketentuan Allah swt saya dinamakan sebagai calon bagi mewakili Barisan Nasional pada Pilihanraya Kecil P067 Kuala Kangsar untuk mengisi kekosongan kerusi Ahli parlimen di sini. Sudah tentu ini adalah amanah berat yang diberikan kepada saya kerana ia bukan hanya sekadar menggalas tanggungjawab kepercayaan parti kepada saya tetapi kerusi parlimen Kuala Kangsar sebelum ini disandang oleh Arwah suami saya sendiri.
Saya berterima kasih kepada pucuk pimpinan parti khususnya kepada YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri dan YAB Menteri Besar Perak atas kepercayaan menamakan saya sebagai calon, namun saya memohon maaf kepada semua kerana menurut amalan parti dan gerak kerja pilihanraya selaku orang yang dinamakan sebagai calon saya seharusnya berada bersama-sama seluruh jentera parti dan masyarakat untuk berkempen bagi berkongsi semangat untuk memenangi pilihanraya kecil ini, tetapi batas agama seperti yang dijelaskan dalam hukum dan pandangan mufti serta agamawan, menghadkan pergerakan saya sebagai isteri yang masih di dalam tempoh edah selama 4 bulan 10 hari dan edah.
Tempoh syarak ini wajib saya patuhi. Sehubungan itu saya mengharapkan kefahaman seluruh jentera parti khususnya di peringkat cawangan dan pusat daerah mengundi akan kedudukan saya ini.
InshaaAllah sekiranya diberikan tanggungjawab sebagai ahli parlimen nanti, saya akan melaksanakan amanah yang diberikan sebaik mungkin sebagai kesinambungan kepada apa yang telah dirintis oleh arwah suami saya. Namun saya amat yakin dengan kekuatan dan kekompakan jentera parti kerana saya pernah menyaksikan semangat seluruh jentera parti dalam memenangkan arwah suami saya sebagai calon parti pada 2 pilihanraya iaitu pada tahun 2008 dan 2013.
Saya amat mengharapkan sokongan seluruh jentera parti kerana ini adalah perjuangan semua, perjuangan UMNO dan Barisana Nasional juga perjuangan orang Kuala.
Saya sekadar penyambung kepada perjuangan serta memikul amanah untuk meneruskan khidmat bakti arwah suami saya kepada orang Kuala.
Untuk itu saya berdoa kepada Allah agar sokongan orang Kuala kepada parti dan arwah dapat diteruskan pada Pilihanraya Kecil yang bakal diadakan pada 18 Jun 2016 ini nanti. Pilihanraya ini bukan soal saya tetapi Barisan Nasional sebagai wadah perjuangan seperti mana amanah yang pernah digalas oleh arwah suami saya dalam menabur bakti kepada rakyat.
Kepada Allah dipohonkan agar kita semua dikurniakan kekuatan pemuafakatan serta keberkatan dalam perjuangan ini. Sekali lagi kemaafan saya pohonkan kerana sepanjang tempoh ini gerakan serta penglibatan saya terbatas. Saya yakin atas hikmah yang ditetapkan Allah kepada kita semua pada Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar ini.
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak yang akan tiba beberapa hari lagi kepada seluruh warga Kuala daripada saya dan seluruh ahli keluarga.
Sekian. Assalammualaikum wbt dan AlFatehah kepada arwah suami saya Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad.
MMI kata semoga roh arwah tenang di sana & selamat berjuang buat Datin Mastura serta seluruh jentera BN #KekalBN #PRKKualaKangsar
Hidup barisan! Jilat TunM!
ReplyDeleteAamiin! Semoga dipermudahkan Allah swt segalanya.
ReplyDelete