Followers

Wednesday, 1 June 2016

Lawak Apa Ni ??? SHAME ON YOU Guan Eng !


MMI tak pastilah sejauh mana tahap IQ Guan Eng ni ! Rasanya kalau kita perhatikan mereka-mereka yang seangkatan dan sebaya atau dalam keadaan Guan Eng ni , tak mungkin "statement" sebodoh ini akan dikeluarkan kepada umum.

Sebagai seorang pemimpin puak-puak cauvinis dan ahli politik , apakah setakat ini sahaja keupayaan Guan Eng untuk berdepan dengan isu dan skandal yang kini sedang melilit kemas anak kepada Kit Siang ni ?

Macam-macam hal Guan Eng ni , menari sungguh dia dengan isu terowong yang sudah pun merugikan wang rakyat yang mencecah jutaan ringgit.Sedang hakikatnya Guan Eng dan kerajaan DAP di Pulau Pinang hanya banyak bercakap dari benar-benar bekerja untuk kebaikan rakyat.

Apa jua yang telah dilakukan oleh kerajaan BN terhadap negeri Pulau Pinang seboleh-bolehnya mahu dibuang jauh-jauh dari minda warga Pulau Pinang.Cari apa sahaja isu yang boleh memburukkan usaha dan gerak kerja kerajaan BN kerana yang penting rakyat perlu dimomokkan dengan segala agenda kartun kerajaan DAP Pulau Pinang walaupun hakikatnya kerja dan usaha mereka tidaklah sehebat mana.

Akibat daripada sikap bodoh sombong dan hentam keromo itulah akhirnya Guan Eng mendapat malu !


PEMBOHONG ja kerjanya ! Lebih memalukan lagi apabila membaca jawapan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Exco Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan kerajaan negeri, YB Lim Hock Seng berkaitan dengan isu Projek Terowong Dasar Laut di negeri itu kepada Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak untuk memohon Projek Jambatan Ketiga.

Hock Seng sebelum ini mengesahkan RM305 juta diperuntukkan sebagai kos untuk kajian ‘feasibility study’, namun jawapan itu dinafikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri.

“Memandangkan pembinaan jambatan memerlukan kelulusan Kerajaan Persekutuan, maka tender terbuka telah dipanggil untuk projek terowong bawah dasar laut ini.

“Bidaan terendah sebanyak RM3.7 bilion diterima dan bukannya bernilai RM6.3 bilion seperti yang dilaporkan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

“Malah anasir-anasir jahat ini juga mendakwa kajian ‘feasibility study’ yang mengandungi beberapa keping kertas berkenaan terowong bawah dasar laut adalah RM305 juta sedangkan kos sebenar hanya bernilai RM20 juta dan ia mematuhi spesifikasi dan syarat yang ditetapkan sendiri oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan piawaian antarabangsa.

“Pembayaran untuk projek terowong bawah dasar laut akan dibuat menerusi pertukaran tanah atau ‘land swap’ dan bukannya secara wang tunai,”kata Guan dalam surat tersebut.

Dan untuk lebih "detail" lagi MMI sarankan ampa semua baca artikel yang ditulis oleh blogger Dr MiM kat sini LIM GUAN ENG DAP MINTA TOLONG PM NAJIB RAZAK TAPI .... Wooo memang jelas tahap BODOHNYA !!!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels