Followers

Tuesday, 12 July 2016

Derma Guan Eng Satu Penipuan POLITIK DAP !

Ramai dari kalangan pemimpin DAP yang obses dengan hiraki Dinasti Lim masih berbangga dengan usaha yang telah mereka lakukan kononnya untuk mempertahankan Guan Eng.

Tampil dengan corak politik ortodok yang lebih terarah kepada mencipta pembohongan nampaknya masih lagi menjadi amalan puak-puak cauvinis ini.

Hakikatnya Guan Eng kini sedang berdepan dengan pertuduhan yang boleh menyebabkan Ketua Menteri Pulau Pinang ini hilang kelayakan sebagai ADUN mahupun Ahli Parlimen.Malah pertuduhan berkaitan wujudnya unsur-unsur rasuah dalam proses pembelian banglo terlajak murah Guan Eng daripada seorang ahli perniagaan Phang Li Khoon merupakan kes yang cukup berat melibatkan seorang penjawat awam.

Bagi pihak Guan Eng dan DAP pula , isu ini tidaklah seberat mana memandangkan semua yang berlaku itu berdasarkan prinsip Cekap , Akauntibiliti dan Telus seperti mana yang diwar-warkan mereka kepada seluruh warga Malaysia.

Soalnya apakah benar semua proses tersebut sinonim dengan amalan CAT yang dimomokkan kepada rakyat ?

Atau ianya lebih kepada sekadar omongan kosong untuk mengelirukan warga marhain memandangkan terlalu banyak kelemahan yang ditunjukkan oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang !

MMI yakin apa jua yang berlaku selepas Guan Eng di hadapkan ke mahkamah adalah tindakan retorik yang dilihat perlu dilakukan DAP dan konco-konco berkepentingannya bagi melonjakkan imej Guan Eng sebagai MANGSA POLITIK kerajaan Barisan Nasional.

Sedang hakikatnya tiap pertuduhan itu punya laporan dan bukti yang cukup jelas kaitan dan hubungan sama ada dalam bentuk individu mahupun kerjasama atas nama kerajaan negeri dan perniagaan.

Lihat gambar sebelah - Banyakkan duit DAP siap dengan T-Shirt sekali !

Dana siapa pula yang dihabiskan untuk menyediakan T-shirt terbabit dan berapakah kos yang terlibat ?

Ada penyumbang ? Siapa ?

Atau dana hasil daripada kutipan derma untuk Guan Eng ?

Guan Eng dilihat begitu teruja dengan solidariti ini walaupun realitinya yang hadir itu tidak memberikan sebarang makna kerana ianya bukan rakyat marhain tetapi lebih kepada penyokong dan pendokong DAP dan dinasti Lim.

Apa yang terus dimomokkan kepada rakyat adalah kebanggan mereka mengutip RM1 juta dalam tempoh 21 jam !

Memang hebat sekali dalam tempoh 21 jam sahaja jumlah tersebut berjaya dihimpunkan NAMUN jika kita berbicara tentang KEADILAN bagaimana pula dalam kes bekas pemandu mendiang Karpal Singh ?

Dibiarkan tanpa peduli oleh sesiapa pun sama ada dari keluarga Karpal sendiri mahupun pimpinan DAP !

Malah C.Selvam dituduh sebagai pembunuh Karpal Singh dan kerana itu beliau tidak harus di bantu.

Bayangkan 21 jam dengan RM1 juta , apalah sangat dengan RM5 ribu untuk membalas jasa pemandu ini yang pada pandangan MMI banyak jasanya kepada bekas mendiang dan DAP sendiri.

Lihatlah bagaimana solidariti DAP itu boleh dibeza-bezakan ! Semuanya bersebab dan ini memperlihatkan kepada kita betapa mereka selalu bersikap DOUBLE STANDARD !!!!

PENIPUAN POLITIK DAP ! Mesti baca ....

Serentak dengan pendakwaan terhadap Lim Guan Eng berikutan laporan terhadap isu pembelian banglo di bawah harga pasaran yang dilakukan antara Guan Eng dengan seorang ahli perniagaan Phang Li Khoon yang dikaitkan punya kepentingan dengan kerajaan DAP di Pulau Pinang , satu kempen derma untuk Guan Eng telah digerakkan oleh konco-konco DAP bagi mendapatkan dana RM1 juta untuk tujuan pembayaran ikat jamin Guan Eng.

Rata-rata media pro pembangkang mula mewar-warkan tentang perjalanan kutipan derma tersebut kononnya dalam tempoh masa yang pendek sasaran untuk mendapatkan kutipan itu telah berjaya dilakukan.Tindakan menghebahkan berita ini dilihat sebagai satu strategi DAP untuk menutup isu asasnya iaitu pertuduhan salah saku atau wujudnya unsur rasuah dalam proses pembelian banglo di Jalan Pirnhorn Pulau Pinang.

Kutipan derma ini kemudiannya telah menjadi isu panas apabila pelbagai persoalan mula ditimbulkan dan antaranya adalah untuk apa derma ini dilakukan sedang Guan Eng sudah pun di ikat jamin ?

Merujuk kepada kenyataan daripada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican , beliau berkata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sepatutnya menanggung sendiri kos ikat jamin RM1 juta dan bukan membebankan orang ramai dengan membuat kutipan derma.

Beliau berkata walaupun DAP yang menganjurkan kutipan derma itu, Lim yang juga setiausaha agung parti sepatutnya mengambil sikap bertanggungjawab dengan menghalang kutipan derma itu daripada dianjurkan.

"Sebagai contoh beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) juga pernah didakwa di mahkamah ... tidak pula membuat kutipan derma bagi menampung kos ikat jamin," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan bersempena Ramadan dan Aidilfitri baru-baru ini.

Sesuatu yang pasti rakyat sekali lagi dipergunakan oleh DAP untuk kepentingan politik kepartian mereka dan sehingga kini jumlah kutipan yang diwar-warkan sudah pun mencecah RM1.85 juta dan kebanyakkanya daripada kutipan tersebut datangnya daripada pihak-pihak yang punya kepentingan dengan DAP dan kerajaan DAP di Pulau Pinang.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan Anthony Loke yang mengesahkan tentang jumlah tersebut kini dilihat sedang berusaha untuk menyelamatkan reputasi parti DAP apabila banyak pihak mula mempertikai dan mempersoalkan tindakan pungutan derma tersebut.

Antaranya bagaimana proses sumbangan derma tersebut diuruskan ?

DAP dilihat sedang berusaha untuk mencari jalan menyembunyikan butir-butir kutipan derma terbabit daripada media apabila beliau menyatakan parti itu akan hanya mengisytiharkan ia semasa persidangan kebangsaan tahunannya dan tidak untuk media.

"Walaupun media boleh mendapatkan salinan akaun , Saya tidak fikir mana-mana parti politik lain membentangkan penyata akaun mereka kepada ahli-ahli mereka semasa kongres kebangsaan, "katanya.

Dalam hal ini seperkara yang perlu kita berikan perhatian adalah ianya bermula apabila Guan Eng disabitkan dengan pendakwaan di mahkamah atas kesalahan yang dilakukan oleh beliau sendiri.

Bagaimana dalam keadaan itu DAP boleh mempergunakan rakyat malah Anthony mula memberikan pembayang kononnya dana tersebut akan digunakan untuk menubuhkan dana bantuan guaman bagi membantu mereka yang telah menjadi mangsa penganiayaan politik.

Persoalannya siapakah mangsa terbabit ?

Yang pasti Anthony mengesahkan jumlah dana tersebut tidak digunakan untuk membayar ikat jamin Guan Eng dan secara tidak langsung kempen derma Guan Eng itu hanyalah satu tindakan politik retorik mempergunakan nama RAKYAT untuk mencari simpati dan usaha untuk membuktikan kononnya RAKYAT bersama DAP !

Pegiirahhh !!!

MMI

1 comment:

Labels